Isnin, 3 Oktober 2011

hadiah hari lahir Irfan

Nak tulis ke tak pasal n3 ni??? tapi aku rasa aku patut tulis sebagai kenangan aku.
Mcm ni.. Irfan dah lama mintak basikal. Tp aku cakap tunggu dan tunggu dan tunggu. Kesian kan??
Sebenarnya aku  nak tunggu  sbb nak hadiahkan kat dia sempena  birthday yg ke 5 pada 15.10 ni.  Setiap hari dia  dok tuntut janji. Kesian tp hajat mmg nak bg masa besday  dia nanti. kemarin, bangun ja dari  tidur.. kwn baik dia beli basikal baru. dia suka bebnar ngn basikal kawan dia tu. seharian tak masuk dalam rumah. Sampai merelit dah dok main panas. Masuk dalam rumah dok pujuk aku... "umi beli la gerek kat abg"....
"hari jadi abg nanti umi beli la"...
Irfan berlalu dengan perasaan hampa. sikit pun tak merengek suruh dibelikan jugak2.
Alhamdulillah... anak umi  sorang ni tak kejan2 kalau nak sesuatu....mungkin dia  faham bila umi dia selalu cakap kat dia... nanti la kita beli, umi tak dapat gaji lagi....
waktu tghari aku  ajak dia p kedai.
"umi nak p beli gerek kat abg ka?"
erm.... mas ani aku dah hampir nak mengalah...tp aku ckapa kat dia " dak la... nak p beli ais ja"
raut wajahnya kelihatan hampa sekali lagi.
Balik dari kedai terus dituju basikal kwn dia lagi. Seharian tak tidur.. asyik bermain saja
Pukul 5 abah dia balik kerja.
"abg...kesian kat Irfan. Dok mintak gerek ja. Jom la kita beli gerek kat dia. Tp kena habaq kat dia.... besday ni tadak hadiah dah tau"
" ha... jom" asben aku mengiayakan ja...
So.... ptg smlm  Irfan dah terima hadiah hari jadi  yg ke 5. Sebuah  basikal yg diidam2kannya dah berapa lama.....

3 ulasan:

Unknown berkata...

itu la... kesiankan dkt depa bila depa mintak sesuatu berkali-kali.... huhuhuhuhuhu.... x mgapa dapat hadiah awai....

Unknown berkata...

hepi besday irfan dah besau anak umi nih...

shida berkata...

aunty2... tima kasih... nak adiah jugaak