Isnin, 3 Oktober 2011

Kuih Lapis dan Apam gula hangus

 Kemarin ada org nak datang rumah mak.
So.. aku  kata kat mak kita buat  kuih lapis la. Mak cakap takut tak jadi... beli ja la.. Aku kata tak pa... cek boleh buat. kompom jadi. Padahal aku ingat2 lupa resepi. Mau tak jadi...  rosak santan..
Dalam hati berdoa je la moga2  jadi seperti yg aku nak.
ha... menjadi. cuma lapisan bawah je tak berapa nak lekat.. mungkin aku kukus terlalu lama sebelum masukkan lapisan ke2.  Yang datang tu pun org tua2...depa suka ngn kuih lapis ni. Mak cik tu cakap dia tak pernah buat kuih lapis ni. Boleh jual kalau mcm ni... ehehehe... kembang semangkuk la org yg membuat kuih ni.
nak resepi???
Bahan2:-
4cawan santan
4cawan air
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula. ( nak lagi manis boleh lebihkan gula)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak
pewarna merah dan sedikit sirap ros

Cara2:-
Blenderkan santan, air, tepung, gula, garam dan minyak supaya sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian diwarnakan dengan warna merah
Panaskan periuk pengukus.
sapukan sedikit minyak pada loyang dan mula mengukus lapisan  bewarna putih terlebih dahulu.
agak2 lapisan tu masak, boleh letakkan lapisan ke2 iaitu  bancuhan tepung yg bewarna merah.
kukus sekali lagi. Ulangi langkah dengan memasukkan bancuhan berselang seli.


lepas tu teringin lagi nak cuba buat apom gula hangus... Alhamdulilah! menjadi. Resepi aku google jumaat lepas ja..

ni resepi  secepat kilat namanya. tp org kata kalau nak menghasilkan rongga yg banyak pada apam tu... kena biarkan  bancuhan dalam 2 jam mcm tu...lain kali aku cuba,





2 ulasan:

SiTyAiZa berkata...

bak cikit..... nak rasa...

shida berkata...

hhee......habisss . nak rasa mai umh