Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Selasa, 7 Februari 2017

Persiapan sambut kelahiran

Alhamdulillah.. kandungan dah masuk 35 minggu...
Sekejap ja rasa masa berlalu...
Minggu minggu sebelum ni dah 2 kali membasuh baju baby.
Baju baby tidak elok dibasuh dengan sabun yang kuat bahan kimia ya...
So, gunakan saja cecair pencuci ABD.
Selalunya ada dijual di bahagian barangan bayi.

gambar ehsan:google.




bila dah kering, stokin , barut dan topi disusun dalam kotak supaya senang nak cari.
Anak yang dulu dulu hentam simpan ja..

kotak ni beli dekat MR D.I.Y. 
ringan dan mudah dialihkan.. mau kata nak balik pantang kat kampung pun angkut letak dalam bonet je.

Ni baru sebahagian persiapan.... ada banyak lagi yang belum lengkap...terutamanya barang mak baby la,,,
P mana habis kain batik pun tak tau... kikiki...Almaklumlah dah lama tak pakai kain batik.



Khamis, 8 Disember 2016

bilik tidur anak

ok....
ini bilik tidur anak anak...
Insyirah request cat warna pink.
maka umi pun kena lah pilih pink untuk dia...

pakat bekerjasama megecat bilik..

adik pun tak lepas nak tolong sama..semangat betul!
2 hari jugak nak siap... almaklumlah tukang cat profesional.. kikiki.

ini katil untuk kakak,.. kakak pilih cadar pink jugak...
kipas pun pink.. kipas ni kebetulan abah dapat cabutan bertuah. alahai anak perempuan kan..

ni pulak adik pilih cadar superman... ultraman tak dak jual masa tu...

tirai ja pakai tirai yang lama... Nanti umi cari tirai baru... rasanya tirai kosong lagi elok kot dari tirai bunga bunga...




Jumaat, 25 November 2016

Majlis Konvokesyen Taska Jabatan Agama Islam Negeri Kedah,

Sedar tak sedar dah habis dah sekolah taska... tahun depan insyaallah darjah satu ...

Persembahan lagu asma al husna oleh taska masjid al Irfan Derga.. taska Insyirah la ni...hihii

bersama kawan kawan baik dia..

dah konvo ...alhamdulillah...

Mula bersekolah di taska  bermula dari umur 5 tahun. Tetapi kalau korang nak hantar anak anak ke taska macam ni seawal 4 tahun dah boleh hantar.
Yuran bulanan serendah rm30 sahaja. Sangat berbaloi ...
terima kasih diucapkan kepada guru guru yang terlibat secara langsung ata tidak langsung dalam membantu Insyirah dari tak kenal apa apa sehingga boleh membaca buku dan membaca Iqra'. alhamdulillah...
terima kasih diucapkan kepada guru guru taska Masjid Al Irfan..
terima kasih juga diucapkan kepada Mak Su Insyirah Yang bersusah payah hantar dan ambik Insyirah... Jasa kalian hanya Allah sahaja dapat membalasnya.









Isnin, 29 Februari 2016

Insyirah 6 Tahun

Happy Birthday buat puteri kesayangan umi dan abah.
28.2.2016 genap umurnya 6 tahun..



Mcm biasa.. kami akan sambut Birthday dekat KFC...

Lepas tu akak minta hadiah...

Nanti tunggu abah balik dari Terengganu kita pergi cari hadiah ya syg....

Semoga anak umi membesar dgn sihat walafiat, menjadi anak yang solehah buat umi dan abah...

Kami sayang KAKAK....

Selasa, 25 Ogos 2015

Spiderman

Toy baru abah beli masa balik dari Kluang.
Sekarang nak pergi mana2 pun dengan spiderman ni la.... jadi kwn dia.. tinggi lebih kurang dia je...
Takut pulak umi tengok malam2... :-)



 Makin banyak akal..
Makin manja.. Almaklumlah umi cuti 4 hari...semua benda nak panggil umi...

Isnin, 1 Jun 2015

peraduan mewarna sempena karnival amal hari penyayang

umi ambil cuti sbb nak bawa Insyirah masuk pertandindingan mewarna. Sekolah insyirah hantar wakil mewakili taska JHEIK. Lagipun hari jumaat kan..abah ada kerja..umi lah yg kena drive. Nasib baik ada parking.



tu..insyirah bersila dekat lantai. banyak org bawa meja. ooh tak pe, tahun depan kita usung meja ya syg...

abang Irfan dan kak Athirah pun join sekali. kebetulan pendaftaran masih dibuka. berkat kesabaran mak ngah irfan beratur nak daftar...boleh gak diorang join. yuran rm3 ja.


tgk budak depan ni..dengan meja siap dengan kipas lagi. cayalah!

balik awal..x sempat nak tunggu result sbb dok tau dah x menang. Insyirah asyik dok nangis dalam tu, Umi nak masuk pun x boleh..last sekali tanya dia kenapa nangis,, sakit perut lapar katanya.. hadoi... ingatkan apa...urusetia dah bg beg sorang satu ..dalam tu ada roti dan air kotak. dia tak perasan la tu. dekat tgn umi pun ada makanan tp x boleh nak masuk bg..sorry ya sgt..my careless.




Rabu, 20 Ogos 2014

Hobi Umi

Mlm td... mood malas masak... lepas tu tekak ni dah banyak hari teringin nak mkn nasi Arab atau nama manjanya  nasi MANDY.
Terus asben ajak p satu cawangan dekat jln Sultanah... Tp apakan daya... bukan rezeki kami. Kedai tutup.
Hurm... nasi2 lain dah tak terbayang depan mata aku. Tiba2 teringat  gemilang Burger. Satu kedai yang pernah dicadangkan oleh kwn2 aku. Kat situ western food.

So.. sampai disana aku oder chicken chop utk aku dan Irfan, abahnya nasi goreng gemilang dan Insyirah burger biasa.

Bila sampai je chicken chop yang masih berasap tu.. aku mcm biasa la.. keluarkan henfon. Ambil gambar. ermm gambar tak berapa nak cantik sbb kawasan tu gelap. Nak keluarkan kamera malu.. sbb kami duduk dekat dengan TV.

Tetiba Irfan cakap

"abang dah tau Hobi UMi... Tangkap gambar dan sms."

"ops...abg tau ya hobi umi?"

" ya la.. abang tau..."

"abg jgn cerita kat ustazah tau"

"ok... abg janji"

abah kat sebelah dah sengeh2 tgk anak smash umi...

Hadoi....

Khamis, 12 Disember 2013

Gigi bebeh Izzan dah naik...

Izzan dan masuk 8 bulan.. tetiba je nampak sebatang gigi bawah sebelah kiri dah mula menampakkan diri.. Hihihi... umi suka suruh adik  ghenyih  sbb nak tgk gigi baru naik...
susah betul nak nak ambil gambar gigi dia...

ha.... nganga lagi bebeh... tak bleh nak  focus gigi neh...

ha.. akhirnya dapat jugak umi snap gambar gigi bebeh. tp gambar pulak jd blurr,,, :-)
 Lepas ni umi ken abersedia lah untuk digigit2 oleh bebeh... :-)



Jumaat, 29 November 2013

Kami Dah ada LESEN


Ni dia ... bebeh dan Danish dah dapat kereta baru... 
Bebeh lesen P dah.. sbb sblm ni bebeh tumpang naik kereta orang dulu. Danish pulak baru lesen L... mcm ketam berjalan... hihii

Ha.... bila tangkap gambaq baru perasan kereta  depa jenama BLM.. tp bukan SAGA BLM ye,,, hihiii
Hurmm bebeh sangat seronok.. terloncat2 sbb keter baru ni ada lagu.. keter lama tak dak lagu.. eksen!!! keter lama tak pandang dah...



Selasa, 19 November 2013

syamsul Izzan dah 7 bulan

sekejap je masa berlalu...
sekejap je adik dah besar... sekarang ni dah pandai guling2




Isnin, 7 Oktober 2013

Hari Anugerah cemerlang

hari anugerah cemerlang..
Alhamdulillah berjaya juga  anak sulung ni naik pentas. walaupun duduk kelas tercorot. Tak pe, insyaallah kedepan2  akan naik kelas ye... Umi sentiasa memberi galakan yg sepenuhnya dan berdiri di belakang anak umi. 
ni hadiah yang Irfan dapat. Sebuah buku cerita, sekeping sijil dan sebuah buku tulis. 

kecik je nampak dia kat atas pentas tu... hihii.

yang ni kwn baik dia.  Dapat hadiah jugak... mcm ni la org kata kwn, dapat hadiah pun sama2...


umi candid gambar masa dia tgh beratur nak terima hadiah...

Adik yg sangat2 bersemangat nak tgk abg.

tegarr pun ada.... sebijik suara. Tak payah nak habis2 duit p jemput tegar... kat sekolah pun hado!





Rabu, 25 September 2013

dear, I'm proud of u

dah lama tak update blog. ada benda benda nak tulis tapi tak tahu nak mulakan mcmmana.

so, mula sekali aku pilih utk menulis tentang anak2,

minggu lepas ada perjumpaan waris. Aku tak dapat p. Abah Irfan saja yang p. Pelajaran Irfan semakin bagus, Cikgu kata cuma tulisan dan warna je kurang elok.
lepas semua penerangan dari cikgu, Suami bertanya pada cikgu sbb mmg kami nak tau mcmmana perangai anak kami ni dlm kelas. Cikgu kata.. BUAS YA AMAT!

errr.. Buas ke anak aku?? Ayat kedah mmg  gunakan perkataan ni. Biasa bagi org tua2.
tp lebih elok klu diganti dgn perkataan aktif...

so mlm tu kena tazkirah la Irfan. siap nangis lg.
kenapa tipu umi?
sbb abg takut umi marah abg bising dlm kelas.
umi pantang org tipu umi, lg umi marah!

umi... abg minta maaf.. abg tak buat dah. abg nak dok diam ja dlm kelas. nak buat kerja sekolah ja. cikgu tanya soalan pun abg tak mau jwb. cikgu jhatt!! cikgu habaq  buat apa tak tau kat abah.

gullpp... cikgu plak dia nk marah..Irfan... Irfan...

tp ptg smlm aku dapat perkhabaran gembira. Esok Irfan akan terima hadiah pada hari anugerah cemerlang. Tahniah anak umi. Umi tahu anak umi boleh buat!. Terharu tau... naluri seorang ibu. huhuhu.
Esok aku akan ambil cuti tahunan semata2 nak raikan kejayaan dia. Bg dia semangat sikit. Walaupupun cuti umi hanya berbaki 4 HARI!!!!! Cepatla habis bulan 12.... nak cuti baru pulakkkkk

Rabu, 18 September 2013

makanan pertama si manja

Izzan dah masuk 5 bulan. Dah ready utk diberi makanan pejal pertama,
Kali pertama ni elok diberi buah2 dulu.
Dalam senarai pemakanan bayi 4-6 bulan buah2 yang disarankan ialah:
1. pear
2. pisang
3. Apple
4. beras perang
5. labu
6 .sweet potato (keledek)
7. Zucchini.

untuk permulaan disarankan pilih 2 jenis buah sahaja. so aku pilih pisang dan apple. Buah yang senang dapat kat Malaysia ni.

Puree apple 
 
Apple perlu dikupas dan dipotong dadu.
Kemudian apple tadi perlu distim sehingga lembut dan sejukkan.
Masukkan ke dalam blander . letak 1/4 air minuman dan blander.
Sebiji apple boleh bahagikan kepada 3 kali makan. Baby  bukan mkn byk pun.

puree pisang

puree pisang paling senang. Tak perlu stim, kupas kulit potong dan boleh terus blander. Campur  sedikit air untuk jadikan  puree soft. Sesuai dengan perut baby.

then letak dalam bekas kecik2 ni. yg depan puree apple dan yang dibelakang tu puree pisang. Ni bekas yang aku beli dengan baby bullet hari tu. 

Kalau letak pada suhu peti ais biasa puree ni boleh tahan selama 3 hari. Kalau dibekukan boleh tahan selama 30 hari.

Nanti nak try puree kurma pulak... :-)

Rabu, 11 September 2013

baby bullet sudah sampai..

Alhamdulillah.. benda yang dinanti dah tiba....

baby bullet...

tgh mencari blander (langkah persediaan nak bg baby mkn). 
.. tetiba ada sorang kwn buka satu laman web. Dia tunjuk la blander ni bersama bekas untuk sejuk beku, Hati terus jatuh  chenta!! Tgk harga boleh tahan Rm399. Uii terbelalak biji mata uii tgk itu harga. Tp Lazada tgh  buat diskaun 75%. terus sambaq la.. boleh dapat dengan harga RM90 je... Sangat2 berbaloi...

Tak sabaq dah nak buat makanan bb. Tp Bb baru  5 bulan. Sabaq sat na umi...
Turut disertakan, buku respi. I Like!!!

Sorry kawan2.. ummi  teruja tgk benda2 mcm ni. :-)



Selasa, 3 September 2013

Terima Kasih Umi

Hari Merdeka aku teringin nak mkn bihun sup. so ajak asben p mkn bihun sup kat sungai korok.
Nak balik tu.. mcm awal lagi.. 6.30 ptg.. kami terus ke Taman Tasik darulaman.  Ohh ramainya.. malas nak cari parking. Tetiba Irfan cakap.. Umi!!! Kuda...
Erm.. sesekali kesian la pulak,
 cari juga la parking. nasib baik ada... tp jauh jugak.. demi anak.. tak pa, umi sanggup jlan jauh.. :-)

mula sampai ajak naik benda lompat2 ni.. adik tak nak naik sbb adik kata dia takut.
adik hanya nak belon ni je.. pompuan kan???

kuda lain semua besar2 dan tinggi2.. umi tak bg abg naik la.. takut jatuh.. so umi bg naik kuda kecik ni je...

ha.. yg ni baru sesuai.. rendah sikit.

Yang mengejutkan umi... naik je keter.. Terima Kasih Umi sbb belanja abg naik lompat2 dan belanja abg naik Kuda. Abg janji akan ikut cakap umi. Abg tak mau pukul adik..
erm.. ayat yg aku tak jangka akan keluar dari mulut dia.
Nampak sgt dia teringin nak naik kuda sebelum ni tapi aku tak bagi. 
Anak kecil ini ikhlas bila kita ikhlas  dengan  mereka. 
walaupun abg dikategorikan sbg budak yg boleh tahan jugak lasaknya... tp umi bangga dengan apa yang umi ada. Anak2 umi adalah anugerah yg tak ternilai.
Ya Allah.. Jadikanlah anak2 aku anak2 yg soleh dan solehah... amin.




Khamis, 22 Ogos 2013

tambahkan susu dengan alfalfa

jom share tentang kebaikan  set penyusuan shaklee.

nampak perbezaan hasil produk susu berbanding sebelum pengambilan.

sebelum ni aku hanya amik esp saja.. susu  selalu dapat dalam 70ml je.

lepas  menggunakan alfalfa.. produk susu makin bertambah. Alhamdulillah... sekali pum boleh dapat 120 ml.

Sangat2 cukup untuk baby...

Masalahnya sekarang, baby yang tak nak minum  EBM.. Kat dalam peti ais makin bertambah stok EBM. 

ha.. inilah vitamin yang namanya ALFALFA... aku ambik 2 biji je sehari,, Maksimum boleh ambil 10 biji dalam satu hari. Sekali beli boleh jimat berbulan2..

So.. kepada kawan2 yang tgh menyusu dan susu  agak kurang tu... boleh la try set penyusuan bajet dulu dari shaklee. Klu bajet bayak.. boleh ambik set2 lain. Set bajet ialah ESP dan Alfalfa ni dah cukup untuk menambahkan susu badan. Insyaallah...yang penting usaha dan tawakkal..




Selasa, 20 Ogos 2013

puting susu

Mai nak bercerita tentang penyusuan baby aku yg ke 3.
Baby ni tak suka hisap botol. sebulan sebelum masuk kerja aku dah training dia  dengan bermacam2 jenis puting tapi tak jalan... nak jugak direct  breastfeeding.
buntu aku memikirkan... dalam maasa yang  sama tak henti2 berdoa semoga dipermudahkan proses  anak aku nak minum dan dan tidur sepanjang aku tinggalkan dia dekat mak aku.
 Jom tgk jenis2 puting dan botol yang sempat aku ambil gambar.

botol tommy tippee. aku beli sebelum aku bersalin lagi. for natural breastfeed. Masa aku dalam pantang dan baby tak pandai nak direct breastfeed, mmg aku akan perah susu masuk dlm botol ni n baby pandai pulak nyot2 pakai botol ni. Tp bila dia pandai isap.. dia tak nak botol ni..

Bila dah asyik nangis mcm anti kat botol, aku try p cari puting doktor baby pulak.. Puting ni  zaman dolu2 femous la. sbb dia lembut. Tu pun jenuh aku cari. jumpa kat kedai apek.  Mula2 aku beli satu je dulu. Balik tgk dia mau minum,.. so 2 hari lepas tu aku p beli lagi 3. Lepas tu dia tak mau dah puting ni. Setiap kali bg susu mesti berperang.

 ni dia puting dr baby..

lepas tu.. aku beli pulak botol MAM ni. Tu pun selepas kawan2 cadangkan pakai botol ni sbb puting dia mcm kemek sikit kan... Awalnya aku tak berani beli sbb botol ni agak mahal la bagi aku. Murah sikit dari  botol tommy tippee yang tadi tu. beza dalam 4-5 ringgit mcm tu. Aku takut membazir. Then aku tgk  anak adik aku minum ok je pakai botol ni. Try la pinjam botol dia ni. Baby isap bersungguh2.. terus aku p beli botol ni.  Sampai la aku masuk kerja.. baby  minum pakai botol ni. Dan sampai satu tahap.. baby taknak pulak susu. Kadang2  minum pakai syringe .( boleh baca kat entry yg lepas2)

Kawan2 cadangkan aku pakai  puting pegeon pulak. Aku tak p beli pun. Ni kawan aku yang bagi.. sbb anak dia tah tak minum susu.
puting ni lembut jugak.. n baby pun mau jugak minum,.. tp kadang2 buat perangai jugak la..
peristaltic Nipple. dalam satu bungkus ni ada 2 ketul puting ni. baru guna seketul.

Ahad lepas p timbang baby umur 4 bulan. Sekali berat dia mmg naik.. tp sikit je la... carta jadi menurun. Nurse tanya kenapa? aku cakap dia susah nak minum susu. Lepas tu nurse cadagkan  cari puting NUK sbb anak dia  dulu pun mcm tu... bermacam2 jenis dia cuba.  Dgn NUK baru mau..
Balik tu terus p kedai cari NUK

ha.. puting ni pun lembut lebih kurang mcm puting dr baby. cuma hujung  dia  mcm kemek sikit. harap2 baby akan suka ngn puting ni.

Petang smlm tanya mak... baby taknak  isap dah puting pegeon.. Hari ni  minum byk jugak pakai puting baru ni...






Jumaat, 2 Ogos 2013

Lihat emosi anak melalui lukisan

Betul org kata.. kadang2 anak2 kecil meluahkan apa yg mereka  rasa melalui sebuah lukisan. Rasa marah... rasa sedih, rasa gembira, rasa bahagia.
Baru2 ni aku tgk Irfan asyik melukis. So.. apa yg aku nampak ialah...

dia buat carta salah silah keluarga.. ala... yg mcm kita buat kat sekolah tu....cuma ni tak nampak sgt la... cinta abah, umi =adik,baby, abg






Khamis, 25 Julai 2013

Alkisahnya


tgk gambar ni,,, ada  faham??/

ini  syringe. Digunakan untuk suap ubat kat baby. Tapi yang ni aku sediakan untuk baby aku. Bukan  tujuan utk minum ubat tapi minum susu. Semuanya adalah gara2 baby tak nak isap botol. sebulan sebelum masuk kerja aku dah train minum dalam botol tapi dia tak nak. Puting tiruan tu pun aku ajar dari dalam pantang tp dia tetap menolak semua itu. 

Aku tgk org  beli botol tommy tippee.. aku pun lari p beli, aku tanya org  botol apa ok... org kata MAM. Untuk elak pembaziran, aku try  bg bb minum pakai botol MAM anak adik aku dulu. Tgk elok je bb hisap. Tghari tu jugak aku p kedai cari botol MAM. Mahal pun mahal la asal Baby nak. Balik rumah dgn bersemangatnya bg kat bb. 2 kali je dia try isap. Lepas tu terus tak nak. 

Aku tak putus asa. Aku p pulak kedai cina cari puting yg warna coklat keluaran doktor baby. Ala.... puting yang macam zaman dolu2 tu... Bukan  senang nak cari... last2 aku jumpa kat satu kedai apek ni. Try dulu satu.. baby nak,,, Esoknya aku p beli lagi 3. dia buat tak mau plak dah puting tu,.. Tepuk dahi Umi.Dalam  hati umi sentiasa doa semoga dipermudahkan urusan nak train bb minum dalam botol.

Setiap hujung minggu mesti balik rumah mak.. nak bagi baby biasa sbb aku nak hantar mak aku yang ngasuh. Apa lagi... tahan telinga la dgr mak aku membebel. Niat dihati aku asalnya nak bg fully breastfeed. Dalammasa yang sama aku nak bby direct feed bila  bersama aku.  

Baby  akan nangis sungguh2 klu suap botol kat dia. Aku pulak jenis ak sampai hati tgk dia nangis. Tak tahu buat mcm mana, mak try suap susu guna sudu. Alhamdulillah.. tgk baby mau  minum. Tp teruk juga la mak aku kan... So.. ada kwn2 cadangkan pakai syringe. Aku pun Kumpulkan la syringe ni bila bb mau. Lepas 2 hari.. dia buat tak mau minum dalam syringe pulak...

So  sekarang hari ke 4 Baby dah pandai hisap pakai botol dah... Alhamdulillah. Tapi dia hanya nak botol MAM. Petang semalam kak Ida hadiahkan botol susu tupperware. Umur baby besar sikit boleh la guna botol tu pulak. 

 ha... puting tiruan tak sedap la umi... isap  jari lagi sedap. hihihi.



Isnin, 22 Julai 2013

Izzan masuk wad

minggu sebelum ni... aku sempat masuk kerja 1 hari saja. hari Jumaat Baby kena tahan wad sbb cirit birit. Hari ke 5 najis baby bercampur dengan darah. Terkejut bila nak salin lampin. Masa tu pukul 12 malam. Terus ajak suami ke hospital. Mlm tu jugak la... kena duduk dan tidur dalam wad.
Buat ujian terhadap najis dan darah.. Alhamdulillah, baby tak dak sebarang jangkitan. Doktor pun  awal tu hairan juga mcmmana fully breasfeed boleh terkena jangkitan..

Sebenarnya mcm ni...
Hari jumaat minggu sebelum tu, Aku hentam mkn durian tak hengat2 dunia. Bangun je pagi.. terus sakit urat leher. Mungkin jatuh bantal jugak.. tak tahu la sbb  bantal atau sbb durian. Nak pusing kiri tak boleh... nak pusing kanan.. lagi la bertambah sakit. So, mlm sabtu tu aku dah tak tahan.. aku telan ubat sakit urat. Keesokan paginya bangun dengan lebih  segar. Sakit leher pun dah hilang. Tp... muncul pulak sakit baru... baby cirit.
hari ke 2, baby cirit warna hijau, Mungkin sbb aku ambil vitamin alfalfa... ( dlm hati).
Mlmnya aku terus ke klinik amik ubat. Lepas mkn ubat, baby dok mcm tu jugak. .
bila tak lega juga... p hospital. Kena tahan wad... Dalam wad... mkn antibiotik.. 4 hari dah boleh balik rumah.
Hurm.. Itulah.. tak jaga mkn.. (marah diri sendiri).


hospital bg katil elok2, baby ngn mak dia tidur atas kerusi. Tak tahan sejuk, sbb serombong aircond atas kepala.

masa ni tgh tunggu giliran nak masuk jumpa doktor. Umi dah siap nangis2 dah.. Baby rileks je...

sedap je dia tidur.
 yang ni dah siap2 nak balik dah... bye2 hospital.. 

Dalam kesedihan bila anak kita sakit, ini sebenarnya adalah ujian untuk kita. Dalam masa yg sama, Allah nak buka mata hambanya. Hati kecil ini betul2 tersentuh tatkala melihat satu tubuh kecil yg berusia 5 tahun. Dikejarkan dari hospital Kulim. Seorang kanak2 yg buta ke2 belah matanya sejak lahir lagi. Mengalami masalah pada ususnya. Dah 4 hari kena puasa. Kasihan bila melihat anak kecil itu mengunyah satu bekas tupperware kecil yg diberikan ibunya. Sepanjang mlm dengar dia tidur tak lena. Menitik Air mata ni. Ya Allah... betapa sabarnya ibu itu melayan dan menghadapi anaknya itu.  Saat itu aku sedar yang anak2 adalah aset dan anugerah yang paling berharga dari Allah. Saat mereka lasak, saat mereka merengek  minta dimanja.. itulah yg perlu kita hargai. Jgn sampai terlepas saat2 berharga itu.