Isnin, 2 Oktober 2017

Mee kari

Tak pernah pun buat mee kari sebelum ni...sbb  saya bukan penggemar mee kari. Tp sejak kebelakangan ni bila termakan mee kari yang sedap baru lah teringin nak masak sendiri. Asyik bertangguh saja hajat nak buat mee kari sehinggalah mmmg  berazam nak buat jugak mee kari.

Kebetulan pergi  market terjumpa orang jual kerang... masa tulah keinginan nak buat mee kari membuak2.
Mahal juga kerang sekarang ni kan? sekilo rm8. Dulu2 Rm3 je sekilo. Encik asben cakap...mak enon dulu2 pun muda... huhuhu..


Bahan:

Mee kuning (dicelur)
Daun bawang
asam limau
sambal kerang
fish cake
isi ayam
santan
rempah kari ayam(AWEIN)
rempah kari ikan (BABAS)
jintan manis
kulit kayu manis
bunga lawang (blender)
bawang merah(blender)
halia(blender)
lengkuas(blender)
bawang putih
asam jawa
garam

Cara:
1) Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang.
2) Masukkan bahan blender(halia,lengkuas,bwg merah,bawang putih). tumis sampai agak garing.
3)masukkan rempah kari daging dan kari ikan yang dicampur sedikit air...tumis sampai pecah minyak dan kari masak.
4) masukkan jintan manis.
4) Masukkan air asam jawa.
5) bila dah mendidih, masukkan ayam dan fish cake.
6)biar sampai mendidih dan ayam masak.
7) Masukkan santan, kecilkan api,
8)padam api lepas masak.

untuk sambal kerang:
1) rebus kerang.
2)kopek kulit dan bersihkan kerang dengan air.
3) Tumiskan bawang merah dan bawang putih,
3) masukkan cili kisar.
4)bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa.
5) masukkan Gula kabung dan sedikit gula putih
6) perasakan dengan sedikit garam..
7) masukkan kerang yang telah dikopek tadi...


Rasa seronok bila anak yang mmg suka makan tu sampai 5 kali minta tambah.

Isnin, 11 September 2017

Makanan pertama bayi~puree carrot

Ha...
Mai hari cuti.. Umi buat puree carrot pulak.
Tgk mcmmana penerimaan Imani.


nice colour.

1 biji carrot dikupas dan dibersihkan. kemudian dipotong 5.
direbus sehingga lembut.
bila agak sejuk boleh blender dengan sedikit air. kemudian guna penapis untuk mendapatkan tekstur carrot yang halus.

Banyak juga Imani makan. Nanti kita buat carrot ni campur dengan susu pulak. 






Rabu, 6 September 2017

Makanan pertama bayi.

Alhamdulillah... berjaya menyusu sepenuhnya bayi kali ini.  Lagi 9 hari nak masuk 6 bulan.
Tengok dia macam mula lapar..try buat bubur nasi je dulu dekat Imani.
Nasi kosong ja. Ini untuk memberikan tekstur rasa makanan sahaja.. Bagi dia kenal ohh... ini makanan..

kenapa aku kata tanda dia mula lapar?
hurmmm kalau kita makan.. dia pun kemam kemam mulut.. part yang paling tak tahan.. dia sambar masuk mulut sekali. Jenuh tarik.

Mula aku buat puree pisang.. lenyek pisang emas sebiji. kemudian tonyoh pada penapis. Kemudian tambah sedikit air bagi cair cair sikit pisang tu. Tapi sbb nak biasakan dengan rasa tawar nasi dulu... so aku ubah menu ke nasi kosong.

keluarkan semula  blender baby bullet yang zaman abang Izzan dia dulu... bekas kecik semua hilang.. tinggal blender je.
Setelah masak nasi sampai lembik jadi bubur... tunggu agak sejuk, masukkan dalam blender, tambah air masak sikit.

kemudian gunakan penapis teh untuk lenyek nasi yang telah diblender tadi. Aku pakai sudu untuk tekan nasi ni...

Hasilnya...Ni ha... dah halus tekstur nasinya. simpan dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Aku masak malam siap siap.. takut pagi aku terbangun lambat. sbb 6.30 aku dah kena keluar rumah. takut nasi tak sempat sejuk nak blender. nak makan nanti panaskan saja...









Isnin, 10 Julai 2017

Terus Mencintai ~ Siti NorDiana



OH KASIHKU TAK KAN HILANG
BILA KAU INGAT KEPADAKU
OH CINTAKU TAK AKAN PUDAR
BILA KAU SELALU DISAMPINGKU

RASA RINDUKU MELAYANG LAYANG
MENGINGATKAN ENGKAU SEORANG
MENYEMAI KASIH DI DAHAN CINTA
HARUSKAH AKU TERUS MENANGIS

MENGAPA RINDUMU PADAKU
TAK SEBESAR RASA SAYANGKU PADAMU
MENGAPA CINTAMU PADAKU
TAK BISA SELUAS LAUTAN

SUNGGUH....SUNGGUH KU TAK BISA
MENAHAN BESARNYA RINDUKU PADAMU
SUNGGUH....SUNGGUH KU TAK BISA
MEMAKSA DIRIMU MENCINTAIKU



best dengar lagu ni.. mmg betul kan.. kita tidak boleh nak paksa org untuk menyintai diri kita...
Masih berbisa suara siti Nordiana ni.. mendayu dayu...

Selasa, 13 Jun 2017

Selamat melahirkan anak ke 4

Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan anak ke 4 pada 13 April 2017 pada jam 3.45 ptg.
Baby girl. hihi.. Baru hari ni dapat update. Sbb saya dah masuk kerja... bercuti 3 bulan.. dah  habis cuti bersalin...

 kena induce sbb saya kena paksa lahirkan baby on due date krn ada sejarah GDM
 Lahir terus masuk NICU sbb doktor nak pantau glukosa dalam darah.


 ni bila dah balik rumah... baby kena masuk NICU semula sebab kuning agak tinggi..
masa nak hantar seula ke hospital mmg umi nangis laa... sedih ooo nak berpisah,,, bimang baby nangis la,.. bla..bla..bla..

1 malam je baby bermalam,, yey... umi dah boleh bawa balik.

Rabu, 1 Mac 2017

Buah Setar

EHH..pengaruh viral Fb betul.. tgk org post pasal buah ni.. terus menjadi jadi teringinnya...



Buah Setaq org utara panggil...
tempat lain ada yang panggil buah kundang...

Favourite fruit dari zaman kecil kecil lagi.. susah nak dapat buah ni sekarang... Harga pun boleh tahan mahalnya....Kalau dulu2 murah je...

Minggu lepas jumpa dekat pasar malam..
So pergi tanya harga...
dah agak.. sekilo rm50..
terus senyap dan berlalu...
dalam hati berkira kira.. nak beli ke tidak...
Rasa nak nangis pun ada sbb dok fikir dalam beg duit ada berapa puluh ringgit je...
Habuan esok pagi nak isi minyak...
Naik kereta.. cakap kat encik suami...dah jumpa buah yang teringin tu tapi sekilo rm50.

encik suami kata.. la... awat tak habaq? Minta beli sikit pun boleh....
Hurm... entah la tak terfikir pulak boleh beli sikit... hihi sbb terkejut dengan harganya kot...
tak pe la... sabar... minggu ni ingat nak cari lain... mana tau kot kot harga turun.
berjimat la kan.. dah la minyak petrol pun naik...

Nak dijadikan cerita.. Pagi tadi pergi sarapan bihun sup  dekat nat Arau... Jalan nak balik terjumpa kakak Siam ni jual.. Tanya dulu sekilo berapa...
Hari ni sekilo rm30. Wah.... bersinar sinar kegembiraan di mataku...
Terus minta setengah kilo... rm15.. hihihi....
Allah permudahkan apa yang dihajati...



Selasa, 7 Februari 2017

Persiapan sambut kelahiran

Alhamdulillah.. kandungan dah masuk 35 minggu...
Sekejap ja rasa masa berlalu...
Minggu minggu sebelum ni dah 2 kali membasuh baju baby.
Baju baby tidak elok dibasuh dengan sabun yang kuat bahan kimia ya...
So, gunakan saja cecair pencuci ABD.
Selalunya ada dijual di bahagian barangan bayi.

gambar ehsan:google.




bila dah kering, stokin , barut dan topi disusun dalam kotak supaya senang nak cari.
Anak yang dulu dulu hentam simpan ja..

kotak ni beli dekat MR D.I.Y. 
ringan dan mudah dialihkan.. mau kata nak balik pantang kat kampung pun angkut letak dalam bonet je.

Ni baru sebahagian persiapan.... ada banyak lagi yang belum lengkap...terutamanya barang mak baby la,,,
P mana habis kain batik pun tak tau... kikiki...Almaklumlah dah lama tak pakai kain batik.



Rabu, 25 Januari 2017

rumah ku.

Alhamdulillah... dah dapat penyewa baru... Insyaallah bulan 2 ni akan  masuk rumah...

Sebelum penghuni baru masuk... kami kena lah buat sesuatu...


letih tgk keadaan sinki dan dinding dapur ni.. Rasa nak nangis tau.. rumah baru..disewakan tak sampai 2 tahun... rupa dah jadi gini..

setelah dicuci..boleh tahan la sikit...

so gotong royong la cat bagi sejuk mata memandang...

dah tukar warna pink! hihiihi.. 

bilik air kedua.. pintu bilik air berlubang.. hadei.. kalau tukar seketul pintu ni mau makan modal dekat rm100

untuk menjimatkan kos.. beli wall paper dekat MR D.I.Y je..
untuk satu pintu ni memerlukan 2 gulung wall paper. So.. kos untuk pintu ni tak sampai rm8.


kunci grill pintu depan tak der.. adehh.. yang ni kena tukar yang baru.. rm36+ upah pasang ..melayang rm50.

upah cuci rumah= Rm60.

dah pergi settle bil elektrik rm 78.

So.. untuk potongan deposit+letrik.. aku cuma potong rm100.  Berbaloi kah??

huhu... dengan bulanan bulan 1 mmg tak dapat la sbb belum ada penyewa nak duduk. kalau ikutkan ramai je yang call nak menyewa.. tp sebab nak baiki rumah... maka kami terpaksa la tunda  ke bulan 2.

Mungkin tak dak rezeki kami kot...

Dan inilah realiti yang perlu kita telan jika kita memilih untuk menyewakan rumah kepada org lain.

yang ni baru kami perasan.. ada susunan bata yang telah disimen. susunan agak melengkung ke arah rumah jiran sebelah.. Jiran sebelah pun jarang jumpa.. Insyaallah nak kena menghadap jiran ni minta maaf.. Huhuhu... nanti nak kena ketuk/pecahkan...

tujuan post bukan untuk memburukkan sesiapa.. tp sebagai pengajaran kepada tuan rumah supaya kerap buat spotcheck .

dan yang paling penting... kena ada SURAT PERJANJIAN.










Isnin, 9 Januari 2017

Melaka ~Day 3~

pagi pagi kami dah keluar.. nak tunaikan hasrat budak budak ni nak naik beca.
Maka kami pergi ke Menara Taming Sari dahulu...

uihh.. tinggi jugak ye...gayat rasanya..


turun dari menara..jumpa lagi orang jual coconut shake. Yang ni mmg sedap...

boleh naik beca seronok tak terhingga dah ...


Sekian.. :-)




Jumaat, 6 Januari 2017

Melaka ~ cuti cuti sekolah~ day 2

Mmg niat dihati nak  ajak anak anak jalan ke Melaka.. tetapi memandangkan diri mak ni tak berapa nak larat, macam malas ja nak pergi mana mana. encik suami tetiba ajak.. Jom P Melaka..  Adehh.. jom la...

Lawak tak? Cuti Christmas p jalan jalan tanpa menempah hotel atau homestay terlebih dahulu... Adakah pisang akan berbuah 2 kali?
Dulu masa mengandung dekat Izzan.. naik cameron, pastu turun balik sbb tak dapat hotel..hotel penuh! Seksa hanya Allah yang tahu...

Sampai Ayer keroh dah pkl 5 dah...10contact homestay semua penuh!

Bapak mertua kata.. tak pa.. Kita cari masjid dulu..SOLAT.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami,,,

Alhamdulillah ...Allah mendengar doa kami.

Bantuan datang bergolek... sampai terpaksa memilih mana yang kami nak duduk...

So kami dapat satu homestay dekat ayer Keroh Melaka,.

homestay kami...satu malam RM200.

singgah solat di masjid ni..


Ok...homestay kami kena masuk pkl 10.00 mlm sbb org checkout pkl 8.30 mlm..

lepas rehat letih perjalanan yang agak jauh dari utara ke Melaka ni, keesokannya kami memulakan perjalanan dengan menaikibot merentasi sungai Melaka.

atas bot...

lepas naik bot..ronda ronda konon nak naik beca tapi bandar Melaka terlalu sesak.. pusing kat bandar jah nak ambil masa..sampai kawasan kota A Famosa tu org pulak penuh tak de tempat nak parking.

maka kami singgah untuk solat di masjid ni dulu...
lepas solat sesi mencari kedai makan. mak makan asam pedas kengkonon///
P cari asam pedas claypot... masyaallah.. org terlalu ramai... satu lagi kedai aapa tah.. pun tutup... Maka kami teruskan perjalanan ke Klebang... cari coconut shake la... maka kami dapat makan pukul 4.00 ptg. Perut mmg bergelora la.. almaklumlah selalunya paling lewat pkl 1 dah mkn tengahari.

jumpa gerai ni... So  boleh la merasa coconut shake.

inilah rupanya coconut shake tu...

Kebetulan kat sini ada jual set nasi asam pedas ikan pari.
maka oder la...
ha... inilah rupanya set nasi tu... sedap jugak....satu set ni rm10. Boleh la kan?


ha.. licin... Bukti lapar tahap gaban... :-)

Lepas makan, Melawat pulak kapal selam.

kapal selam... boleh masuk bergambar.. bayaran tak mahal sgt.. berbaloi la... sorang dalam rm3 atau rm4 mcm tu ja..

keadaan di dalam kapal selam.. oh mak kau.. terkejut.. patung! ingatkan ada org betul.. terus kapok abah sbb takut! sejuk ja dok dalam ni,.. Aircond kuat.. hihihi..

dalam sehari boleh melawat berapa tempat je...

mmg tak puas.. maka kami call balik homestay.. alhamdulillah... masih kosong dan kami pulang ke sana... esok teruskan lagi jalan jalan ye...sbb malam budak budak ni sangat teruja nak naik beca sbb ada lampu lampu yang sangat cantik...Tp tak dapat naik sbb cari parking tak dak... esokla kita datang balik..