Khamis, 30 April 2015

Berbahagialah dengan hidup ini

Kadang2 kita rasa bahagia dengan menjatuhkan orang lain...
Kadang2 kita bahagia jika kitalah yang paling pandai berbicara...
Kadang2 kita rasa bahagia jika kita paling memiliki...
Baik Paras rupa, bentuk badan, putih melepak, senyum manis,
kereta besar, rumah mewah....
Namun kekalkah bahagia itu???
Bahagia itu subjektif.
kadang2 org tak nampak bahagia...
Bahagia itu ada dalam jiwa...
Ketenangan...
Keceriaan...
Kedamaian....
Kenikmatan...
Semuanya tak terucap.

Tak perlu kita nak jatuhkan org lain semata2 ingin kita kelihatan lebih diatas.
kadang2 kita tak sedar tindakan kita itu keterlaluan...
Niat nak menolong.. tp dalam masa yang sama kita tak sedar kita sebenarnya sedang MENJATUHKAN reputasi org lain.
 Pendek kata.. Jangan take over kerja org lain jika tidak diminta...
Setiap orang ada cara mereka sendiri.
Jangan sampai nanti kita dibenci.

Fikir2 dan renung2kanlah apa yang kita rasa tak kena..
Muhasabah diri....
Kerana perjalanan hidup kita masih jauh....
Liku2 perlu dilalui untuk sampai kedestinasi...

Hidup ini memerlukan kejujuran dan keihklasan...
Kalau setakat dimulut... tp hati penuh karat....
Lupakanlah....

Hadirkan bahagia....

Isnin, 27 April 2015

sambal keli

Alkisahnya teringin nak makan sambal keli.
Pergi market beli lah ikan keli yang telah disiang. sekilo rm5.50 je. Maka dapatlah 5 ekor ikan keli..murah kan?


Adik aku tanya kenapa keli aku nampak pendek?

Jawapannya sbb aku jimat minyak.... goreng x muat kuali...nanti klu nak goreng penuh kuali kena letak minyak masak banyak2... membazir tu! :-)

Cuma yang berbeza untuk sambal ni.. aku blender sekali serai.

Gambar ikan keli x sempat nak snap sbb aku  berperang kat dapur tu nak basuh ikan keli lagi.. ayam lagi .. penat mak jemah ni... :-)

So... sapa2 yang nak try nah amik resepi

Bahan blender:
8 tangkai cili kering yg telah direndam air panas.
1 labu bawang merah
2 batang serai yang dirincik halus
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara2:-)
1. Goreng ikan keli yang telah diperap bersama garam dan kunyit sampai garing.
2) Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bahan blender.
3) bila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa. Tp sbb asam jawa dah habis, aku letak asam keping je.
4) perasakan dengan garam dan gula...
5) masukkan ikan yang telah digoreng td.

Ok.. selamat mencuba.

Rabu, 22 April 2015

Nasi kerabu Stesen Keretapi Arau

Nasi ni adalah makanan kegemaran aku..
Masa mengandung dekat anak sulung... kalau boleh tiap2 hari nak makan nasi kerabu.
Tempat ni terletak di belakang stesen keretapi Arau. kalau dulu mmg betul2 dalam stesen keretapi...Sambil makan boleh tgk org naik keretapi. Tapi sekarang stesen keretapi dah pindah.... dah tak bleh tgk ketapi lalu dah....

Nama kedai ni Kedai Mek Siti. Akak ni orang Kelantan.
Bukan je nasi kerabu, dekat sini juga ada Nasi dagang yang marvellous.. aku suka sgt2...kalau nak dibandingkan dengan nasi dagang tempat lain....sini mmg the boom la...
Dah 12 tahun dah kot aku jadi pelanggan kedai ni. :-)


cuma ikan kat sini agak besar.. selalu aku akan syer dengan kawan2..sbb sekerat pun dah kenyang.



 

senaman squat-cabaran 30 hari

oleh kerana ada org tegur ...
eh...nak boleh pulak ka? (mengandung).. maka mai dah semangat untuk nampak kurus balik...terutama bahagian perut la kan... malu chekkk.


satu hari.. pastikan buat 30 sit up untuk dapatkan perut yg flat...

ha... ni la squat tu.. simple dan sgt mudah.. tp kalau tak kena cara... boleh jadi parkingson ja rasa... mula2 buat..40 gerakan.. turun tangga rasa menggeletar je..
Squat ni adalah senaman kardio yang bakar kalori dan bina otot.
Kalau buat secara konsisten banyak otot akan terbentuk dan menghasilkan kaki yang mampat, cekang dan seksi u.. awwww.. :-)

ok.. Jom share mcmmana nak buat senaman ni...

1) Berdiri tegak. Buka kaki selari dengan bahu mengikut keselesaan kita.
2) Halakan tangan ke hadapan. Tolak punggung ke bawah/rendahkan punggung terlebih dahulu. Jangan terus bengkokkan kaki.
3) Pastikan paha selari dengan lantai
4) Tolak badan ke atas guna kekuatan hujung jari kaki anda.
5)Tarik nafas semasa menolak punggung ke bawah
6) Lepaskan nafas semasa menolak badan ke atas semula.
7) Boleh juga gunakan pemberat jika suka.

Senang kan???
Tapi perlukan semangat dan kekentalan ....



ok... Ni jadual squat.50 gerakan pun dah rasa  peluh menitik2...Jom sahut cabaran squat selama 30 hari bermula hari ini 22 April 2015.
Sebelum ni aku try 40 gerakan ikut hari rajin ja.....

Disamping tu juga aku makan supplement Shaklee. 

ALfalfa untuk Detox.
Omega Guard untuk bakar lemak.

Kalau korang rajin boleh la layari blog Shaklee aku ni dan boleh la oder vitamin Shaklee dari aku yerr... :-) 
Sempat lagi promosi.

Semoga aku berjaya merealisasikan untuk nampak cantik! :-)





Isnin, 13 April 2015

roti telur gedik

akhir2 ni femous pulak roti telur gedik ni...atau nama lainnya telur leleh.

yang ni roti telur leleh. rm2.50

yang ni pulak set roti bakar rm3.50.. semua pakai roti benggali....tapi yang kami makan ni  bukan benggali buat la.. tuan kedai buat sendiri....org melayu.

ha... yang ni aku buat sendiri.. pakai roti gardenia. telur gedik x mau jadi gedik..sopan gitu....sbb terlebih rebus... rupanya salah teknik da.... kawan aku cakap...untuk uat gedik rebus ni.. mula2 masak air sampai menggelegak... kemudian tutup api.. then campak telur selama 2 minit...dan angkat... ooooo nanti try lain.

Sesekali makan roti memang best!



Khamis, 9 April 2015

ini kah namanya gst?


Cuba lihat sayur ini...
Cer korang teka berapakah harga sayur ini?

Malam tadi berkesempatan pergi pasar malam setelah seminggu GST dilaksanakan.
Sayuran mentah tak termasuk dalam GST ok....
Konon nak berjimat.. nak masak sup ayam lah mlm esok...So, aku ambil 2 biji tomato sedikit daun saderi sbb daun sup tak de dan sedikit daun bawang...
Lepas mak cik tu timbang, dia tambah lagi sebiji tomato.. mungkin nak genapkan bacaan la kot...
Terkejut kak Bedah bila nak bayar tu,, mok cik tu cakap rm7.
Fuhhh... rasa nak pitam pun ada dengar harga ni.. macam tak masuk akal.. tetapi itulah yang nyata....

Tapi itulah... bila kita bercakap, nanti dikatakan kita ni asyik merungut... tak nak usaha.
Nak usaha apa ya???  
Kadang2 kita sedap menuduh org tidak positif....Jangan asyik merungut. 
Saya tak merungut ..dan saya yakin dengan rezeki yang allah bagi.cumanya tak puas hati bila ada segelintir individu yang suka ambil kesempatan diatas kesempitan org lain.
Kita takkan faham selagi kita belum berada didalam kasut org lain...
Kita tak pernah rasa susah krn Gaji kita tak pernah rasa kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.
Kita hanya boleh bercakap tp implementation???

Sekian.. Inilah cerita saya tentang pasar malam... beli kat Giant lagi murah kesimpulannya.....


Usah terlalu menjaga tepi kain orang lain

Kadang2 dengan mudah dan tanpa bersalah kita mengata org lain.
Tak perlu diulang2 kesilapan org lain....
Tak perlu dicanang merata2 keburukan org lain krn diri kita sendiri belum tentu sempurna.

Tak usah kita bangga apabila kita tahu segala....
krn Allah akan jaga kita bila kita menjaga Aib hambaNya yang lain.
Jaga dulu tepi kain kita sebelum kita menjaga tepi kain org lain..
krn kain kita itu pun hampir carik tetapi kita tak sedar....

nasihat akan berguna kepada insan2 yang berakal...
Jadi... marilah sama2 kita menjaga diri kita...
Segalanya  bermula dari kita.
Bukan mudah untuk mengubah tapi satu kejayaan jika bisa merubah...
Semoga hidup kita diberkati.


Ya Allah... peliharalah lisan kami, adab dan akhlak kami kerana kami masih jauh lagi perjalanan.....


Selasa, 7 April 2015

petua hilangkan ulser mulut,.

Adehhh.. aku kena ulser mulut. 3 biji kot dalam ni... Agak memeritkan. Mungkin sbb kurang minum air. Lagipun baru lepas cabut gigi ulser ni jadi.. so...rasanya..cuba anda bayangkan sendiri la..

So.. jom nak share serba sikit bagaimana nak kurangkan ulser ni.

1)Kalau zaman aku kecik2 dulu.. sapu bonjela ja...
2) kumur air garam
3) Letakkan asam keping di tempat yang jadi ulser tu.
4) Minum air banyak.
5) Lebihkan pengambilan vit c dan bcomplex.
6) Kurangkan makan makanan pedas... Tp lagi pedas lagi  syok... tgk2 dah hilang ulser tu. hihihi

Ada sapa2 lagi tak nak syer petua?