Rabu, 22 November 2017

beguk a.k.a bengkak cantik

bengkak cantik katanya...
betul ke cantik??
bengkak di bawah pipi...

Jumaat mlm sabtu dah rasa mcm nak demam...
Hari sabtu mmg demam...
hari ahad rasa mcm sakit dekat pipi.. mmg sah la kena jangkitan beguk sbb anak anak dah kena 2-3 hari sblm ni.

isnin masuk kerja.
Jumpa doktor. Doktor bagi ubat surut bengkak..antibiotik dan panadol.
tp doktor tak bagi mc pun.

isnin mlm selasa, pergi pulak klinik panel, Doktor kata beguk ni biasa.
bila check, tongsil bengkak. maka doktor bekalkan antibiotik. nasib baik belum mula makan antibiotik yg klinik mula2 tu bagi. Minta Mc sbb mmg dah tak larat. doktor bagi cuti satu hari je...

Selasa:
Serangan sebelah pipi kiri pulak, dugaan Ya Allah... Kesakitan ini moga menjadi penghapus dosa2 kecil buatku,

Rabu:
Masuk kerja semula.
semua aktiviti mengunyah dan menelan sangat sakit.. menitik air mata. Pernah kena beguk masa kecik2 dulu tp tak dak la rasa seteruk bila dah tua ni...


baru amalkan sapu dengan sarang angkut2,
balik petang ni nak try sapu nila dan cuka pulak. sbb dekat anak2 asben buat mcm tu kejap je dia kecut.










Isnin, 2 Oktober 2017

Mee kari

Tak pernah pun buat mee kari sebelum ni...sbb  saya bukan penggemar mee kari. Tp sejak kebelakangan ni bila termakan mee kari yang sedap baru lah teringin nak masak sendiri. Asyik bertangguh saja hajat nak buat mee kari sehinggalah mmmg  berazam nak buat jugak mee kari.

Kebetulan pergi  market terjumpa orang jual kerang... masa tulah keinginan nak buat mee kari membuak2.
Mahal juga kerang sekarang ni kan? sekilo rm8. Dulu2 Rm3 je sekilo. Encik asben cakap...mak enon dulu2 pun muda... huhuhu..


Bahan:

Mee kuning (dicelur)
Daun bawang
asam limau
sambal kerang
fish cake
isi ayam
santan
rempah kari ayam(AWEIN)
rempah kari ikan (BABAS)
jintan manis
kulit kayu manis
bunga lawang (blender)
bawang merah(blender)
halia(blender)
lengkuas(blender)
bawang putih
asam jawa
garam

Cara:
1) Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang.
2) Masukkan bahan blender(halia,lengkuas,bwg merah,bawang putih). tumis sampai agak garing.
3)masukkan rempah kari daging dan kari ikan yang dicampur sedikit air...tumis sampai pecah minyak dan kari masak.
4) masukkan jintan manis.
4) Masukkan air asam jawa.
5) bila dah mendidih, masukkan ayam dan fish cake.
6)biar sampai mendidih dan ayam masak.
7) Masukkan santan, kecilkan api,
8)padam api lepas masak.

untuk sambal kerang:
1) rebus kerang.
2)kopek kulit dan bersihkan kerang dengan air.
3) Tumiskan bawang merah dan bawang putih,
3) masukkan cili kisar.
4)bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa.
5) masukkan Gula kabung dan sedikit gula putih
6) perasakan dengan sedikit garam..
7) masukkan kerang yang telah dikopek tadi...


Rasa seronok bila anak yang mmg suka makan tu sampai 5 kali minta tambah.

Isnin, 11 September 2017

Makanan pertama bayi~puree carrot

Ha...
Mai hari cuti.. Umi buat puree carrot pulak.
Tgk mcmmana penerimaan Imani.


nice colour.

1 biji carrot dikupas dan dibersihkan. kemudian dipotong 5.
direbus sehingga lembut.
bila agak sejuk boleh blender dengan sedikit air. kemudian guna penapis untuk mendapatkan tekstur carrot yang halus.

Banyak juga Imani makan. Nanti kita buat carrot ni campur dengan susu pulak. 






Rabu, 6 September 2017

Makanan pertama bayi.

Alhamdulillah... berjaya menyusu sepenuhnya bayi kali ini.  Lagi 9 hari nak masuk 6 bulan.
Tengok dia macam mula lapar..try buat bubur nasi je dulu dekat Imani.
Nasi kosong ja. Ini untuk memberikan tekstur rasa makanan sahaja.. Bagi dia kenal ohh... ini makanan..

kenapa aku kata tanda dia mula lapar?
hurmmm kalau kita makan.. dia pun kemam kemam mulut.. part yang paling tak tahan.. dia sambar masuk mulut sekali. Jenuh tarik.

Mula aku buat puree pisang.. lenyek pisang emas sebiji. kemudian tonyoh pada penapis. Kemudian tambah sedikit air bagi cair cair sikit pisang tu. Tapi sbb nak biasakan dengan rasa tawar nasi dulu... so aku ubah menu ke nasi kosong.

keluarkan semula  blender baby bullet yang zaman abang Izzan dia dulu... bekas kecik semua hilang.. tinggal blender je.
Setelah masak nasi sampai lembik jadi bubur... tunggu agak sejuk, masukkan dalam blender, tambah air masak sikit.

kemudian gunakan penapis teh untuk lenyek nasi yang telah diblender tadi. Aku pakai sudu untuk tekan nasi ni...

Hasilnya...Ni ha... dah halus tekstur nasinya. simpan dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Aku masak malam siap siap.. takut pagi aku terbangun lambat. sbb 6.30 aku dah kena keluar rumah. takut nasi tak sempat sejuk nak blender. nak makan nanti panaskan saja...









Isnin, 10 Julai 2017

Terus Mencintai ~ Siti NorDiana



OH KASIHKU TAK KAN HILANG
BILA KAU INGAT KEPADAKU
OH CINTAKU TAK AKAN PUDAR
BILA KAU SELALU DISAMPINGKU

RASA RINDUKU MELAYANG LAYANG
MENGINGATKAN ENGKAU SEORANG
MENYEMAI KASIH DI DAHAN CINTA
HARUSKAH AKU TERUS MENANGIS

MENGAPA RINDUMU PADAKU
TAK SEBESAR RASA SAYANGKU PADAMU
MENGAPA CINTAMU PADAKU
TAK BISA SELUAS LAUTAN

SUNGGUH....SUNGGUH KU TAK BISA
MENAHAN BESARNYA RINDUKU PADAMU
SUNGGUH....SUNGGUH KU TAK BISA
MEMAKSA DIRIMU MENCINTAIKU



best dengar lagu ni.. mmg betul kan.. kita tidak boleh nak paksa org untuk menyintai diri kita...
Masih berbisa suara siti Nordiana ni.. mendayu dayu...

Selasa, 13 Jun 2017

Selamat melahirkan anak ke 4

Alhamdulillah. Saya telah selamat melahirkan anak ke 4 pada 13 April 2017 pada jam 3.45 ptg.
Baby girl. hihi.. Baru hari ni dapat update. Sbb saya dah masuk kerja... bercuti 3 bulan.. dah  habis cuti bersalin...

 kena induce sbb saya kena paksa lahirkan baby on due date krn ada sejarah GDM
 Lahir terus masuk NICU sbb doktor nak pantau glukosa dalam darah.


 ni bila dah balik rumah... baby kena masuk NICU semula sebab kuning agak tinggi..
masa nak hantar seula ke hospital mmg umi nangis laa... sedih ooo nak berpisah,,, bimang baby nangis la,.. bla..bla..bla..

1 malam je baby bermalam,, yey... umi dah boleh bawa balik.

Rabu, 1 Mac 2017

Buah Setar

EHH..pengaruh viral Fb betul.. tgk org post pasal buah ni.. terus menjadi jadi teringinnya...



Buah Setaq org utara panggil...
tempat lain ada yang panggil buah kundang...

Favourite fruit dari zaman kecil kecil lagi.. susah nak dapat buah ni sekarang... Harga pun boleh tahan mahalnya....Kalau dulu2 murah je...

Minggu lepas jumpa dekat pasar malam..
So pergi tanya harga...
dah agak.. sekilo rm50..
terus senyap dan berlalu...
dalam hati berkira kira.. nak beli ke tidak...
Rasa nak nangis pun ada sbb dok fikir dalam beg duit ada berapa puluh ringgit je...
Habuan esok pagi nak isi minyak...
Naik kereta.. cakap kat encik suami...dah jumpa buah yang teringin tu tapi sekilo rm50.

encik suami kata.. la... awat tak habaq? Minta beli sikit pun boleh....
Hurm... entah la tak terfikir pulak boleh beli sikit... hihi sbb terkejut dengan harganya kot...
tak pe la... sabar... minggu ni ingat nak cari lain... mana tau kot kot harga turun.
berjimat la kan.. dah la minyak petrol pun naik...

Nak dijadikan cerita.. Pagi tadi pergi sarapan bihun sup  dekat nat Arau... Jalan nak balik terjumpa kakak Siam ni jual.. Tanya dulu sekilo berapa...
Hari ni sekilo rm30. Wah.... bersinar sinar kegembiraan di mataku...
Terus minta setengah kilo... rm15.. hihihi....
Allah permudahkan apa yang dihajati...