Selasa, 20 Disember 2016

pertukaran kad atm ke kad debit

Kecoh kan...
dapat whatsapp kata kena tukar sebelum 18hb.. selepas tu dah tak boleh buat sebarang transaksi..

pulun la p bank beratur nak buat kad baru sebab takut nanti tak boleh nak keluarkan  duit.

sebenarnya tidak.. kita cuma tak boleh nak buat pembelian secara debit je kalau tak tukar..
kesian pulak la org tua dan ibu mengandung macam ahkak ni kena beratur  semata mata sebab kad ni je...

apapun sebab dah alang alang pergi bank... ahkak pakai maybank.. so maybank ada sediakan satu kiosk untuk memudahkan pelanggannya... kiosk ni hanya ada di  cawangan yang terpilih sahaja.. Kebetulan saya kerja dekat perlis..maka saya pergi maybank Kangar...
Alhamdulillah beratur tak sampai setengah jam pun. Buat kad tu ambil masa 2 minit je.. sangat mudah dan cepat berbanding perkhidmatan kaunter yang nak menunggu nombor hiliran satu hal...


tgk ni... gigih tak ibu mengandung beratur u...

ni masih lagi menunggu nak sampai ke dalam... tulah rupanya mesin tu...

senang sangat sangat.. apa yang perlu kita buat:-

1) masukkan kad atm.
2) kemudian masukkan no pin yang selalu kita guna
3) masukkan kad pengenalan
4) imbasan cap cari.
5) kad lama mesin ni telan.. dia akan keluar kad baru.. siap! dah boleh  ambil duit dekat atm///

Selain tu kita juga ada pilihan.. nak mohon kad melalui online pun boleh. Bank akan pos kat rumah kita.. lagi senang...




Khamis, 8 Disember 2016

bilik tidur anak

ok....
ini bilik tidur anak anak...
Insyirah request cat warna pink.
maka umi pun kena lah pilih pink untuk dia...

pakat bekerjasama megecat bilik..

adik pun tak lepas nak tolong sama..semangat betul!
2 hari jugak nak siap... almaklumlah tukang cat profesional.. kikiki.

ini katil untuk kakak,.. kakak pilih cadar pink jugak...
kipas pun pink.. kipas ni kebetulan abah dapat cabutan bertuah. alahai anak perempuan kan..

ni pulak adik pilih cadar superman... ultraman tak dak jual masa tu...

tirai ja pakai tirai yang lama... Nanti umi cari tirai baru... rasanya tirai kosong lagi elok kot dari tirai bunga bunga...




Isnin, 5 Disember 2016

Padang Kota, Pulau Pinang.

Cuti sekolah ni cuma bawa anak anak jalan jalan Padang Kota. Alang alang dah pergi rumah adik di Kulim..lajak ke Penang la...


menuju ke Pulau menaiki Jambatan Pulau Pinang. Tetiba rasa takut sebab baru je malam sebelum tu ada kejadian tembak di jambatan ini.

menantu dok sembang apa tak tau la dengan mak mertua dia tu...mmg seronok lepak tepi tembok padang kota ni.. angin sejuk ja...

Macam biasa la.. kalau ke Padang kota mesti nak cari pasembor.  Sepinggan ni dalam rm16. Boleh makan satu family kecik kami.. tu pun jenuh nak habiskan..

bahan bahan kita boleh pilih sendiri mengikut citarasa tekak masing masing.. Bahan dia ala ala bahan yong tau foo la jugak... Ha tgk tu... teruja betul aku tgk cucur udang disusun membukit gitu. Rasa macam nak ambik semua..

ha.. Kedai ni paling sedap. Gani Famous Pasembur.

sebelum balik...main bubble dulu laaa...aktiviti riadah..

nak balik ke tanah besar, naik feri .. tp kali ni balik org ramai sangat sangat..letih menunggu feri..




Isnin, 28 November 2016

pasang wallpaper

Sebenarnya trend pasang wall paper ni dah lama...cuma aku baru berkesempatan nak mencuba.
Wall paper ni aku beli dekat showroom ikea perlis kepunuyaan kak yus. Tp wallpaper ni kaison punya laa..
kami ni Kedah..Kaison yang paling dekat pun Manjung... jauh jugak tu...
So aku boleh la beli segulung dengan harga rm27. Tp masa aku beli  diorang tgh buat promosi segulung rm25. Untuk dinding bilik memerlukan 2 gulung.

ini corak yang aku pilih.

ni rupa dinding kosong

jeng jeng jeng.. nilah rupa selepas dimake up dengan wallpaper.

kertas ni mmg dah ada gam.. kita cuma perlu koyak dan lekat sahaja. tp yang paling penat ialah nak adjust bunga bagi sama... kami ambil masa 3 jam nak pasang... Letih oiii... tp puas hati la...

Jumaat, 25 November 2016

Majlis Konvokesyen Taska Jabatan Agama Islam Negeri Kedah,

Sedar tak sedar dah habis dah sekolah taska... tahun depan insyaallah darjah satu ...

Persembahan lagu asma al husna oleh taska masjid al Irfan Derga.. taska Insyirah la ni...hihii

bersama kawan kawan baik dia..

dah konvo ...alhamdulillah...

Mula bersekolah di taska  bermula dari umur 5 tahun. Tetapi kalau korang nak hantar anak anak ke taska macam ni seawal 4 tahun dah boleh hantar.
Yuran bulanan serendah rm30 sahaja. Sangat berbaloi ...
terima kasih diucapkan kepada guru guru yang terlibat secara langsung ata tidak langsung dalam membantu Insyirah dari tak kenal apa apa sehingga boleh membaca buku dan membaca Iqra'. alhamdulillah...
terima kasih diucapkan kepada guru guru taska Masjid Al Irfan..
terima kasih juga diucapkan kepada Mak Su Insyirah Yang bersusah payah hantar dan ambik Insyirah... Jasa kalian hanya Allah sahaja dapat membalasnya.









Khamis, 24 November 2016

renovate dapur

Alhamdulillah... syukur...
dapat jugak renovate dapur yang sekangkang kera tu...
Asalnya nak tambah satu lagi bilik sbb rumah kami ni ada dua bilik ja.. memandangkan lokasi bilik tu kalau nak besarkan mengganggu pulak jiran nak keluar mask. maka kami kekalkan lokasi.. cuma ubah ruang makan ke belakang. lokasi ruang makan yang asal dijadikan bilik..cuma penaik dinding ja...


ha.. inilah bilik tu.. asal dulu ruang makan... letak meja makan kat sini. sekarang dah jadi bilik.
kecik ja bilik... muat lah untuk anak..

ha.. cuma tambah dinding yang cat putih ni ja... belum lagi letak cat sbb dok bercadang nak letak wall paper dekat sini...

ha... ruang dapur ni..
dapur asal yg cat cerah... yang tambah tu yang cat biru.. Bilik air kami tak ubah sbb dah tak dak modal.. huhu.. insyaallah kalau ada rezeki lebih.. nanti  boleh ubah ke belakang pulak.. amin..doakan semoga saya murah rezeki yaa...
masih berselerak sbb tak sempat nak menyusun barang lagi.

ha... alang alang saya tambah sikit la tempat untuk memasak. beli dapur pesen leper macam ni. sebelum ni saya pakai dapur biasa saja. hadiah kawen 10 tahun yang lalu... masih elok sampai hari ni.
pintu kabinet ja belum sempat p servey... kat mana yang murah ye???

ha.. nilah ruang makan yang baru tu...ni pun masih berselerak...
opss.. ada budak terseksi sikit.


Letih rupanya renovate rumah berbanding pindah rumah baru.... asyik kena  mop je....

So.. kalau ada sesiapa berminat nak renovate rumah...boleh bagi tau saya. adik ipar saya yang buat.
Rumah asal ni pun dia yang buat dan renovate ni pun mmg saya serahkan dekat dia....







Khamis, 22 September 2016

Korban aidiladha

Alhamdulillah...
Aidiladha tahun ni baru berpeluang untuk melaksanakan ibadah korban...
Semoga rezeki akan bertambah.. amin.


mak sibuk  dok menimbang daging

Irfan dengan abah sibuk proses ekor lembu nak buat sup ekor dan sup tulang...


Rabu, 21 September 2016

Air asam perut lembu

Selamat Hari Raya Aidil adha buat semua..
Banyak hari teringin nak makan perut lembu cicah air asam..
Raya kali ni dah pesan siap2 dekat encik suami supaya bawa balik perut lembu yang dikorbankan di tempat kerjanya..

inilah rupa perut lembu tu.. tak pernah pun buat sebelum ni....
petua untuk putihkan perut lembu ni ialah lumurkan dengan kapur makan... kemudian rendam seketika.. dan bolehlah sental pakai pisau..cepat je keluar kotoran pada perut tu.
kemudian cuci bersih bersih dan rebus sehingga perut lembu tadi betul betul lembut. letakkan sedikit garam semasa merebus.

bila dah sejuk bolehlah dipotong potong mengikut saiz yang kita inginkan...



ni pulak air asam yang aku buat...

potong je 

3 biji tomato
5 ulas bawang besar
10 tangkai cili padi
4 tangkai cili besar
air asam jawa
sedikit belacan
1 biji perahan jus asam limau
setangkai daun saderi
sedikit garam dan gula...

air asam jawa, belacan,cili besar+cili padi ,jus asam limau serta garam dan gula diblender. kemudian tuang ke dalam hirisan tomato dan bawang besar. masukkan hirisan daun saderi. 

senangkan?

kali pertama mak sendiri puji anak dia ni buat air asam. Macam kat tempat kenduri katanya... terus kembang hidung ahkak ni.. :-)

nak makan...cedokkan air asam ni... gaulkan dengan perut dan boleh lah dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi panas panas...

wallawey.... sedap!.

Selamat mencuba....



Isnin, 5 September 2016

Blood Sugar Profile(BSP) panduan

Seperti yang dikhuatiri,
Bacaan gula dalam darah sewaktu berpuasa 10.00 mlm - 8.00 pgi ialah 3.9.
Manakala 2 jam selepas minum air gula... bacaan menjadi 8.0.
Border line 7.9...
adei...sikit ja lagi nak bebas dari GDM..

Maka terpaksalah aku menghadapi BSP(Blood Sugar Profile).
prosedur nak buat BSP ni pun sama... kita kena puasa dari jam 10 mlm.

Alhamdulillah... bacaan untuk BSP kali ni sgt cantik kata doktor...

8.00 pgi-4.1
12.00 tghari-4.1
6.00 ptg - 4.2
10.00 mlm - 4.1

apa yg aku makan sampai dapat bacaan elok mcm ni?

dulu2 mmg aku control makan gila2...sampai naik ketaq badan ni...
tp kali ni meh aku nak kongsi apa yg aku mkn...

ok.. mlm yg kena puasa tu sebelum tidur aku makan vitamin C dan kalsium...sbb tu rutin aku sebelum tidur selama 3 tahun kebelakangan ni...

lepas ambil bacaan yang pertama...aku terus beli sebungkus nasi lemak+sambalsotong+ikan bilis+telur. Dalam hati agak cuak sebab selalunya kalau aku mkn nasi lemak bacaan akan mencanak naik...

lepas result yg ke 2 ok...
balik rumah terus makan laksa dan nasi daging hokey.. yang ni confirm laaaa akan naik bacaan gula..Tapi lepas makan ni aku terus telan sebiji Bcomplex sbb Bcomplex ni tugas utama dia ialah menukarkan gula atau makanan kepada tenaga...cuma aku tak minum air manis je laaa...

result lepas tu pun ok...
balik rumah terus makan laksa, kek birthday anak sedara dan sedikit pencuci mulut... agar2 santan.

Alhamdulillah.. semua result ok...

Keesokannya kena jumpa doktor untuk review result BSP.
Doktor kata cantik... tp kena juga buat test ni utk pemantauan sebulan sekali...
So.. kena jugak la hadap cucuk jari 4 kali ni....
Bertabahlah....

Rabu, 24 Ogos 2016

minum air gula

Disebabkan kandungan sebelum ni aku kena GDM (kencing manis masa mengandung)...
Maka secara automatik la aku kena minum air gula,,,,
Adei... terbayang kemanisan dan keperitannya melalui tekak dan usus ini...
Misi dah siap pesan.. kurangkan makanan manis....
Ok.. aku dgr cakap MISI.

Malam tu mmg aku mkn sekeping roti kering je...


so.. kalau nak buat test air gula ni... kita kena puasa start pukul 10 malam.

Sampai Klinik... air gula tu aku kena minum pkl 8.30 pagi.
Sebelum minum air gula... kena ambil darah dulu.
Betapa gembiranya bila tgk air gula tu perisa OREN!
Yahuu aku berjaya minum dengan gembiranya... sbb sebelum ni tiada perisa... putih kosong semata2..
Bayangkan lah kelikatan air gula tu mcmmana....

So... lepas minum... dalam masa 2 jam kena ambil darah lagi untuk test bacaan...
resultnya belum keluar....
berdebar2 rasanya...
harap2 ok la kali ni... Seksanya kena GDM oii.... kena kontrol makan...

tapi kali ni mmg awal2 lagi aku dah nasihatkan diri aku sendiri jgn minum TEH AIS..
Dulu aku tiap2 hari minum teh ais. Kalau minum air lain aku akan muntah... :-)


So tip untuk elakkan muntah balik lepas minum air gula ni ialah:

1) minum cepat2... Jgn  sembang dengan org kat tepi... teguk dalam 2-3 teguk sekali harung.
2) lepas minum silalah berkumur2 untuk hilangkan rasa yang terlalu manis itu.




Selasa, 16 Ogos 2016

Alhamdulillah...rezeki Allah itu luas.

Alhamdulillah.. aku diberi peluang dan rezeki oleh yang Maha Esa untuk mengandung lagi.
Hari ni kandungan dah masuk 10 minggu....

Alahan?
Mmg aku ni jenis alah teruk la..
Anak sulung teruk... no 2 kurang sikit... no 3 pun teruk...
Alhamdulillah.. kali ni mengalami juga alahan cuma agak kurang muntah.
Loya tu tetap ada.

Yang peliknya kali ni aku tak boleh nak bau toilet yang busuk... huhu...

Macam2 kan...

Kalau malam mmg tidur tak bangun la... bila pagi segar bugar... sihat... boleh bangun sidai baju bagai sebelum pergi kerja.

Cumanya dah hampir sebulan aku tak masak. Yang ni mmg dari dulu lagi... mmg aku TAK BOLEH nak masak.

Harap encik suami bersabar dengan pembawakan aku kali ini. Kesian pulak tgk dia....huhuhu..

Apapun.. doakan aku dan baby sihat ye....

minggu depan kena minum air gula sbb sejarah mengandung sebelum ni kena GDM...


Maka harus kurangkan makanan yang manis2...

Isnin, 13 Jun 2016

tauhu sumbat dan kuah kacang

Menu berbuka puasa.
Tiba2 teringin nak mkn tauhu sumbat tetapi tak pernah buat pun.
Nasib baik lah ada encik google. boleh cedok resepi.
Sesuai untuk orang yang diet.


tauhu sumbat.

Bahan:-

 6 keping tauhu digoreng hingga kekuningan.
 1 batang carrot (diparut)
 1 biji timun saiz kecil (diparut)
 taugeh (dicelur terlebih dahulu).

1)tauhu dipotong 2.. berbentuk tiga segi .
2) bahagian dalam isi dibuat sedikit lubang.
3) sumbatkan carrot,timun dan taugeh.


Bahan untuk kuah kacang:-

1 1/2 cawan kacang yang telah digoreng tanpa minyak dan dikisar.
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar.
2 sudu makan cili kisar.
sedikit air asam jawa.
sedikit garam.
gula secukup rasa.

1) tumis bawang besar dan bawang putih.
2) masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
3) masukkan sedikit air asam jawa... biarkan sampai mendidih.
4) masukkan garam dan sedikit gula.
5) akhir sekali masukkan kacang yang telah dikisar.


Selamat mencuba u olzz...mau malas.. beli je kuah kacang yang dah siap tu..




Khamis, 9 Jun 2016

sepatutnya bila puasa mengajar kita untuk jadi lebih sabar

ha tudia tajuk.. panjang jugak ye...

baik aku tulis entry je...
kalau tulis dekat fb.. nanti tak pasal2 aku kena kecam,

Apapun... yang aku nak cerita dan membebel ni adalah mengenai sikap org kita,

apa yang aku rasai dan apa yang terjadi depan mata aku...

aku cukup takut dan sangat2 rasa mcm tak selamat bila memandu nak balik kerja area 6.30 petang,

apa yang terjadi?
sejak masuknya bulan ramadhan yang mulia ini, kereta aku asyik dihimpit, dicilok je kerjanya oleh lelaki2 mithali( agaknya).

Bayangkan disusur simpang... kita tgh beratur nak tunggu turn nak masuk jalan besar.. tetiba.. coihh mai kereta lain dok tepi kita dengan laju gaya tak tekan brake. terkejut aku...

Dengan lori yang bawak kereta banyak2 tu...kan lori tu panjang... Bayangkan dia dari kiri nak elak jem terus masuk lorong kanan without signal... Terkejut beruk aku yg kat sisi.. kereta depan aku lagi la bkn setakat terkejut beruk.. aku rasa dia dah terkejut kongkang dah menekan brake... mengkalu tidak... kereta masuk bawah lori la....

ya Allah.... mcm ni kah sikap pemandu2 kita?
en lelaki2 tu kalut nak balik masak atau kalut nak gi bazaar Ramadhan eh???

stress mak nak!

Aku rasa aku yang perlu lebih sabar tanpa menekan hon atau menaikkan lampu tinggi!

Sekian terima kasih... Jgn bahayakan org lain dengan sikap terburu2 anda.

Isnin, 23 Mei 2016

seri muka

Alang alang ada pulut... try la buat seri muka.
Org sini panggil pulut sekaya.


rupa yang baru keluar dari periuk kukus,


setelah dihiris

siap sedia untuk dimakan.


time bulan puasa antara juadah yang diminati.


Isnin, 9 Mei 2016

pulut mempelam harum manis

Bkn main payah nak dpt yang harga murah. Ni aku dapat sekilo rm25.
Harga jualan rata2 rm30-rm45 ikut gred,
yang ni adik ipar tolong pergi beli dekat Ladang. Ni pun buah akhir dah.. Alhamdulillah dapat juga merasa harum manis tahun ni.
Buah tak berapa nak menjadi tahun ni disebabkan cuaca panas melampau. Sbb tu harga melambung tinggi.
Tetiba rasa mcm nak jadi tokey harum manis jer.. kikiki...Tgk org sanggup datang dari jauh2 semata2 nak mkn mempelam ni je,,,Bertuahlah aku dapat kerja di PERLIS ni.... :-)

Sekilo dapat la dalam 3 biji mcm tu...

ni isi dalam.... oren..baunya ya ampunn sangat harum.

ha... jarang2 masak pulut, terpaksa tanak pulut pakai pulut susu. Pulut susu tak perlu rendam semalaman. Aku rendam dalam 15 minit sahaja. Kemudian sira dengan santan yang telah dicampur dengan garam dan sedikit gula.




Selasa, 3 Mei 2016

servis kereta di speed tyre shop, mergong

Dulu beli tayar kat sini.
Aku ambil jenama CORSA RADIAL ja.. murah.

Yang best dekat sini ..mementingkan keselesaan pelanggan. Minuman dan sarapan pagi disediakan secara PERCUMA.
So kali ni aku oder apple dan Fresh Oren.
Ada aircond.. sejuk ja hati menunggu walaupun agak lama.. sebab tetiba ramai pulak hari ni.

Alkisahnya kereta aku jadi semput2 bila change gear lepas aku tukar GASKET.
Rupa2nya kena tukar spark plug ja...


Tunggu dalam ni sambil layan lagu...
Mau penat.. p jamu mata tgk SPORT RIM yang cantik2...


Jom support perniagaan org MELAYU.

Tepi PETRON mergong tau tempat ni...



aircond di kala el nino melanda

Akhirnya aku dan suami pilih untuk pasang air cond.
Tidur malam asyik berpeluh2.
Elnino lah katakan... Bil letrik pun akan  jadi lanina la pulak .. jenuh bayar.
Maka kami cari aircond yang paling murah.

Dekat kedai tu yang aku rasa murah dan jenama ok ialah YORK dan MIDEA.
Kalau ikutkan hati aku nak beli DAIKIN. Tapi DAIKIN macam mahal sikit...
MIDEA boleh dapat harga 999 harga sekali dengan kos pemasangan dan YORK pula RM1080 sekali dengan pemasangan.
Maka kami pilih YORK sbb beza rm81 je dari MIDEA..

ha.. ni dah siap pasang dalam bilik. Untuk bilik selalunya kita akan pilih 1.0 HP sahaja.

Adeh... sebenarnya kami dah pasang menatang kotak ni(suis) yang ada button merah dan hijau ni masa mula buat rumah dulu. Tapi aircondnya tak beli2. Tp bila check balik.. kotak ni pun dah rosak. Terpaksa tukar suis yang baru. Melayang pulak rm110. Aku suruh ja kontraktor tu pasang suis biasa tp dia cakap tak boleh sbb dah pasang jenis ni... Erm... sedikit kekonfiusan di situ!ermmm ikutkan je lah sbb dia kan lebih pengalaman.Lebih selamat katanya.. 



Khamis, 28 April 2016

koteow bandung

mulut teringin nak makan koteow kungfu. tapi bahan sayur tak cukup..nanti tak best. Maka terhasillah koteow bandung.


suka umi sbb anak2  makan habis..


Selasa, 5 April 2016

sedarkah kita???

Nak berleter sikit hari ni....

Rata2 dari kita mesti ada group whatsapp kan?

dan.. mesti ada group sekolah menengah dulu...

Yang aku perhatikan... group yang banyak sembang adalah group zaman sekolah...
Ada saja topik dan benda yang  dibincangkan...

Perlu diingat,,, dalam group tu ada lelaki dan ada perempuan.

Bila ada jantina yang berlaianan kita kena pandai bawa diri...
sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk membicarakan hal2 yang berkaitan dalam kelambu,,,\

Nak dibanggakan ke???

so.. nak ceritakan ketidak puasan hati saya.

Pada suatu malam,

Encik suami kerja shift malam. Mmg lazimnya dia tak bawa henset sewaktu bertugas.
Kebetulan bunyi msg bertalu2..saya pun buka la whatsapp group sekolah beliau. Mmg saya selalu dok baca pun apa yg diorang dok sembang.

Ada sorang kwn dia (perempuan) tanya la kes tembak yang berlaku di tempat kerja suami baru2 ni.

Dah suami saya kerja..camna dia nak jawab kan???

So.. ada lagi la kwn2(perempuan) dlm group tu.. saya tak tahu la apa niat dia.. nak melawak atau mmg nak mengutuk...

Diorang cakap dah lama suami saya ni tak masuk sembang dalam tu... Bini tak bagi masuk la tu.. bini control la .. bla..bla..bla...

saya mula panas telinga,,,

Saya pun taip.. B** pergi kerja, Mmg tak bawa henset. Maaf tak dapat nak jawab soalan.

Ha.. pastu pakat dok buat teka teki... ha,... bini baca...

Adeh..

Saya harap diorang faham... bila kita tak jwb soalan bermakna kita tgh sibuk atau belum membaca msg.
Saya rasa mcm nak tlg leave group je... tp nanti lagilah saya dikatakan Diva atau seangkatan dengannya....

Saya rasa mmg patut pun suami saya tak join diorang dok sembang,. Banyak yang mengarut dari info yang boleh mendatangkan manfaat.

Sebagai isteri, akak2 sepatutnya lebih peka dan prihatin... bukan label org sesuka hati...

Kalau diikutkan hati mmg saya nak bantai je... tp saya rasa mcm buang masa saja layan org yang tak dak kerja macam tu,, buat menyakitkan hati sahaja.

festival makanan Thai discover KEDAH 2016

Bertempat di Stadium Darulaman..
Sebelum ni pernah pergi yang dekat Perlis.
Kebetulan Ahad lepas dah pergi tapi terlalu awal kedai2 pun baru dibuka.
Makanya balik kerja semalam sempatlah ajak encik suami teman sbb dok teringin somtam...


Sempat posing di depan salah sebuah gerai di tapak pesta ni...


so... balik rumah cuma masak nasi dan goreng telur dadar je.
somtam ni harga dia rm5.


ni ha.. kerabu megi idaman hati.. sedap jugak...rm6

Seronok tgk org kita.. kalau bab makan.. jual apa pun mesti laku... hihihi
Alhamdulillah.. kita masih dikurniakan nikmat makan. Allah bagi rezeki yang cukup untuk kita makan... tak berebut2 mcm di tempat peperangan dan kekurangan bekalan makanan...

Bila ada yang bertanya .. Berani ye kau pergi tempat tu??

Jawapan aku senang saja.. Kita pergi niat baik nak cari makan....bukan nak cari pasal.
Bukan apa... baru2 ni heboh viral kes seorang nurse kena ganggu dengan jin pelaris dari salah sebuah gerai di sini. Kejadian waktu maghrib. So.. faham2lah mmg jin dan syaitan banyak berkeliaran waktu ni.

maka kita kenalah beringat.. baca ayat2 pelindung diri... Insyaallah.. Allah akan lindungi kita dari benda2 yang tak elok,,,

Isnin, 21 Mac 2016

keli salai masak lemak.

terbeli keli.
Asyik dok buat sambal keli ja...
ni try buat keli salai masak lemak cili padi pulak.

Bahan2.
1)keli 4 ekor diperap bersama garam dan kunyit. Kemudian panggang dalam pemanggang ajaib ja... senang cerita... nak sedap lagi kena salai pakai api kot...
2)Blend 2 inci kunyit hidup,2 ulas bawang merah, 4 biji cili padi dan 2 batang serai. aku tumbuk sbb blender rosak... :-)
3) panaskan santan. aku pakai santan kotak je..separuh dicampurkan dengan sedikit air dan didihkan. masukkan bahan blender tadi kedalam santan tadi dan biarkan hingga mendidih.
4) bila mendidih.. masukkan sedikit garam.
5) Masukkan ikan yang telah disalai...
6)akhir sekali... masukkan santan yg berbaki separuh lagi tu untuk pekatkan kuah,,,
7) carik2 kan daun limau purut...untuk bau yang sedap..



keli masak lemak masih dalam kuali... :-)

Lain kali kita try buat keli berlado pulak ye,,,

kerabu sotong

Sedapnya makanan Thai ni...
Dok teringin nak buat lama dah tapi asyik bertangguh,..
Kebetulan tgk ada org share resepi dekat FB..

Pergi pasar terus beli bahan2...

RESEPI ASAL KERABU SOTONG.
Kerabu SOTONG πŸ™πŸ™
BAHAN² MENTAH DIHIRIS HALUSπŸ™πŸ™
BAHAN 'A'
-Kacang panjang (3Batang)
-Bawang merah (2biji)
-Limau nipis (1½ Biji)
-Stock ikan (1sd Besar)
-Serai (Hiris yg lembut)
-Bunga Kantan (1btg)
-Daun Lima Purut (2helai)
-Garam (1sd kecil)
-Chicken stock (1sd kecil)
-Cili api merah (ikot suke)
-Daun ketumbar (3helai)
-Tomato (1Biji)
BAHAN 'B'
- Sotong mentahπŸ™πŸ™πŸ™
rebus dgn air garam
-Toskan&Gunting ikut suke😊
sye gunting halus²πŸ˜ŠπŸ™πŸ™
-Mesrakan sekali A+B
πŸ˜‹Boleh buh kacang tumbuk kalo suke😊😊

Aku terlupa nak letak garam sewaktu rebus sotong.
stok ikan pun tak letak sbb tak dak...
daun ketumbar aku ganti dengan daun sup sbb tu ja yang ada dlm peti ais.. :-)

bahan2 rencah nak buat kerabu sotong

Bila dah digaul sebati... beginilah rupa bentuknya..


Selamat mencuba ya kawan2....
senang dan simple..semua org boleh buat..

Rabu, 9 Mac 2016

Ais krim Viral

Macam2 org viral pasal makanan dekat FB...
Kalau resepi yang mudah mmg semangat nak mencuba.

Dah banyak minggu nak buat tapi tak terbuat.
So minggu lepas dah beli bahan2 nak buat ais krim sumi....Tapi plastik ais krim pulak tak ada.

Bila balik rumah... adik aku yang mengandung tu dia mmg teringin dan dia nak buat...So aku bagi la separuh sumi yang aku beli tu untuk dia buat sbb anak2 aku yang akan habiskan aiskrim yang mak sedara dia buat... :-)
Bila balik kerja.. aku dapat rasa sebatang je....

Tekad minggu ni nak buat... berbaki sumi yang separuh,, dari separuh tu dah dimakan oleh Izzan lagi...


Maka aku terus la buat semua sekali yang org viral tu...

1) Ais krim sumi
2) Ais krim choki cchoki
3) Ais krim bandung

Yang penat sikit ais krim choki2...lambat sikit proses nak masukkan choki2 dalam
untuk satu batang coklat coki2..boleh dapat 2 batang ais krim..potong kat tengah.. then masukkan ke dalam plastik ais...kemudian ratakan sebelum dimasukkan bancuhan aiskrim...


Bahan:-
1) 1 tin susu cair
2) 1 tin susu pekat manis
3) 4 tin air
5) secubit garam utk berikan rasa lemak pada ais krim
6) untuk bancuhan ais krim coki2... aku letakkan 1 sudu tepung jagung...


Masak semua bahan diatas hingga mendidih.
Sejukkan dahulu....

kemudian... masukkan sumi ke dalam plastik....
                  masukkan coki2 ke dalam plasti....

bila adunan sudah sejuk.... masukkan adunan ke dalam plastik...


ikat dan masukkan ke dalam peti sejuk ....




Isnin, 7 Mac 2016

keropok lekor

pernah makan keropok lekor?
Keropok lekor paling femous dekat terengganu la kan....

ha tgk.. panjangnya... First time  tengok keropok yang panjang mcm ni... Macam mana la diorang buat kan?

keropok ni en suami bawa balik sewaktu dia pergi ke Setiu Terengganu....

Selalu dok mkn yang Kuala Terengganu je...



Isnin, 29 Februari 2016

Insyirah 6 Tahun

Happy Birthday buat puteri kesayangan umi dan abah.
28.2.2016 genap umurnya 6 tahun..



Mcm biasa.. kami akan sambut Birthday dekat KFC...

Lepas tu akak minta hadiah...

Nanti tunggu abah balik dari Terengganu kita pergi cari hadiah ya syg....

Semoga anak umi membesar dgn sihat walafiat, menjadi anak yang solehah buat umi dan abah...

Kami sayang KAKAK....