Rabu, 5 Oktober 2011

Dunia Mukabuku

akhir2 ni... tgk banyak sgt golongan2 yg mencemuh nabi Muhammad SAW..
Terlalu biadab sehingga tak segan silu maki hamun.
Lagi rasa ralat bila ada jugak pompuan yg buat macam tu. Tak boleh nak bercakap guna mulut... dilepaskan guna tulisan yg  sememangnya menunjukkan betapa lemahnya kaum wanita itu....
nampak sgt kebodohan bila mengeluarkan  fakta2 yang menggunakan logik akal... Tak terfikirkah kamu wahai wanita2  betapa kamu berada dalam kerugian. Jika kamu terlepas didunia, akhirat nanti  takkan kemana....
Islam mengajar kita menghormati agama org lain...
entah apa nak jadi dengan dunia zaman skrg.. tu yg aku nampak keburukan mukabuku ni...
banyak lagi sebenarnya...
contoh smlm: aku ada  tekan butang like pada ruangan "Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Baju Ketat Di Tempat Awam"

apa yg terjadi??
ada sorang komentor berkata "ada jgk sesetengah org kita ni yg tutup aurat tp perangai dia lbih dari yg kita sangka. dia buat tudung yg dpakainya tu sbagai penutup perangai dia yg sebenar. nk berselindung dsbalik tudung la kononnya tu."

ini aku jawab

sekurang2nya dia tak ingkar pada perintah Allah......
perangai itu akhlak.... pakaian pulak wajib menutup aurat.. so kita tak boleh samakan 2 perkara yg berbeza  


 "ada pulak  yg menjawab "
mmg btol..kdg2 yg pkai tdung labuh 2 ler pling kurang ajor mlot die...dh bnyk kali jmpe cmni..pkai je tdung smpi ke lutut tp mlot cm longkang...

Aku jawab:
Saudari... jgn krn nila setitik rosak susu sebelanga,,, sedih bila org sendiri memperlekehkah sesama Islam yg cuba menjadi baik...tak kisah la tudung dia labuh sampai tapak kaki pun... yg penitng kita jaga diri kita supaya tak jadi mcm apa yg kita tak suka kat apa yg dia buat seperti mulut longkang dan sebagainya...
23 hours ago ·  ·  2 people
Hurm... susah jugakkan nak menjawab bila sesama kita masing berprasangka buruk terhadap org lain. 
Pernah aku disalah ertikan bila ada pihak sewenang2 menuduh aku  Alim Kucing.  Tgk mcm baik sgt2.. tp mulut tu mcm longkang. Padahal sebelum ni aku anggap kau kawan aku walaupun hanya bercakap melalui YM... Tp bila ditegur, engkau melenting. Kenapa tak melenting depan aku??? Medan FB jugak jadi medium lepaskan geram... Sungguh tidak adil rasanya  bila mengajak  org2 yang langsung tak  mengenali aku mengutuk aku kat belakang... Untuk kamu2... semoga Allah merahmati kalian....
Aku terima komen makian org tu dengan nilai positif. Mula2 mmg aku rasa marah sgt2... sgt2lah moral down. Tp bila aku terima  dengan nilai positif.. alhamdulillah.. aku  bangun kembali... Aku diamkan saja.. aku tak menjawab.. biarlah  peribahasa bagai anjing menyalak bukit... lama2 penat dia berhenti lah...
Insyaallah.. semoga satu hari nanti terbuka hati dan minda dia untuk dia lihat siapa aku.. Dan ucapan terima kasih tak terhingga atas cemuhan dia... aku cuba perbaiki kelemahan diri.

2 ulasan:

SiTyAiZa berkata...

Dunia akhir zaman.... semoga mereka2 ini di beri peluang untuk kejalan yang diredhoiNYA

shida berkata...

amin....