Khamis, 23 Jun 2011

Sifat org yang menghidap penyakit Hati

Td aku godek2 baca artikel, terjumpa satu artikel ni. korang boleh rujuk sini.

Jadi disini aku nak ringkaskan....

Imam AL Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :-

SOMBONG!!!
  1. Kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya_ Org ada PHd pandang org ada master tak pandai, org ada master pandang org ada ijazah tak pandai, orag ada ijazah pandang org ada diploma tak pandai, org ada diploma pandang org ada sijil tak pandai, org ada sijil pandang org yg tak sekolah tu tak pandai... dan begitulah seterusnya.. Itu piramid alam pekerjaan...Pendekkata digelar TAK SELEVEL dengan aku.. Oh... hentikanlah tindakan  anda yg suka menghina org bawah...
  2. kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.- Sesungguhnya kita lalai  dalam menjalankan  perintah Allah...
  3. kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.- Mintak dijauhkan...
  4. Berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.- Yang ni banyak dari kita secara tak sedar, kalau tak puas hati ngn seseorang, laju je mulut nak mengutuk org. Termasuk aku la... huhuhu
  5. berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.- Yang ni pun banyak terjadi dikalangan kita. sikap bermegah2 dan menghina orang lain yang tidak berkemampuan. Allah boleh tarik harta yg dipinjamkan tu bila2 masa je...
  6. kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi_ Kuatnya dia... heheheh. Tp kalau dialam pekerjaan, Kuat atau tidak sesorang itu boleh dilihat pada status jawatan yg disandangnya....
  7. sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api._ Rasa bangga dan mendabik dada.. Aku Hebat.. KO buat mcm tu  ADA AKU KESAH??? ... errr.. sesekali tolong bataskan percakapan yg membuatkan org lain naik muak ngn kiter.
Apa yang penting,  tip2 diatas adalah sebagai panduan supaya kita tak tersasar dan  masuk dalam kategori 7 org yang mempunyai penyakit hati... Tak senang dengan org lain dan tak berpuas hati terhadap tindakan org lain walaupun tindakan org tu bukan memberi kesan pun kepada kita. Tp akibat penyakit hati ni, Kita Lupa siapa kita. ...

Tiada ulasan: