Selasa, 21 Jun 2011

Roti telur

Hari Ahad petang, encik suami bawak aku ngn Irfan gi joging kat taman Rimba. 2 round je boleh p.. penat sehh.. lama tak joging. Balik joging lapar la pulak. Masa tu dah maghrib.. tetiba teringat nak buat roti telur. Simple je resepinya...





Bahan2:
5 keping roti gardenia
2 biji telur
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit mentega untuk menggoreng/membakar.
Cara2:-
1) Pukul telur hingga agak kembang.
2) Masukkan garam dan serbuk lada sulah.
3) Panaskan kuali dengan sedikit mentega. Kalau tak de mentega... minyak masak pun boleh.
4) Salutkan roti dengan telur.
5) goreng/ bakar dalam kuali yg dah dipanaskan dengan mentega tadi.
6) ulangi langkah tadi sehingga habis roti. Begitu juga dengan mentega.. oleskan mentega pada kuali setiap kali untuk menggoreng/membakar roti.
7) Angkat dan bolehla diletakkan jem strawberry atau sos kalau nak peda. Ikut citarasa masing2...

Itu tgn Irfan.. sudah tak sabar nak mkn... lapar punya pasal

2 ulasan:

SiTyAiZa berkata...

roti telur inti jem strowberry ka????

shida berkata...

haah... jem stoberi yg konon2 nak buat apam polka dot tu... heheheh