Jumaat, 17 Jun 2011

hampir nak langgar keter org

Pagi2 lagi aku dah hantar kak murni kat opis dia.. memandangkan gate belakang ni mmg dah ditutup, aku dengan yakinnya... masukkan gear reverse dan undur belakang. Tetiba je aku dengar hon. PINNNNNNNNNNNNNN.. Aku terus brake. Masa brake tu baru sensore keter bunyi. Hurmm.. dalam hati.. matilah aku.. langgar keter org. Jenuh.... Tp beberapa saat kemudian, kereta myvi oren itu telah bergerak meninggalkan tempat kejadian. Ini bermakna tak kena pun kereta dia. Alhamdulillah... terselamat daripada menegeluarkan duit nak bayar kereta org yg kemek. Totally salah aku kan? sapa suruh tak tengok betul2 td. Nasib baik tuan empunya kereta tu hon.. klu tak.. aku dengan yakinnya akan gi  langgar  sisi kereta dia.
Tp yg aku heran.. kenapa dia berhenti belakang aku ?  dah tau aku  tgh undur.. ko masukkan lah gear tu n jalan terus,,, ni ko pun berhenti jugak. Mcm redha untuk dilanggar je...
Tp mungkin jg org tu ingat aku tgh parking kot... Hurmmm berbagai2 kemungkinan..
Apa pun aku bersyukur krn tak de apa2 yg tak diingini berlaku... AMin..

2 ulasan:

alimaz kembara terasing berkata...

nasib baik hang.....

shida berkata...

tu la... Alhamdulillah.. syukur sgt2