Isnin, 12 November 2012

Mengatasi tabiat anak menggigit kuku

baru2 ni aku perasan.. kenapa dah lama aku tak potong kuku Insyirah. Asyik dok potong kuku abg je. Lepas tu aku p la belek2 kuku dia... pendek sgt2..Dlm hati aku... Sapa la yg potong sampai kontot kuku anak aku ni.. Perhati punya perhati.. tgk dia dok gigit kuku. Terus aku larang dia supaya jgn gigit kuku tu.. Lagi la dia gigit...Huhuhu...
 bila aku tgk balik gambar ni, Insyirah tgh gigit kuku. Menurut sumber yg aku baca, kanak2 akan gigit kuku bila diorang stress. Mmg masa tgh ambik gambar ni, Insyirah tgh ketakutan tgk belon udara, Masa ni depa tgh tgk abah depa naik belon panas. Mmg dia nangis2 ajak dok jauh dari belon tu sbb dia takut  dengan bunyi gas panas tu...Aduhai... budak2 pun stress ye??

Meh nak kongsikan sama2 Cara mengatasi anak yg suka gigit kuku..( tips utk aku jugak)

Cari penyebabnya
Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah bertanyakan pada si kecil mengapa dia gelisah. Selalunya kita hanya melarang anak-anak daripada melakukan tabiat buruknya tanpa mengetahui punca sebenar perbuatan tersebut. Seharusnya ibu bapa perlu mengkaji penyebabnya dan berfikir sama ada si kecil mengalami stres ataupun tidak. Anda perlu bersabar untuk menghadapi situasi ini kerana tidak semestinya anak anda akan mendengar larangan anda. Apa yang penting ialah kesabaran dalam mengatasi masalah ini. Cuba atasi dengan cara positif dan bersabar.

2 Jangan marah
Perbuatan menggigit kuku sering dilakukan tanpa sedar. Justeru, elakkan daripada bertindak memarahi atau memaksanya menghentikan kebiasaannya itu. Sebaiknya beritahu si anak secara perlahan-lahan kerana mereka lebih suka dipujuk daripada dimarahi.

3 Tentukan batasan
Ingatkan pada anak anda bahawa perbuatan menggigit kuku adalah perbuatan tidak sopan dan tidak boleh dilakukan di depan orang lain. Katakan juga pada anak anda bahawa perbuatannya itu akan mengganggu orang lain. Bicara dengan lembut dan berhemah mengenai tabiatnya itu. Tidak perlu menekan atau memaksanya menghentikan tabiat tersebut secara drastik kerana ia akan membuat si kecil bertambah stres. Semakin kurang anda memaksanya, semakin mudah untuk anak anda menghentikan kebiasaannya itu.

4 Diskusi bersama
Ajak anak anda untuk membicarakan mengenai tabiat buruknya, kesan terhadap perbuatannya dan cara penyelesaiaannya. Misalnya anak anda mahu anda ingatkannnya jika lupa, anda ankan mengingatkan bile merasa terganggu.

5 Beri bantuan
Buat persetujuan bagaimana cara anda mengingatkan, terutama bila di depan umum. Misalnya dengan bahasa isyarat agar tidak disedari orang di sekeliling. Menegur secara terbuka mungkin akan menyebabkan dia berasa malu dan rendah diri. Biarpun ada kala ejekan rakan-rakan juga dapat membantu anak anda menghentikan tabiat buruknya itu dengan lebih cepat.

6 Tawarkan alternatif
Bila anak anda ada keinginan untuk menggigit kuku, cepat-cepat alihkan dengan benda-benda yang lain. Biarkana anak anda leka sehingga dia lupa untuk melakukan tabiatnya itu. Selain itu, suruh anak anda tarik nafas dalam-dalam dan gunakan teknik teknik relaks yang lain supaya berasa lebih lega.

7 Elak kecederaan
Menggigit kuku dianggap sebagai tanda kegelisahan yang berlebihan. Tabiat ini boleh mendatangkan kemudaratan ke atas diri si kecil sehingga menyebabkan kuku dan jari terluka dan berdarah. Anda perlu berjumpa dengan doktor atau mendapatkan bantuan psikologi sekiranya tabiat anak anda itu tidak dapat diatasi


3 ulasan:

Irfa berkata...

tabiat ni elok di pantau sebelum melarat..sbb kalau dah biasa gigit kuku,tabiat ni membawak smpi dewasa..

shida berkata...

tu la pasal... harap2 dapat dibanteras gejala ni.. :-)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

nice sharing :-)