Rabu, 6 Julai 2011

sekatan jalan raya

sejak akhir2 ni byak sungguh sekatan jalan raya diadakan. Tp nasib baik la on the way nak datang keje, tak de satu pun sekatan jalan. Cuma kalau time balik tu je, aku kena melalui 4 sekatan jalan raya. seksa jugak la nak menunggu giliran nak lepas kan...Tp tak pe aku paham.. tu tugas polis yang nak jaga keselamatan  dalam negara. Dalam tu.. aku kecut gak.. takut2 sekatan berkenaan speed trap ke..naya jugak.. heheh. Tp kalau untu keselamatan, tak kisah la...
kenapa sekatan jalan raya ni dibuat setiap hari ek? ada apa2 ancaman ke? fikir2 tu takut jugak.. kot2 ada penjenayah yg tgh larikan diri ke? ermm.. sbb perhimpunan bersih yg dijangka akan buat 9hb ni ke? Tp yg nak buat tu bukan belah utara kan?ahhh.. malas nak fikir la..nak bersih ke...nak kotor ke....janji jgn menggugat ketenteraman dah laaa...
Seperti kelaziman bila polis sekat kita, mesti la kita slow keter kan.
pas tu polis jenguk2 dalam keter kita, jenguk sapa pemandunya. Kita senyum n then dia suruh jalan la kan.
Tp smlm aku lalui keadaan yg sama la. cumanya seorang polis tu... pakai baju trafik. Lama jugak dia dok belek dan perati segala sticker2 yang ditampal dicermin depan tu. Dari sticker pas masuk tempat keje asben ngn tempat kerja aku, roadtax dan sticker bismillah... pas tu baru dia tgk aku... aku senyum then dia suruh jalan.. Fuhhh lega. Aku rasa mcm lama giler dia dok mengeja...tetiba je nak gabra. Ye la... aku bab2 sekatan jalan raya ni aku takut sgt2. teringat  satu kes dulu. Aku kena tahan ngn polis. sorang polis yg jaga seberang jalan tu suruh aku jlan dulu . padahal aku kat  jalan lain. Aku pulak gabra sbb polis yg lagi satu dok gamit. nak jalan.. tu jalan lain, takut salah. yg aku plak dengan dungunya p rodong potong ikut kiri. Sekali... aku kena soal siasat ngn polis2 tu.. dia tanya.." kenapa nak lari?'
'saya tak lari aihh'
'habis tu kenapa terburu2 mai ikut sini. org buat salah  selalu  selit mcm ni la.'
'polis tu yg suruh jalan' sambil tunjuk polis yg  gamit aku suruh jalan.
"ha.. sya yg suruh dia jalan, tp dia p ikut situ" polis yg tadi tu jwb
''adik nak p mana ni?"
'kerja"
'kerja ke belajar?'
'kerja'
''kat mana?"
"un..p''
pas tu dia p belek sticker kat ddepan
'mai nak tengok lesen'
aku pun  cari lesen then tunjuk.
'ha...jalan elok2 ye cik."

hadoii ketaq lutut aku. Rasa nak tercabut jantung. Tu rentetan peristiwa 4 tahun yg lalu... tp masih teringat2...


hehheehe



adakah sbb warna di sticker ni aku ditahan smlm??
err...asben aku yg lekat nih. sekali tgk.. mcm lambang sebuah parti kat malaysia nih. Tp 2 kali tgk.. perembang betul2... tak de kaitan. Cuma "Bismillahirrahmanirrahim.'' ''ALLAH" "MUHAMMAD" "dengan nama ALLAH yang maha pemurah dan maha pengasih"

Perkataan teragung kita sebagai umat Islam. Perkataan untuk memulakan sesuatu...

Tiada ulasan: