Rabu, 6 Julai 2011

antara 2

ehsan: googled

hidup kita sering diberi pilihan...dan kita perlu juga membuat pilihan.
Kadang2 rasa nak menangis je untuk pilih mana satu jalan yg kita nak. Kata putus perlu diambil krn kita  tidak boleh untuk memilih untuk melalui 2 jalan serentak.
masih lagi teringat2 memori 9 thn yg lepas. Masa tu aku keje kilang sambilan kat jitra. Aku apply untuk sambung belajar. Dalam masa yg sama aku apply keje. Saja seronok2. Tp kalau dapat kerja pun aku syok jugak sbb aku boleh cari duit. Lagipun aku tak berharap dapat pun keje tu sbb aku rasa mcm tak berapa nak layak je.
Aku ditawarkan untuk sambung belajar. Punya la seronok pergi ambil gambar ukuran passport, isi borang dan kembalikan kepada pihak pentadbiran. Nak sambung ngaji kan.. sapa tak seronok. Lagipun itu yg aku harapkan. Dalam pada tu aku dah buat surat untuk berenti kerja kilang part time aku tu.
masa tu aku  kerja shift ptg. Dalam pukul 12 mlm aku sampai rumah. Mak tak sabar2 lagi tunggu aku kat pintu. dia bgtau aku dah berjaya dapat kerja. Td admin call.
Masa tu Ya Allah!!! apa kah ini... aku nak hooray atau nak nangis nih??
aku nangis!!! serius aku nangis giler.. sbb aku tak tau nak buat keputusan..
mak ckp " hang buat la keputusan sendiri. Mak tak mau masuk campur.. kedepan2 jgn menyesal sbb itu adalah keputusan diri sendiri. Kalau mak buat keputusan, kedepan2 hang akan salahkan mak"
Adoii.. lagi la aku tensyen...
aku  terus ke bilk air. ambil wuduk. Solat isyak dan terus buat solat istikharah. Dalam sujud aku menangis.. meminta Allah tunjukkan aku jalan terbaik. krn aku yakin Allah tu maha berkuasa. Masa tu mak tgk je aku. Aku rasa mak pun mesti rasa serba salah tgk aku yg tentunya  bingung. Keputusan yg memerlukan gerak hati krn kedua jalan adalah  sgt2 baik bg aku.
Dengan Rahmat Allah, mlm tu jugak aku mimpi. Aku seronok kerja, aku rasa pegang duit, aku rasa segalanya. bangun pagi tu: " mak, cek nak keja."
'pikiaq habih dah ka?"
'ya.."

Kini, aku dah melalui jalan yg aku tak pilih itu. Ya.. kedua2 jalan aku dah laluinya tp masa yg berlainan.

ptg smlm encik suami pula perlu memilih jlnnya pulak:
antara nak pergi panjat gunung tahan yang dah lama dia nantikan atau ikuti kursus selianya... tgk buntu dia fikir. Ptg smlm dia mintak pendapat aku. Aku buat mcm mak aku la... aku tak berani nak bg keputusan.
" abg fikirla baik2'. Kalau tak boleh buat keputusan, mlm ni buat istikharah ye...."

Sesungguhnya Allah takkan membebankan hambaNya..krn semuanya adalah aturanNya...

1 ulasan:

alimaz kembara terasing berkata...

istikharah lebih baik... mintak allah tunjukkan jalan.....