Jumaat, 19 Ogos 2011

inikah balasan??

inikah balasan seorang anak kepada jasa kedua ibu bapa???
hari tu  tgk kat tv...
mak budak ni ckp anak dia seorang yg cukup2 pemalu....
anak dia hilang ketika pulang dari sekolah...
tp kemarin dgr berita dia berpakat  dgn  boipren utk mintak wang tebusan kat mak ayah dia....

Kepada ibu itu... harap tabah. Ini ujian buatmu....

Belanja mewah sambut Aidilfitri

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUBANG JAYA: Ingin berbelanja mewah sempena menyambut Aidilfitri tidak lama lagi dikesan motif seorang gadis berpakat dengan teman lelakinya merancang penculikannya bagi menuntut tebusan RM50,000 daripada ibu bapanya.
Bagaimanapun, tindakan mereka gagal selepas bapa gadis itu membuat laporan polis sebaik menerima panggilan berhubung wang tebusan berkenaan sebelum membawa kepada penahanan kedua-dua mereka.

Sebelum itu, gadis yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1, Ameerah Asha Azizan, 17, dipercayai menghilangkan diri dari rumah Jumaat lalu selepas keluar rumah kononnya untuk menghadiri kelas tambahan di sekolah.

Gadis itu dan teman lelakinya ditahan dalam kereta di Saujana Puchong, kelmarin selepas polis mendapat petunjuk ibu bapa mangsa menerima ugutan wang tebusan RM50,000 daripada teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka direman empat hari bagi menyelesaikan siasatan terhadap rancangan penculikan diri sendiri.

“Motif sebenar mereka untuk mendapatkan wang, lebih-lebih lagi dah dekat nak raya ni,” katanya di sini, semalam.


Harian Metro semalam, melaporkan seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu merancang penculikan sendiri bersama teman lelakinya dan berpakat menuntut wang tebusan RM50,000 daripada ibu bapanya. Sementara itu, bapa mangsa, Azizan Hassan, 40-an berharap sinar Ramadan memberi keinsafan kepada anak sulungnya daripada dua beradik itu dengan tidak melakukan perkara demikian.

“Saya berharap ia menjadi iktibar kepada ibu bapa lain memantau pergerakan anak gadis mereka,” katanya

2 ulasan:

wahida berkata...

astaghfirullah...

semoga anak2 kita dijauhkan drp berperangai seperti itu...

shida berkata...

insyaallah..... mintak yg baik2 ja ya....