Selasa, 16 Ogos 2011

daging masak merah

Sahur pagi tadi berkesempatan masak daging masak merah...

Lajak jugak encik suami mkn nasik pagi nih... Alhamdulillah.... Kwn2 boleh la try...senang sgt2...

Resepinya:

Bahan2:
Daging yg belum dihiris ( rebus bersama sedikit sirap merah)
l biji bawang besar
halia( dihiris halus)
1 ulas bawang putih
1 batang serai ( diketuk)
1 biji tomato
1 biji cili merah
2-3 helai daun limau purut
sos cili
sos tiram
sedikit garam dan gula sebagai penambah perasa
Daun bawang dan daun sup

Cara:
1) selepas daging empuk, angkat daging dan potong nipis2..dan ketepikan.
2) panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
3) masukkan daging yg telah dipotong
4) masukkan sos cili dan sos tiram
5) masukkan  serai,,
6) perasakan...
7 Akhir sekali masukkan tomato dan daun limau purut...

Sedia utk dihidang... taburkan daun bawang dan daun sup..





Tiada ulasan: