Isnin, 8 Ogos 2011

bubur nasik

sebenarnya nak  tulis ttg  entry ni sblm puasa lagi.. Tp bz la pulak sblm puasa hari tu. Jadi.. hari ni agak free... aku nak menulis ttg bubur nasik yg aku buat ni.
Insyirah tak suka mkn  nasi. So kali ni aku try buat bubur. Bila disuap, dia kata "baby".. Itu maknanya dia kata tu makanan baby. hehe.. Kadang2 Mak ngah dia panggil baby kat dia...
Ha... Bubur ni aku letak susu cair bg menggantikan santan...

Bahan2
3/4 cawan beras
7 cawan air
1 biji kentang
2 ekor ikan kembung( ambil isinya sahaja)
1/2 cawan susu cair @ santan
sedikit garam
ikan bilis (ditumbuk halus)

cara2:
masak  beras bersama air dan kentang.
Setelah kentang agak lembut, masukkan ikan bilis dan ikan kembung.
Jika air hampir kering, boleh tambah lagi air  sbb nak bg lembut bubur tu.
Bila semua bahan dah agak sebati, masukkan susu cair.
akhirnya, perisakan dengan garam secukup rasa.

untuk hiasan:
letakkan bawang goreng dan daun bawang. Kalau ada daun saderi  dan lobak masin lagi besttt.

SELAMAT MENCUBA!!!!

4 ulasan:

ibu syafiq berkata...

aku rsa kn.klu nk wt kt insyirah better hg gantikn ssu cair dgn ssu yg dia dok mnum weh.lg bagus.hehek...

shida berkata...

suhair... good idea... leh cuba lain kali...

NM02 berkata...

guna susu cair?





sedapkah?

shida berkata...

NMO.. yup, susu cair ganti santan....ha.... boleh tahan la....hehhe