Selasa, 12 Disember 2023

kematian

 Kematian adalah suatu kehilangan yang sangat perit..

25/10/2023 kami diuji dengan pemergian adik yang ke 5. Perginya diusia 31 tahun.

Allahu Akbar... kami redho diatas pemergianmu... tenaglah engkau di sana.

Kami di sini belum tentu tahu bagaimana pengakhiran hidup kami. Moga mati kami juga dalam keadaan Husnul Khotimah. Untungnya kamu meninggal disaat mak dan suami maafkan kamu..Tak sempat sampai hospital. Terlalu cepat. Macam mimpi.

 Ni gambar masa hakak buat kenduri akikah. Bila kenduri2  dia antara yg sibuk kemas2 rumah. Bila dia tak ada.. agak bersepah sikit sbb hakak dengan adik yang sorang lagi selalunya  akan busy di dapur.

5 sebelum dia pergi.. hakak sempat jenguk dia sbb sebelum tu dia terjatuh dekat tempat kerja dan kaki kena simen. Masa tu sempat lagi kami bergurau. Dia kata raya nanti dah habis tema dah nak buat baju raya. Buat putih pun elok juga. Hakak cakap, putih tu selalunya org yang nak mati ja yang nak pakai. Dia hanya tersenyum. Allahu... tak sangka memang benar2 dia nak pergi...

pkl 2 pagi hakak dikejutkan dengan panggilan telefon menyatakan yang adik dah tak ada. Rasa nak luruh jantung. Kaki tak rasa berpijak di bumi yang nyata. Biar betul? terus hakak siap2 ke hospital. Di hospital nampak mak dan suami adik. Kami bawa mak balik rumah sementara suami dia selesaikan urusan di hospital. Senang sungguh dia pergi. 

Jenazah bawa balik untuk dimandikan dan dikafankan di rumah. Masa ni hakak tiada kata2..dengan tengok ramai yang menunggu nak jumpa kamu untuk kali terakhir...setiap kali baca yassin.. hakak menangis. 
 
Kami Iringimu dengan doa2 moga engkau tenang disana.  Sungguh tabah anak yang engkau tinggalkan itu setitik air mata pun tidak tumpah. Dia tahu mamanya sudah tiada...

Cantik rumah baru kamu.. secantik senyuman kamu.. Alfatihah...





Tiada ulasan: