Isnin, 22 Julai 2013

Izzan masuk wad

minggu sebelum ni... aku sempat masuk kerja 1 hari saja. hari Jumaat Baby kena tahan wad sbb cirit birit. Hari ke 5 najis baby bercampur dengan darah. Terkejut bila nak salin lampin. Masa tu pukul 12 malam. Terus ajak suami ke hospital. Mlm tu jugak la... kena duduk dan tidur dalam wad.
Buat ujian terhadap najis dan darah.. Alhamdulillah, baby tak dak sebarang jangkitan. Doktor pun  awal tu hairan juga mcmmana fully breasfeed boleh terkena jangkitan..

Sebenarnya mcm ni...
Hari jumaat minggu sebelum tu, Aku hentam mkn durian tak hengat2 dunia. Bangun je pagi.. terus sakit urat leher. Mungkin jatuh bantal jugak.. tak tahu la sbb  bantal atau sbb durian. Nak pusing kiri tak boleh... nak pusing kanan.. lagi la bertambah sakit. So, mlm sabtu tu aku dah tak tahan.. aku telan ubat sakit urat. Keesokan paginya bangun dengan lebih  segar. Sakit leher pun dah hilang. Tp... muncul pulak sakit baru... baby cirit.
hari ke 2, baby cirit warna hijau, Mungkin sbb aku ambil vitamin alfalfa... ( dlm hati).
Mlmnya aku terus ke klinik amik ubat. Lepas mkn ubat, baby dok mcm tu jugak. .
bila tak lega juga... p hospital. Kena tahan wad... Dalam wad... mkn antibiotik.. 4 hari dah boleh balik rumah.
Hurm.. Itulah.. tak jaga mkn.. (marah diri sendiri).


hospital bg katil elok2, baby ngn mak dia tidur atas kerusi. Tak tahan sejuk, sbb serombong aircond atas kepala.

masa ni tgh tunggu giliran nak masuk jumpa doktor. Umi dah siap nangis2 dah.. Baby rileks je...

sedap je dia tidur.
 yang ni dah siap2 nak balik dah... bye2 hospital.. 

Dalam kesedihan bila anak kita sakit, ini sebenarnya adalah ujian untuk kita. Dalam masa yg sama, Allah nak buka mata hambanya. Hati kecil ini betul2 tersentuh tatkala melihat satu tubuh kecil yg berusia 5 tahun. Dikejarkan dari hospital Kulim. Seorang kanak2 yg buta ke2 belah matanya sejak lahir lagi. Mengalami masalah pada ususnya. Dah 4 hari kena puasa. Kasihan bila melihat anak kecil itu mengunyah satu bekas tupperware kecil yg diberikan ibunya. Sepanjang mlm dengar dia tidur tak lena. Menitik Air mata ni. Ya Allah... betapa sabarnya ibu itu melayan dan menghadapi anaknya itu.  Saat itu aku sedar yang anak2 adalah aset dan anugerah yang paling berharga dari Allah. Saat mereka lasak, saat mereka merengek  minta dimanja.. itulah yg perlu kita hargai. Jgn sampai terlepas saat2 berharga itu.






1 ulasan:

Ibu Lala berkata...

Alah ciannya. Alhamdulillah dah discaj ek. Tu la mama ni, nak mkn kena igt kat bb. Jgn makan sebarangan. Sian bb. Harap lepas ni x kd camni dah.