Selasa, 20 Ogos 2013

puting susu

Mai nak bercerita tentang penyusuan baby aku yg ke 3.
Baby ni tak suka hisap botol. sebulan sebelum masuk kerja aku dah training dia  dengan bermacam2 jenis puting tapi tak jalan... nak jugak direct  breastfeeding.
buntu aku memikirkan... dalam maasa yang  sama tak henti2 berdoa semoga dipermudahkan proses  anak aku nak minum dan dan tidur sepanjang aku tinggalkan dia dekat mak aku.
 Jom tgk jenis2 puting dan botol yang sempat aku ambil gambar.

botol tommy tippee. aku beli sebelum aku bersalin lagi. for natural breastfeed. Masa aku dalam pantang dan baby tak pandai nak direct breastfeed, mmg aku akan perah susu masuk dlm botol ni n baby pandai pulak nyot2 pakai botol ni. Tp bila dia pandai isap.. dia tak nak botol ni..

Bila dah asyik nangis mcm anti kat botol, aku try p cari puting doktor baby pulak.. Puting ni  zaman dolu2 femous la. sbb dia lembut. Tu pun jenuh aku cari. jumpa kat kedai apek.  Mula2 aku beli satu je dulu. Balik tgk dia mau minum,.. so 2 hari lepas tu aku p beli lagi 3. Lepas tu dia tak mau dah puting ni. Setiap kali bg susu mesti berperang.

 ni dia puting dr baby..

lepas tu.. aku beli pulak botol MAM ni. Tu pun selepas kawan2 cadangkan pakai botol ni sbb puting dia mcm kemek sikit kan... Awalnya aku tak berani beli sbb botol ni agak mahal la bagi aku. Murah sikit dari  botol tommy tippee yang tadi tu. beza dalam 4-5 ringgit mcm tu. Aku takut membazir. Then aku tgk  anak adik aku minum ok je pakai botol ni. Try la pinjam botol dia ni. Baby isap bersungguh2.. terus aku p beli botol ni.  Sampai la aku masuk kerja.. baby  minum pakai botol ni. Dan sampai satu tahap.. baby taknak pulak susu. Kadang2  minum pakai syringe .( boleh baca kat entry yg lepas2)

Kawan2 cadangkan aku pakai  puting pegeon pulak. Aku tak p beli pun. Ni kawan aku yang bagi.. sbb anak dia tah tak minum susu.
puting ni lembut jugak.. n baby pun mau jugak minum,.. tp kadang2 buat perangai jugak la..
peristaltic Nipple. dalam satu bungkus ni ada 2 ketul puting ni. baru guna seketul.

Ahad lepas p timbang baby umur 4 bulan. Sekali berat dia mmg naik.. tp sikit je la... carta jadi menurun. Nurse tanya kenapa? aku cakap dia susah nak minum susu. Lepas tu nurse cadagkan  cari puting NUK sbb anak dia  dulu pun mcm tu... bermacam2 jenis dia cuba.  Dgn NUK baru mau..
Balik tu terus p kedai cari NUK

ha.. puting ni pun lembut lebih kurang mcm puting dr baby. cuma hujung  dia  mcm kemek sikit. harap2 baby akan suka ngn puting ni.

Petang smlm tanya mak... baby taknak  isap dah puting pegeon.. Hari ni  minum byk jugak pakai puting baru ni...






4 ulasan:

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

mcm2 puting try kan hihi

umi adam faris berkata...

Sy pon pening ni.dh ajr xmo isap btl

akasyah romanov berkata...

salam...kat mana nk beli puting dr baby tu yunk? :(

Tanpa Nama berkata...

Huhuuu...sy pun tgh buntu..da beli mimijumi xnak..tomme tippe hisap la jgk..tp slow je nyot2 nye..sanggup dia tdo dr kene paksa minum susu dlm botol..bila di direct bf laju je dia hisap..mcm da lapar sgt..huhuuuu....