Khamis, 21 Februari 2013

Tapai pulut hitam Daun Getah

2-3 minggu lepas teringin nak mkn tapai pulut hitam yang dibalut daun getah.
Aku bgtau mak... nak mkn tapai pulut hitam. Tak bgtau la daun getah ke apa... sbb aku tahu payah nak cari daun getah.
Mak kata ragi tak dak.. erm.. kecik hati tau... tp aku buat tak tau je la,,,

Nak dijadikan cerita... bgtau suami nak mkn tapai.. dia jugak boleh buat tak tau... sampaila hari pasar malam.

"hari ni pasar malam kan?" aku cuba pancing nak tgk dia ingat ke tak yg aku nak mkn tapai.
"ya... awat? " sambil masuk bilik  dan terus baring sbb letih baru balik dari hospital.
"tak dak apa lah"... sambil keluar dari bilik n p baring atas sofa.

Lepas tu terus nangis... air mata berderaian tak terkata... menangis tanpa suara. Kenapa dengan aku?? Memang org mengandung mcm ni kan klu teringin nak mkn sesuatu tp tak dapat.

"pasai apa ni? menangis tak dak pasal? "
lagi laju ayaq mata keluaq...
"jom p pasar mlm. Nak mkn apa? "
 erm..." tak ingat tak pa la" lagi laju ayaq mata keluaq..

" tapai kan? "
erm... terus senyum.. "ha.. ingat pun"
terus asben keluar beli tapai. Nasib baik ada. Tp tapai tu pulut putih... tak seperti yang aku nak. Tp tak pa la.. ada dari tak da,


Kebetulan mak aku balik kampung nenek di Pattani.... semalam mak balik...
Bila aku sampai umah mak, Mak suruh buka peti ais.. "ada makanan kegemaran hangg dalam Tu. Tok kirim"

Buka peti ais... " TAPAI!!!"
Seronok ja rasa... rasa nak melompat pun ada. Pagi buta pukul 7 pagi terus sarapan tapai.. Seb baik tak sakit perut... hhihi..
ha.. ni lah rupanya tapai yang dibalut dengan daun getah...

ha.. ni isi tapainya.... tapai beras pulut hitam... 

Alhamdulillah... terima kasih mak  dan Tok yang sangat2 memahami.... Ummuah... sayang sgt.....



3 ulasan:

Unknown berkata...

SEDAPNYA...

Ibu Lala berkata...

Sll gak beli tapai ni. Tp tapai biasa yg kaler putih tu. peberet kita sama.

Untung la ada orang layan. Terharu kan...

shida berkata...

tu la kan..... hihihi