Isnin, 1 Oktober 2012

hari minggu

alhamdulillah... abah budak2 ni selamat sampai ke Alor Star jam 6.30 pagi hari sabtu. Semalaman umi tak boleh tidur krn Penat Irfan menyerang lagi. Biasa la musim hujan mcm ni. Kesian tgk dia menahan sakit. Sblm pergi jemput abah dia kat Shahab Perdana, bg dia minum ubat penat dulu. Nanti siang boleh bawa pergi buat Nebulizer pulak.
Dalam pukul 9 pagi bawa Irfan gi klinik. Tp dr kata dah ok sikit. Tak pelu  nebulizer, Alhamdulillah.... just mkn ubat je, Klu  teruk juga, mlm  baru dia nak buat  nebulizer semula. Nak balik dari Klinik, tgk sorang  mak cik ni bertongkat dengan seorang anak dan seorang cucu menunggu di luar klinik. Mak cik ni minta tolong hantar ke rumah dia. Td datang klinik tumpang org. Ni nak balik org tu tak dapat nak ambik sbb org tu ada kerja. Hurmm... lagipun kawasan ni walaupun  kawasan bandar, tp susah  untuk dapatkan bas. Suami  kata... nak tolong hantarkan. Sbb tgk mak cik tu kesian... tak larat nak jalan.
Balik rumah dan sambung tidur lagi....
Lepas maghrib baru balik kampung. Bermalam kat kampung. Irfan pulak abah dia tak bg p sekolah sbb takut penat tak baik lagi. So balik kampung kali ni... ada aktiviti menarik iaitu memancing... :-)
Irfan dan Insyirah dah siap sedia nak ikut mak tok diorang p memancing kat sawah dan gelung air.

mula2 pilih gelung air ni dulu... air dari sawah  mengalir masuk ke gelung air ni dulu sebelum disalurkan ke sungai.

ha.. sekali letak, dah dapat sekor anak ikan puyu.... Irfan pun dapat sekor. Pandai jugak anak umi memancing ye...

lembu ni pun mcm malu2 je bila org nak amik gambar dia... byk sungguh lalat hinggap kat kaki dia.

umi pulak amik kesempatan untuk berehat dibawah pondok ini sambil menikmati keindahan alam...

Tak lepaskan peluang untuk mengambil gambar sawah. Krn selepas ini mungkin sawah2 ini sudah tiada. Tgk tu... kawasan perumahan rancak dibina.... dan tanah2 sawah ditepi ini juga akan lenyap tidak lama lagi.... Maka kampung ini akan  jadi kawasan perumahan.. Makin maju tp keindahan alam itu akan hilang... Sayang sekali!....










4 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Sukanya kakcik tengok suasana kampung begitu. Siap boleh memancing lagi. :)

shida berkata...

kAK CHIK...hehhee.. tu yg tiap2 minggu balik kampung...

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

la kesiannya irfan kena neb..dia ada lelah ker..kg kt mn tu hehe

shida berkata...

wani... dalam alor star jugak kampungnya... hahahaha