Selasa, 13 Mac 2012

Takziah buat keluarga adik Dirang

Sekali lagi Malaysia digemparkan dengan kehilangan kanak2.
corak kehilangan sama iaitu... hilang selepas keluar ke kedai atau hilang selepas balik dari taman permainan.


Ibu mana yg tak berdukacita atas kehilangan anak tersyg. Dalam hati mengharap agar anak yg tercinta dan dirindui akan dijumpai dalam keadaan selamat. Tp ternyata.. Allah lebih menyayangi anak kecil ini.
Setelah berbelas hari hilang, segala kekusutan dan tanda tanya terjawab apabila mayat yg rentung dijumpai di ladang kelapa sawit adalah milik anak kecil ini.

Sebagai seorang ibu yg  mempunyai anak seusia mangsa, aku dapat rasakan kebimbangan dan rasa dukacita atas cara pemergian anak ini. Sungguh kejam manusia yg sanggup melakukan perkara keji dan terkutuk. Tak dapat aku bayangkan bagaimana tubuh kecil itu meronta2 meminta pertolongan ketika api sedang hangat memamah tubuh kecil itu...sehingga suara pekikan  dan tangisan meminta tolong itu lenyap bersama abu2 yg turut padam...Manusia makin kejam. Tiada hati dan perasaan. Manusia itu lebih  teruk dari binatang.

Dan sebagai manusia biasa yg masing2 mempunyai kelemahan diri, mohonlah semoga keluarga kita dilindungi Allah... dan sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan anak2 kita terjaga. kelalaian membawa padah.  Biar anak kita menangis krn tak dapat buat apa yg dia suka dari kita sebagai ibubapa menangis di kemudian hari...

Semoga keluarga ini tabah dalam menghadapi dugaan yg amat berat ini... Takziah. Alfatihah

Tiada ulasan: