Isnin, 5 Mac 2012

Disleksia

Disleksia bukan sejenis penyakit tetapi adalah gangguan dalam pembelajaran yg selalu dihadapi oleh kanak2 terutamanya lelaki. Ia merujuk kpd mereka yg mempunyai masalah utk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yg normal.

Ciri2  penghidapdisleksia:
  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Hurm.. yg aku merahkan tu antara  yg sedang berlaku kepada anak sulung aku...

Ini tulisan Irfan masa dia nak keluar dari opis aku.. kat pintu ada tulisan KELUAR.. Dia cuba meniru perkataan itu.. tp hasilnya... seperti dalam gamvar.. Hurf 'L" terbalik...


Ini pulak kerja tgn yg dapat aku tangkap masa  pergi gotong royong di kelas dia baru2 ni.. Dia ni no 10. cikgu dah  tulis nombor pada sekeping kertas putih. Tp dia terbalikkan kertas ni dan lekatkan kerjatangan dia kat belakang. maka, nombor 10 dah jadi no 01...

Erm...sebelum ni ada seorang kakak menasihatkan aku bila dia tgk dlm Fb, anak aku suka pakai kasut terbalik. Katanya bila anak masuk sekolah, ko kena bg extra perhatian  bila anak2 belajar menulis... banyak perkataan akan jadi terbalik. masa tu aku buat biasa2 saja...

ha.. nampak tak? kasut terbalik...

Anak.... Kau satu anugerah... Umi tak akan sia2kan anugerah yg telah Allah bg ini... lagipun   ramai jugak  anak yang mengahadapi masalah ni dan berjaya keluar dari belenggu ini dengan bantuan  dan permerhatian yg lebih dari ibubapa...

Anak umi ni hanya belum kenal huruf kan?? dah kenal nanti pandai laa...

1 ulasan:

aLiMaZ rOn berkata...

anak aku hat no 2 mengalami dieleksia ni la... hurup yg berbentuk sama tu dia tak leh cam...