Isnin, 5 Mac 2012

Char koey Teow ~ Resepi

Jom aku nak kongsi  satu resepi char koey teow. Resepi ni adik aku ambik dari mak mertua dia... Ni bahan untuk 2 bungkus  koey teow hokey:


Bahan2:
20 ekor udang sederhana besar.. lagi banyak lagi bagus
sos tiram( setengah botol kecil)
satu sudu sos ikan
kicap pekat
bawang putih diketuk2.
serbuk cili dicampur dengan sedikit air
taugeh
daun bawang (jika ada)
kuey teow 2 bungkus
Minyak untuk menumis
sebiji telur untuk sepinggan char koey teow

Cara2:
1)Rebus udang sampai masak.  kemudian asingkan udang
2) Air rebusan tadi dicampur dengan sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati.
3) masukkan 2 sudu besar minyak masak kedalam kuali.
4) tumiskan 2 ulas bawang putih.
5) masukkan 1 sudu kecil cili serbuk yg telah dibancuh bersama air..kacau hingga naik minyak sikit.
6) masukkan 3 senduk besar air rebusan udang tadi.
7) masukkan 2 edor udang yg diasingkan tadi.
8)masukkan sedikit kicap pekat
9) masukkan taugeh dan daun bawang
10) Masukkan segenggam koey teow...
11) pukul sebiji telur dlm  bekas yg berasingan dan terus masukkan ke dlm kuah tadi. kena kacau cepat2 supaya telur tak berketul2.
12) terus tutup api dan boleh dihidangkan

Ha.. siap! senangkan??


Tiada ulasan: