Isnin, 5 Mac 2012

Gotong Royong waris Pra sekolah

sabtu lepas ada sesi gotong royong waris pra sekolah. Mcm biasa la... Irfan paling bersemangat. 2 hari sebelum  gotong royong asyik dok sebut... gotong royong. Word baru yg dia boleh...:-)
Tak ramai waris yg datang. Ada la 2 -3 kerat. Cikgu pun kata... Biasa la tu... mmg selalu mcm ni pun.
Ni cikgu Zainab: cikgu kelas Irfan.  Sedang memberi taklimat apa yg perlu dilakukan oleh waris2...

Ha... bersih tak ruang mkn ni?  aku ambil bahagian dalam acara membersihkan lantai.... Biar anak2 mkn kat sini dengan lantai yg bersih.. ceewahh.. buat syok sendiri.. Kat luar tu ibu2 sedang tanam pokok... tak sempat pulak umi nak p ambik gambaq depa.


abah si Irfan sedang membersihkan halaman taman permainan. Irfan dan kawan2 sedang sibuk bermain...

Hujan turun lepas tu...kami semua dihidangkan dengan bihun  goreng dan teh o panas... Mkn sambil beramah mesra dengan guru2.

Cikgu Zainab dan pembantunya  meluangkan masa untuk berbincang tentang perkembangan Irfan. Erm... sungguh merisaukan... Tp abah Irfan kata kat umi.. Rileks la.. jgn terlalu mendesak anak, takut nanti hilang terus rasa minat nak belajar.

Insyaallah.. Umi tak akan berputus asa supaya anak umi menjadi apa yg umi harapkan...

Tiada ulasan: