Selasa, 31 Januari 2012

Memilih Bakal Suami

Pagi tadi aku kemas barang. Tiba2 aku terjumpa satu artikel yg aku rasa tak salah aku kongsikan untuk kawan2 yang masih mencari teman hidup. So artikel tu kata ada 8 kriteria pemilihan:

1) Yang Berkemampuan.
   Mampu bermaksud  berupaya menyediakan tempat tinggal buat isteri, tak kisah la rumah sewa ke, rumah sendiri ke...saraaan hidup yang  biasa mengikut suasana sekarang serta menyediakan pakaian untuk menutup aurat isteri.. Hurmmm membiarkan aurat isteri anda ditatap  oleh  lelaki bukan muhrim, maksudnya  lelaki itu tidak mampu walaupun baju yg dibeli harga beratus2 tapi tak tutup aurat. :-). Pendek kata kena ada pendapatan nak sara anak bini....

2) Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda
 Melindungi isteri dari segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa. Tanggungjwab ayah akan terus diserah kepada suami apabila selamat diijabkabulkan. Jadi, suami adalah tempat isteri bergantung.

3) Mengotakan janji dan percakapan
Masa dok kenal2 tu pun  kita dah  dpt agak.. lelaki itu jenis mengotakan janji atau sebaliknya... Janji mesti dikota serta mengajak isteri melakukan kenaikan serta meninggalkan kemungkaran

4) Berkebolehan dalam urusan rumahtangga
_memasak, menjahit, membasuh adalah bonus bg isteri jika suami mampu dan suka buat semua tu. Tolong masukkan baju dlm mesih basuh pun dah cukup buatkan isteri rasa  ada org nak tolong. So... pastikan si lelaki tu tak berat tangan.. Seeloknya risik2 dia jenis rajin tolong mak dia ke tak kat rumah.. heheheh

5) Memberi kepercayaan sepenuhnya kepada perempuan dan tidak mudah berperasangka buruk.
Sekiranya lelaki tidak mempercayai perempuan, bermakna  lelaki itu sentiasa menyangka buruk... lama2 timbul rasa tak puas hati  dan pergaduhan pasti berlaku

6) Rajin, berfikiran luas dan tidak makan harta perempuan
Lelaki  ketegori ini  bukan pemalas, inginkan kemajuan dan tidak mengharap titik peluh isteri. Hurm... kalau masa dok couple tu asyik suruh pompuan  belanja je,, berhati2lah....nanti kawin tak pasal2 semua benda korang nak kena tanggung.

7) Mudah memafkan
Memafkan adalah yg terbaik. Diantara sifat2  Rasulullah..

8) datang dari keturunan baik2 dan rajin beribadah.
Seeloknya mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, pegangan agama  yang kuat dan tidak  berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit yang boleh membawa kesengsaraan seperti AIDS. Sebab tu  skrg ni ditetapkan untuk menjalankan ujian HIV kepada bakal2 pengantin.  Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya penyebaran penyakit kepada isteri dan bakal anak2 yg akan dilahirkan.

Tiada ulasan: