Rabu, 4 Januari 2012

Hari Pertama Irfan ke Pra Sekolah

Syukur Alhamdulillah... Irfan tak banyak karenah untuk ke sekolah...
Aku pulak yang risau lebih2. Sanggup kami suami isteri pakat2 ambik cuti semata2 nak temankan putera kami ni untuk menghadapi hari pertamanya bergelar pelajar Pra Sekolah. Almaklumlah, Irfan tak dihantar ke tadika atau pusat asuhan yang memberi pendedahan kepada dia untuk bergaul dengan ramai org.
Tp aku  teramat risau krn ada jugak aku perhatikan rakan2 sekelas dia ada yg dah boleh menulis nama sendiri. Tp aku diam je...
Irfan " Mcm mana ni umi, abg tak pandai nak tulis ngn baca"
aku " Tak pa, kan kita dah beli ubat nak  bg pandai pegang pensil"
Itu hanyalah kata2 semangat untuk dia tak rasa terasing dengan kawan2 yg lebih maju kedepan dari dia.
Dalam hati  aku mula timbul perasaan menyesal krn  tak hantar dia ke tadikan  seawal umur 5 tahun. Tp harap2 dia  kuat macam umi dia dulu. Umi dia  dulu pun tak masuk tadika. Terus masuk darjah 1. Mula2 memang aku rasa asing sekali dunia ABC.. Apakah itu ABC... Rasa jauh  ketinggalan ke belakang. Org lain dah pandai mengeja tapi aku baru merangkak nak kenal apa itu A, apa itu B hingga ke Z. Peperiksaan pertama aku dapat nombor 26 dari 40 org murid. Kira Ok la kan...walaupun tak masuk tadika..Lepas aku kenal semua, baru boleh nak tangkap apa yg cikgu ajar... Alhamdulillah, Syukur krn Allah mempermudah segalanya bagi aku...
Jom tgk gambar yang sempat aku snap masa hantar dia..
29 dec 11 - siap sedia umi nak hantar Irfan p sekolah ni...Umi yg berdebar2..Padahal hanyalah sesi pendaftaran dan taklimat  waris je...

duduk dulu sementara nak tunggu cikgu sampai. Sorang pun aku tak kenal waris2 pelajar ni.. Masing2 dah kenal. Almaklumlah sekampung kot.. Aku je yg rasa mcm jakun sikit sbb tak kenal sapa2

3 jan 12.. cari  meja  yg paling depan berhadapan ngn meja cikgu. Umi pesan kat dia: nak pandai kena dok depan tau...Dia cuma angguk2.. sbbnya aku  ni risau dia akan buat bising sbb dia seorang yg aktif. Tp aku  ngn asben dok senyum2 bangga sbb  tak sangka pulak dia boleh duduk baik2 je kat tempat dia...

cikgu suruh beratur sbb nak gi perhimpunan sekolah bersama budak2  darjah satu hingga darjah 6.
Irfan kat depan budak yg pakai baju ben10. ehh... duduk dlm keadaan senang diri...(mmg anak abah)

umi ngn abah  mengekoq sampai tempat perhimpunan tau....

tgk... betapa disiplinnya mengatur kasut2....

no 2 dari depan. bersiap nak balik sekolah dah... masa ni sengaja dtg awl sbb nak tgk dia boleh bawa diri atau tidak.. nampak kami, terus dia senyum2.. bukannya apa... td risau  jugak bila tgk sorang budak perempuan, asyik keluar dari kelas... nak ambik kasut nak  gi kat mak dia, tok wan dia tak larat nak kepung. tok wan dia kata payah jugak kalau mak mengajaq sekolah yang sama... anak dok kira nak cari mak  je.

Masa nak balik, cikgu pesan:  Bagi tau mak, esok mai sekolah tak payah bawak beg ngn bekas air..
Ooo...mcm tu.
Untung sekolah kerajaan, yuran tak payah bayar. Makan pun diberi percuma.Hanyalah bayar duit uniform dan baju tshirt. Harap2 Irfan dapat timba ilmu sebaik mungkin. Walaupun ada  org kata  sekolah kerajaan ni tak bagus, lambat boleh, sekolah org yg tak dak duit, aku tak kisah sbb inilah sekolah yang paling dekat dengan rumah. Nak harap umi hantar sekolah baik2, umi keluar kerja awal. Tghari confirm mak ngah boleh tolong ambik..... Tp aku harap sekolah ni akan bagi yang terbaik buat anak umi sorang ni.

tghari td call, mak ngah dia ckp Masa nak balik td  ada sorang budak  pompuan bye2 Irfan sambil buat  flying kiss.. heheh... ada org mengorat anak teruna umi ek??? hehhe....Belajar baik2 wahai anak....


3 ulasan:

SiTyAiZa berkata...

hehehehehe... bagus2... semmoga irfan menimba ilmu dgn sebaik mungkin....

Tanpa Nama berkata...

belajar rajin2 yer irfan..semoga menjadi insan berguna..harapan keluarga, bangsa & negara..*sue*

Tanpa Nama berkata...

tq ct n sue atas doa2 kalian ~cda~