Isnin, 30 Januari 2012

ikan stim

Cuti hujung minggu, mak bagi ikan tongkol.
ikan tongkol selalu buat masak sambal tumis ja....
Tp kali ni teringin nak makan ikan stim. Konon2 diet..:-)
ikan tongkol dimasukkan dalam loyang. masukkan halia dan hirisan limau nipis ke dalam perut ikan.
lepas tu taburlah apa yg patut  seperti hirisan carrot, halia, daun sup,cili padi, sedikit lada sulah atas ikan dan kukus lah didalam periuk pengukus.

dalam masa yg sama, tumiskan bawang merah dan  bawang putih dan masukkan sos tiram bersama sedikit air. Tambah gula sikit. Lepas tu buka periuk pengukus dan curahkan atas ikan. Pastikan kuah tadi pekat sikit. Kemudian tutup semula periuk pengukus dan tunggu sampai ikan masak. Bila masak.. jadilah macam ni...

ha... bila dah masak.. akan terhasil kuah macam ni... Hurmmm sedap! Cubalah

Tiada ulasan: