Isnin, 14 November 2011

Bukit Bendera

perjalanan yang tak dirancang...
pukul 10 pagi encik asben kata... jom p Bukit Bendera!
aku apa lagi??? Cantikkkk
terus plan ajak adik n family.. p ramai2 baru meriah..
terus masak2 dan kemas barang.
pukul 12.30 baru bertolak dari rumah...So sampai sana dalam pukul 2.30.. jenuh jugak nak cari parking. Time cuti sekolah  org ramai... So terpaksa parking tepi lorong2 rumah org.. Tu pun berbayar. RM3 ringgit.. tp nasib baik jugak la ada org dok  tlg cari parking. So.. aku rasa berbaloi jugak la bayar byk tu..
 Dah lama sebenarnya tak pergi sana. Kali terakhir jejak sana masa sebelum kawen. Ha... lebih kurang 7 tahun dah tak pergi sana.
Bukan tak pernah nak pergi.. tp masa kami pergi tu, pihak pengurusan  bukit  bendera tgh  buat penyelenggaraan railway baru..
Masa dulu naik kereta api yg slow tu...boleh jugak menikmati keindahan bukit.
Tp yg baru ni.. laju gila... ketaq lutut...
Mak aku siap Mengucap dan baca ayat kursi. Dia sangat2lah takut.
Sampai kat atas..."awat tak bgtau tinggi mcm ni? kalau tau, mak tak mau ikut hampa"
Hehehe... "Saja wat surprise".. padahal aku sendiri pun kecut perut.
Tp best jugak... tak perlu tunggu lama giliran untuk naik keatas.
Pesanan Aku: Jgn lupa bawak kad pengenalan... boleh dapat harga  untuk rakyat Malaysia
Bagi sesiapa yg ingin berkunjung ke bukit bendera...
Sila pastikan anda tak tersilap arah... Cari jalan menuju ke Air Hitam Ok.. sbbnya  aku pernah tersesat.. asyik2 pusing pulau tikus.. tak jumpa bukit bendera...
Harga nak naik..
Kalau ambik  family plan murah sikit merangkumi 2 dewasa dan 2 kanak2 harganya baru RM18 berbanding kalau ambik pakej biasa.. seorang dewasa RM8. kanan2 RM4. Jika dijumlahkan menjadi RM24.. So.. kalau ambik  family  pakej.. boleh jimat RM6...

kami nak jimat.. sbb tu kami bawak bekal.. cari tempat dan mkn kat ats tu...Dalam nak berjimat.. tertinggal air mineral dalam kereta.. so terpaksa la jugak beli mineral water yg besar tu.
Harganya kat ats tu..satu botol RM4. So.ambik 2 botol mineral water yg besar ngn sebotol 100plus yg kecik. Harganya RM11.. Mak aiii harga 2 kali ganda.. so tak boleh berjimat kat situ..:-) berkira giler.. hehhee


sejuk je..


ada taman permainan untuk kanak2

tak dak keje...bunga tepi  jln pun  nak snap

mengimbau memori....

Mak aku kata..MCM LUKISAN

adik2 tgh posing sebelum turun ke bawah

ku lihat hijau,,,


cik nyet ini dengan seleranya mkn apam gula hangus aku.. sedap ke cik nyet?? heheh

dah selamat sampai bawah... (gambar sapa tah aku snap)

singgah sebentar menikmati rojak buah di Padang Kota
dalam perjalanan nak ke Kulim Hi.Tech..ternampak pelangi. Dah lama tak tgk pelangi yang besar mcm ni..Selalu nampak satu line. Tp kali ni nampak ada 2 line.. kalau perhati betul2 baru nampak... Sungguh cantik.. Subhanallah...
Bila tengok pelangi teringat arwah nenek.. Nenek kata: tak boleh tunjuk pelangi  dengan jari..
itu hanyalah mitos org dulu.. Org tua2 panggil pelangi ni ular Danu... ular ni turun minum air...kalau tunjuk jari kudung..:-)
Cerita yg seronok didengar masa zaman kanak2... Indahnya zaman kanak2...

2 ulasan:

Unknown berkata...

Wah bestnya.. sity pon x penah p lg...

Tanpa Nama berkata...

ajak haris p ct... boleh shoot byk kat situ
~CDA~