Selasa, 4 Oktober 2011

Jom tambah trafik blog!

 Ini  aku ambil kat blogger yg selalu jugak aku dok baca segmen dia... http://salwaismail.blogspot.com/
Dan kali ni 1st time aku cuba buat benda2 mcm ni. selalunya segmen2 lain aku rasa susah nak  follow. Almaklumlah... aku bukannya reti nak join benda2 gini...
Tak salah kalau kita mencuba....

kesian anak umi.... penat pulak!!

Sungguh menguji naluri keibuan... Bila anak sakit, ibu jadi tak keruan. Si abah lagi laaa.... kalau anak sakit... selalu abah yang tido tak lena. Umi plak serba tak kena.
Kemarin aku balik awal. Dok kat opis  jadi serba tak kena  bila asben call kata Irfan penat. Nak bawak p klinik.
So kemarin aku balik awal.
Nak tgk ngn mata kepala sendiri  keadaan dia...
Bawak p Klinik mutiara... Klinik ni dok besa dari  anak2 kecik lagi...
Kecik2 irfan pernah jugak kena penat ...tp setakat bg mkn ubat je... sbb tak teruk tak kena la sedut gas tu...
Tp kemarin... doktor terpaksa bagi Nebulizer.
Irfan: pasai apa keluar asap abah?
Abah: resakse... nak lawan ngn  ultraman...
( erkkk jawapan abah untuk menyedapkan hati anak)
Irfan: Abang boleh  menyawa dah ni... sejuk ja rasa dalam dada....
Doktor: Ha... boleh bercakap dah.... kahak banyak . esok mlm kena datang buat lagi yee

Mlmnya kesian sgt tgk dia tidur  dalam keadaan tak selesa. Kejap menungging, kejap baring, kejap bangun sandar... Semoga Irfan cepat sembuh.....

Sepagi di kuala perlis

cheese cake ni kak za bawa masa meeting pagi tadi... sedap! thanks Kak za...
Lepas meeting pekena laksa Di ADNA Plak... Pekat kuah dia...Laksa beras,

Kesian Sity: Tak bleh join lagi...Kita tak dak jodoh la  sity: tak pa2...  minggu  kita wat mkn2 nanti... kita jumpa na....

Kenapa la aku tak boleh nak komen kat blog aku sendiri ha??? dari kemarin tak bolehhhh


Isnin, 3 Oktober 2011

Hadiah untuk mak

masa dok sembang2 dengan mak...
mak kata dah lama  rumah mak tak dak bunga2...
hurm.. keluar  jitra smlm.. aku cari la bunga yg harga murah2 kemudian balik gubah dalam pasu kecil yg  mmg dok ada kat rumah tu.... Maka terhasillah  satu gubahan yg biasa2 ja. Tp harap2 boleh menyerikan rumah mak... hehhe
Modal yg guna tak banyak pun. Cuma RM12.80 saja termasuk sponge bunga tu... Tu pun guna separuh je spange. boleh guna untuk cucuk2 bunga lain pulak.

ok tak???

hadiah hari lahir Irfan

Nak tulis ke tak pasal n3 ni??? tapi aku rasa aku patut tulis sebagai kenangan aku.
Mcm ni.. Irfan dah lama mintak basikal. Tp aku cakap tunggu dan tunggu dan tunggu. Kesian kan??
Sebenarnya aku  nak tunggu  sbb nak hadiahkan kat dia sempena  birthday yg ke 5 pada 15.10 ni.  Setiap hari dia  dok tuntut janji. Kesian tp hajat mmg nak bg masa besday  dia nanti. kemarin, bangun ja dari  tidur.. kwn baik dia beli basikal baru. dia suka bebnar ngn basikal kawan dia tu. seharian tak masuk dalam rumah. Sampai merelit dah dok main panas. Masuk dalam rumah dok pujuk aku... "umi beli la gerek kat abg"....
"hari jadi abg nanti umi beli la"...
Irfan berlalu dengan perasaan hampa. sikit pun tak merengek suruh dibelikan jugak2.
Alhamdulillah... anak umi  sorang ni tak kejan2 kalau nak sesuatu....mungkin dia  faham bila umi dia selalu cakap kat dia... nanti la kita beli, umi tak dapat gaji lagi....
waktu tghari aku  ajak dia p kedai.
"umi nak p beli gerek kat abg ka?"
erm.... mas ani aku dah hampir nak mengalah...tp aku ckapa kat dia " dak la... nak p beli ais ja"
raut wajahnya kelihatan hampa sekali lagi.
Balik dari kedai terus dituju basikal kwn dia lagi. Seharian tak tidur.. asyik bermain saja
Pukul 5 abah dia balik kerja.
"abg...kesian kat Irfan. Dok mintak gerek ja. Jom la kita beli gerek kat dia. Tp kena habaq kat dia.... besday ni tadak hadiah dah tau"
" ha... jom" asben aku mengiayakan ja...
So.... ptg smlm  Irfan dah terima hadiah hari jadi  yg ke 5. Sebuah  basikal yg diidam2kannya dah berapa lama.....

Kuih Lapis dan Apam gula hangus

 Kemarin ada org nak datang rumah mak.
So.. aku  kata kat mak kita buat  kuih lapis la. Mak cakap takut tak jadi... beli ja la.. Aku kata tak pa... cek boleh buat. kompom jadi. Padahal aku ingat2 lupa resepi. Mau tak jadi...  rosak santan..
Dalam hati berdoa je la moga2  jadi seperti yg aku nak.
ha... menjadi. cuma lapisan bawah je tak berapa nak lekat.. mungkin aku kukus terlalu lama sebelum masukkan lapisan ke2.  Yang datang tu pun org tua2...depa suka ngn kuih lapis ni. Mak cik tu cakap dia tak pernah buat kuih lapis ni. Boleh jual kalau mcm ni... ehehehe... kembang semangkuk la org yg membuat kuih ni.
nak resepi???
Bahan2:-
4cawan santan
4cawan air
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula. ( nak lagi manis boleh lebihkan gula)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak
pewarna merah dan sedikit sirap ros

Cara2:-
Blenderkan santan, air, tepung, gula, garam dan minyak supaya sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian diwarnakan dengan warna merah
Panaskan periuk pengukus.
sapukan sedikit minyak pada loyang dan mula mengukus lapisan  bewarna putih terlebih dahulu.
agak2 lapisan tu masak, boleh letakkan lapisan ke2 iaitu  bancuhan tepung yg bewarna merah.
kukus sekali lagi. Ulangi langkah dengan memasukkan bancuhan berselang seli.


lepas tu teringin lagi nak cuba buat apom gula hangus... Alhamdulilah! menjadi. Resepi aku google jumaat lepas ja..

ni resepi  secepat kilat namanya. tp org kata kalau nak menghasilkan rongga yg banyak pada apam tu... kena biarkan  bancuhan dalam 2 jam mcm tu...lain kali aku cuba,





Pantai Merdeka lagi

Sabtu lepas kami ke pantai merdeka lagi. Perkelahan yang tidak dirancang. Tiba2 je aku ajak mak ayah jom p pantai merdeka. Depa pun jom. Esok pagi tu kami bertolak ke Pantai merdeka. Jika ditanya kenapa pantai merdeka??? hahahha.... ingatlah lagu cinta kita di pantai merdeka.....
Sampai kat  pantai merdeka, ramai la pulak. Ada family day. Kilang tayar kalau tak salah. mmg ramai giler. Tp nasib baik kami dapat tempat untuk lepak2...
tgh tgk abahnya nak pasang khemah
mak n cik  tgh khusyuk cerita pasal apa tak tau laaa
ini budak comot tgh mkn ais krim
siap dah khemah.. boley salin baju
bersilalah atas surat khabar akibat terlupa nak bawak tikar...huhuhu
Irfan dah tak sabar2 nak terjun mandi air laut
umi ngn abah nak bercinta  sat nooo.. apsal aku nampak berisi??? huhuhuhu
sudah terjun... paksu jadi guard dia... abah hanya memerhati kat tebing... umi kat ats  asyik jerit2 suruh naik! risau sebenarnya dengan ombak yg  agak kuat...( aku je yg rasa kuat padahal biasa je)...

adik tgk ja dari ats... adik mmg takut dengar bunyi ombak dan air hujan

Dah siap/ Jom kita balik...

Lain kali nak p mana2 kena plan awal2... terkejut tergempaq mcm ni,,,, hanya sempat goreng koey teow ja...sayur apa pun tadak... Tp seb baik mak aku sempat jugak masak lauk pauk...boleh la  mkn. walaupun lauk biasa2 saja.. tp licin dikerjakan anak cucu...