Selasa, 1 Disember 2015

berkhatan kaedah laser/electrocoutry

Cuti sekolah bermula..
Ramai ibu bapa ambil.kesempatan untuk mengkhatankan anak masing2.
Kami juga tak terlepas untuk mengkhatankan Irfan.
Dah 9 tahun kan... elok dah la untuk dikhatankan.
Kami sertai acara khatan perdana Daerah Kubang Pasu.
Bertempat di Surau Taman Tengku Maheran, Tanah Merah Jitra.
Tarikh: 21/11/2015
Yuran sebanyak Rm80 sahaja...Murah kan?
Bukan tak nak buat dekat Klinik...tapi nak Irfan rasai meriahnya khatan beramai2 ni sambil mandi air dari semburan Bomba. Mmg tu yang umi teringin nak tgk dari dulu...

Cara laser ni org kata cepat baik dan kurang berlakunya pendarahan.



Nampak tak? Tu Irfan belakang sekali...pakai baju kelabu... takut la tu!


Ha,, Masa ni semua pakat seronok boleh mandi air bomba...


Tengah tunggu giliran sambil dengar org selawat dalam surau.. Hati tak keruan.. Umi juga tambah gelisah masa ni. Irfan dapat no 12....
Mana tak susah hatinya.. Budak 1st masuk melalak kuat sekali....Yang belakang2 turut nangis jugak... 
Ya Allah.. berilah kekuatan untuk anak ku ini...


Ni dah lepas berkhatan. Selangkah ke alam dewasa. Tahniah wahai anak....
Muka nangis tak habis lagi.. manja sungguh...
Lain yang umi ajar suruh sebut bila sakit.. lain yang kamu sebut.. Panggil abah jugak no!



Masih muka tak puas hati dekat abah... ngeh2.... layankan aje sbb dia nih mmg pesen manja sikit.

Alhamdulillah.. semuanya selamat...
Baru umi boleh tarik nafas lega...







Tiada ulasan: