Khamis, 10 Disember 2015

Hotel Bajet Di Brinchang, Cameron Highland

Cuti sekolah tahun 2015 ni kami ke Cameron Highland. Sengaja pilih hari bekerja sebab tak mahu bersesak dan terperangkap dalam jem.
Macam Biasa, kalau ke sini kami akan sewa hotel bajet je. tak de la nak sewa hotel yang mahal2 tu.
Tapi sempat la merasa Hotel bertaraf bintang ...Hotel Heritage masa tahun 2010 dulu... opis sponser sbb ada kursus. hihihi
So kali ni.. Kami pilih hotel Chua Gin. Betul2 pekan Brincang. Tepi tapak Pasar malam tu je.

2 katil saiz queen dengan harga rm118.


hotel bajet pun ok apa... rasa mcm hotel bintang tu jugak...
TV pun LCD lagi....cumanya bilik yang kami dapat ni..tingkat 4 ok....jenuh mak cik nak panjat tangga. Tak de lif.
ni view dari bilik kami... Sangat tenang sbb menghadap ke bukit walaupun dalam pekan...Sejuk gila malam2.. Teringat waktu 1st time datang sini(honeymoon) tahun 2006 turun balik tanya dekat penyambut tetamu..
Kenapa bilik tak de aircond??? penyambut tetamu tu gelak je sbb hotel kat sini mmg tak perlukan aircond pun. semulajadi sejuk... Ahaks... baru ku tahu,

cuma bila malam agak bising...sbb dekat bawah tu ada kedai makan.
Yang tak best tentang hotel ni...air dia lambat nak panas.... :-)
Nak tuala kena bayar deposit rm20 untuk 2 helai tuala... lepas tu kena bawa sendiri tuala tu naik bilik. bila return towel baru diorang bagi balik duit tu.. hihii mcm lawak je kan?? Nasib baiklah sabun ade siap2 4 ketul dalam bilik air.


Ni... pintu nak naik tangga hotel. Nama asal hotel ni belum ditukar. Bangunan baru katanya. so kena jalan la dari opis penyambut tetamu tu... bangunan ni area belakang sikit,



resit bayaran  hotel,.. ada no telefon kat situ.. Kalau korang nak booking boleh la ambil nombornya tu...
yang tulis dengan pen tu no password wifi. Tak nampak pula nombor telefon hotel dlm resit ni...kelabu sikit...

pinjam pic en google jap sbb lupa nak ambil gambar depan hotel ni.

Korang cuma perlu besabar cari parking la.. sbb hotel bajet2 ni memang tak sediakan tempat parking.

ha... ni hill Garden Lodge ni pun kami pernah duduk juga.. Ok la..dah tak ingat suasana dia mcmmana sbb dah lama kenangan  dengan hotel tu berlalu. Ini pun Hotel bajet.

Hotel green Garden ni pun aku pernah duduk. sebelah menyebelah je dengan Hill Garden. Tapi tak berapa berkenan sbb TV dia masih TV kotak dan Perabut pun mcm dah uzur sikit.

yang ni Hotel Heritage. Yang ni ada taraf bintang tapi  bukan hotel bajet la kann...design dia ala2 omputis zaman penjajah dulu.... servis mmg ok la...harga pun klu bajet lebih boleh la p rasa duduk situ.. aku dulu duduk free je..3 hari 2 mlm pulak tu... mmg best la.. org bayarkan.. ahaks...






Tiada ulasan: