Khamis, 3 Disember 2015

penjagaan luka berkhatan


Apa yang ibu bapa perlu tahu selepas berkhatan?

1. Kebiasaan bahagian yang dijahit akan sedikit bengkak. jangan risau kerana bengkak itu disebabkan oleh kesan ubat bius yang dicucuk. Bengkak akan surut dalam tempoh sehari. berikan anak anda ubat surut bengkak yang diberi oleh doktor/mudim.

Penjagaan selepas berkhatan..
1. Sentiasa pastikan bahagian kemaluan tidak basah. Pastikan selepas membuang air atau mandi, bahagian kemaluan perlu dilap kering. Kalau seriau, just letakkan gauze atau tuala pada kemaluan untuk serap air.
2. semasa mandi boleh tutup kemaluan dengan cawan/mangkuk untuk elakkan terkena air yang berlebihan.
3. Jangan tahan untuk kencing. Suruh anak membuang air bila terasa. Perbuatan menahan kencing boleh sebabkan infeksi.
4. kerapkan anginkan kemaluan. jangan pakaikan seluar. pakai kain pelikat untuk pengudaraan lebih baik. Semasa tidur, gantung kain pelikat supaya udara boleh keluar masuk, dan luka cepat kering.
5. pastikan luka dicuci setiap hari. kalau di rumah boleh campurkan sedikit dettol (jangan banyak, pedih ok) dalam segayung air suam. lap kawasan berjahit dengan gauze atau kain. Elakkan guna tisu kerana dikhuatiri melekat kepada kemaluan.
6. beri ubat paracetamol (panadol) untuk tahan sakit. boleh berikan antibiotik (biasanya cloxacilin) seperti yg diberi oleh doktor/mudim.
7. Anak perlu berehat, jangan aktif seperti biasa untuk proses penyembuhan dan untuk elakkan bentan.
8. Kalau bernanah, segera bawa ke klinik. Jangan biarkan, takut berlaku jangkitan.

Pemakanan selepas berkhatan
1. elakkan makanan berbisa seperti ikan keli, sembilang, pari, takut gatal dan luka lambat sembuh.
2. elakkan seafood (udang,ketam,sotong)- gatal
3. Elakkan telur- takut luka bernanah.
5. makan buah oren dan citrus untuk segerakan proses penyembuhan luka.
6. makanan lain boleh makan seperti biasa.




ni ha.. hari ke 3 baru stary cuci dengan air suam campur dengan 3 titik dettol..guna sikit saja ya kerana takut luka tu pedih.. Sebaiknya guna kapas mcm ni... Jgn gna  tisu takut melekat..bila kering susah nak tanggalkan.

Ha... Org berkhatan kena duduk diam2..tak boleh lasak sbb nak cepat sembuh kan??/
ha.. pakai kain pelekat abah..pas tu gantung ja .
Bagi PS2 tak bg dia boring sangat.

Saya bagi Chewable vitamin C je. Mmg luka cepat sembuh.
Sesekali tu bagi juga sepotong buah oren.





Tiada ulasan: