Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari GUru

Hari 16 Mei 2012.. Kalau zaman sekolah2 dulu adalah hari yg best sekali sbb akan sambut hari guru. Pagi2 lagi akan ada perhimpunan untuk sambut hari guru. Lepas tu dengan bersemangatnya nak tgk cikgu2 berdiri sambil nyanyi...
"kami guru malaysia..berikrar dan berjanji..mendidik dan memimpin...putra putri negara kita, pada seri paduka...kami tumpahkan setia...rukun  negara kita,,,panduan hidup kami semua..dibidang pembangunan kami tetap bersama....membantu membina,,,negara yg tercinta... Amanah yg diberi...kami tak persiakan ..apa yg kami janji...tunai tetap kami tunaikan"
Wahhhh lagu ni yg paling aku suka.. rasa bersemangat je... time ni aku suka sgt bercita2 nak jadi guru... hehehe
Tp tak pe walaupun aku bukan guru yg mengajar disekolah.. tp aku adalah guru kepada anak2 aku...
 Teringat satu persatu cikgu yg pernah mengajar aku..
masa aku darjah satu.. aku kenal dengan cikgu Salmah binti Ramli. Alfatihah buat arwah cikgu Salmah yg telah kembali ke Rahmatullah... tanpa mengenal penat jemu mengajar aku dari A hinggga Z. Sikit tak pernah cubit aku...begitu sabar dia mendidik aku yg  sememangnya masuk darjah satu tp tak kenal satu huruf pun masa tu.
Bila masuk darjah 2, cikgu yang paling aku ingat ialah Pn Hajah Monel. ini cikgu sungguh garang wooo. Aku pernah kena tampar dan dibaling buku aku jauh2... sungguh aku teriak masa kena tampar n terhegeh2 aku p kutip balik buku. Masa tu aku mmg berdendam ngn cikgu ni. Tp mcm satu keajaiban lepas kena tampar.. terus aku boleh baca... :-)
Masuk pula sekolah menengah..cikgu yg paling aku takut ialah cikgu Siti Aminah. Paling digeruni. Cikgu siti Aminah ni adalah adik kepada Dr Mashitah Ibrahim. Mmg terkenal dengan kegarangannya. Kami sekelas suka intai cikgu siti pakai baju warna apa.. sbb klu tgk dia pakai merah dari baju sampai ke kasut dan hanbeg merah... siaplah.. itu hari dia jadi  mcm singa. cikgu siti dari aku form 2 sampai form 5...mmg dia pegang subject math dan maktu  form 5 dia ajaq math dan add math. Dlam kelas tok sah dok cita la..aku adalah salah sorang student  favourite dia.. dalam satu hari tak sah klu dia takpanggil aku buat keje kat papan hitam. dah la jenis  panggil p depan, lepas tu terus bg soalan. Buat on the spot.
Satu lagi cikgu yg aku tak boleh lupa... cikgu Rohani Mat. Cikgu Bm aku.. mengajar dari tingkatan 4-5.. pernah kena marah teruk ngn dia. cikgu ni pun dikategorikan  sebagai cikgu yg paling garang. Silap langkah boleh pecah gegendang telinga,,, Tp tu la kan.. org kata naluri cikgu ni..dia dapat baca kemampuan pelajar dia dia tahu... yg dia marah tu dia tahu student tu berpotensi tapi malas.
hurmm Terima kasih cikgu2 semua... walaupun saya tak sebut semua nama2 cikgu saya... jasa cikgu2 tetap saya kenang... krn cikgu....aku kenal dunia....

dan sempena hari cikgu, mlm td aku bawa Irfan p cari hadiah untuk cikgu

ni ha... tissue holder je yg berkenan.. tgk...aku tulis sendi ri tau...hehehe pakai pen sharpie...


ha.. ni kulit pembalut... Tulisan cikgu zainab tu aku yg tulis tapi selamat hari guru tu Irfan yg tulis,.. Paksa dia tulis tgh2 mlm lagi dalam pukul 11.30 mcm tu....:-)

hehhee.....seronok rasa jadi cikgu....



Tiada ulasan: