Memaparkan catatan dengan label gubahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gubahan. Papar semua catatan

Selasa, 17 Februari 2015

pokok bunga kertas

cuaca panas mcm ni tgk bunga kertas cantik2 ja.
so. aki teringin juga nak bela bunga kertas ni. dekat rumah dah ada sepokok yang dulu aku rembat pokok biras aku. tp colour dia tak berapa cantik...ungu pudar gitu.
so baru ni p nursery beli sepokok lagi.


ha... yang ni aku beli sepokok ni rm7. dah ada 2 kuntum bunga. Daun corak batik.
tanah tu sepaket rm2.50 dan pasu rm5.
hi... tak sabar nak kumpul banyak lagi pokok yang berlainan warna.
jom layan gambar yg aku google...







Isnin, 19 Januari 2015

Deco ruang makan

Tengok org dok decor lawa2 je... aku pun teringin jugak. Tp tangan pengkaq org kedah kata. senget sana..senget sini... :-)


dekat dinding ni, mulanya letak cermin empat segi. Kirim dekat kawan masa dia pergi IKEA. 

Ha.. mlm tadi pergi Mr D.I.Y. Maka terbelilah gambar 3D ni.

Harga??? Rm5.80 je untuk 3 gambar tu...

Ok la kan...ni kalau boh cat lain yang warna fancy2 sikit ok kot no....


Isnin, 21 Mei 2012

pokok hiasan di luar rumah

setelah bebrapa bulan... inilah hasil belaan pokok2 hiasan di halaman rumah. Mood malas sebenarnya.. kejap aku rajin, kejap aku malas.. On dan Off.. jom la kita cuci mata dengan pokok2 yg menghijau ni... entah kenapa aku suka pokok2 yg hijau2... pokok yg berbunga agak kurang...
pokok lidah jin yang baru ditransfer kan ke dalam pasu. Pokok ni aku ambil dekat rumah biras aku.. kemudian balik aku rendam dan biar ja kat dlam air... malas nak p cari pasu dan tanah. selama 2 minggu jugak la...seb baik tak mati..:-) lagi pun pokok ni kan senang  hidup... boleh dijadikan hiasan dalam rumah jugak...   masuk air dalam bekas kaca.. then letak la pokok ni....

Aku sengaja menyembunyikan pokok2 aku  di belakang tiang rumah. Tujuannya ialah supaya pokok tidak terlalu terdedah kepada sinaran matahari... just kena sikit2 tu tak pe la...sbb ada pokok yg sesuai duduk dalam lindungan sikit...sbbnya mcm pokok keladi yg  naik semakin merimbun tu... klu kena chaaya matahari yg banyak, warna daun dia akan kurang hijaunya....

pokok hati2 ni.. aku amik dari rumah Fara hari tu....dah ada anak... best2...
pokok bunga pukul sepuluh yg jenis ni... asben aku amik kat tempat kerja dia..
dan keladi belang2 tu... aku beli.. tinggal yg tu je... yg lain dah mati.. yg ni pun rasa mcm tak lama je hayatnya... habis daun dimakan belalang / serangga perosak.

ha.. pokok ni jugak.. aku baru transfer masuk dalam pasu yg besar sikit..dah 3 kali tukar pasu.. mula2 beli dia ada 2 cabang pokok je.. dlaam pasu kecik tu ja... balik rumah aku tukar ke dalam pasu yg sederhana... sekarang dah ada 5 cabang....:-) pokok ni jugak tak sesuai kena cahaya yg  terang..so.. dia bersembunyi jugak la di belakang tiang...pokok ni pun sesuai  sebagai hiasan yg boleh letak dlaam rumah. Org2 cina suka tanam pokok ni. Aku pulak suka pokok ni sbb daun dia mcm berkilat gitu... mcm ada lilin ats permukaan daun.

yg ni pulak pokok2 yg  ada ats tanah. pokok lidah buaya ni pun makin membesar.. tp baja agak kurang rasanya... sbb pembesaran slow giler... hurm.. yg ni aku tergila2 nak buat satu dekorasi// tp modai tak berapa nak ok... hehhehe... kekretivitian pun kurang menyerlah lg...:-)


pssstt: cik abe aku kata.. erm.. tempat menternak semut2 lagi la lepas ni... huhuuhu




Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari GUru

Hari 16 Mei 2012.. Kalau zaman sekolah2 dulu adalah hari yg best sekali sbb akan sambut hari guru. Pagi2 lagi akan ada perhimpunan untuk sambut hari guru. Lepas tu dengan bersemangatnya nak tgk cikgu2 berdiri sambil nyanyi...
"kami guru malaysia..berikrar dan berjanji..mendidik dan memimpin...putra putri negara kita, pada seri paduka...kami tumpahkan setia...rukun  negara kita,,,panduan hidup kami semua..dibidang pembangunan kami tetap bersama....membantu membina,,,negara yg tercinta... Amanah yg diberi...kami tak persiakan ..apa yg kami janji...tunai tetap kami tunaikan"
Wahhhh lagu ni yg paling aku suka.. rasa bersemangat je... time ni aku suka sgt bercita2 nak jadi guru... hehehe
Tp tak pe walaupun aku bukan guru yg mengajar disekolah.. tp aku adalah guru kepada anak2 aku...
 Teringat satu persatu cikgu yg pernah mengajar aku..
masa aku darjah satu.. aku kenal dengan cikgu Salmah binti Ramli. Alfatihah buat arwah cikgu Salmah yg telah kembali ke Rahmatullah... tanpa mengenal penat jemu mengajar aku dari A hinggga Z. Sikit tak pernah cubit aku...begitu sabar dia mendidik aku yg  sememangnya masuk darjah satu tp tak kenal satu huruf pun masa tu.
Bila masuk darjah 2, cikgu yang paling aku ingat ialah Pn Hajah Monel. ini cikgu sungguh garang wooo. Aku pernah kena tampar dan dibaling buku aku jauh2... sungguh aku teriak masa kena tampar n terhegeh2 aku p kutip balik buku. Masa tu aku mmg berdendam ngn cikgu ni. Tp mcm satu keajaiban lepas kena tampar.. terus aku boleh baca... :-)
Masuk pula sekolah menengah..cikgu yg paling aku takut ialah cikgu Siti Aminah. Paling digeruni. Cikgu siti Aminah ni adalah adik kepada Dr Mashitah Ibrahim. Mmg terkenal dengan kegarangannya. Kami sekelas suka intai cikgu siti pakai baju warna apa.. sbb klu tgk dia pakai merah dari baju sampai ke kasut dan hanbeg merah... siaplah.. itu hari dia jadi  mcm singa. cikgu siti dari aku form 2 sampai form 5...mmg dia pegang subject math dan maktu  form 5 dia ajaq math dan add math. Dlam kelas tok sah dok cita la..aku adalah salah sorang student  favourite dia.. dalam satu hari tak sah klu dia takpanggil aku buat keje kat papan hitam. dah la jenis  panggil p depan, lepas tu terus bg soalan. Buat on the spot.
Satu lagi cikgu yg aku tak boleh lupa... cikgu Rohani Mat. Cikgu Bm aku.. mengajar dari tingkatan 4-5.. pernah kena marah teruk ngn dia. cikgu ni pun dikategorikan  sebagai cikgu yg paling garang. Silap langkah boleh pecah gegendang telinga,,, Tp tu la kan.. org kata naluri cikgu ni..dia dapat baca kemampuan pelajar dia dia tahu... yg dia marah tu dia tahu student tu berpotensi tapi malas.
hurmm Terima kasih cikgu2 semua... walaupun saya tak sebut semua nama2 cikgu saya... jasa cikgu2 tetap saya kenang... krn cikgu....aku kenal dunia....

dan sempena hari cikgu, mlm td aku bawa Irfan p cari hadiah untuk cikgu

ni ha... tissue holder je yg berkenan.. tgk...aku tulis sendi ri tau...hehehe pakai pen sharpie...


ha.. ni kulit pembalut... Tulisan cikgu zainab tu aku yg tulis tapi selamat hari guru tu Irfan yg tulis,.. Paksa dia tulis tgh2 mlm lagi dalam pukul 11.30 mcm tu....:-)

hehhee.....seronok rasa jadi cikgu....



Khamis, 27 Oktober 2011

Bunga hutan

Adik ke 3 aku mintak aku gubah satu bunga untuk dia... Dia minat bunga ros... tp  bunga ros yg nampak segar tu  3 kuntum je dah RM15... mahal la.... So aku cadangkan kat dia buat orkid  dan bunga2 hutan yang lain...
Setelah  memilih bunga2 yang hendak diguna pakai.... inilah hasilnya


Ha...RM50 je  beli barang2 termasuk pasu... Tp kalau beli siap kat kedai tak tau la harga berapa.... Harap dia puas hati... Kak dia tak amik upah tau... cucuk2  dengan rasa gembira sekali... hehehehe