Isnin, 10 Oktober 2011

Cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan diri

1) Bangun sebelum Subuh,,,
Yang ni bagi sesapa yg bekerja selalunya akan bangun sblm subuh. Tp jadi liat nak bangun bila tibanya hari2 cuti... Tu yang akan jadi subuh gajah, resaksa dan sebagainya...
Bangun solat subuh ni  boleh memperkuatkan akal fikiran.  Kesegaran udara  subuh boleh  merawat penyakit TB....

2) Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi... Setiap khamis/jumaat baginda memotong kuku, mencuci rambut halus dipipi, dan memakai  minyak wangi.
Cuba check: kuku kita pendek dak? ada taik kuku dak? Rambut kusut masai tak? Gigi gosok tak??? wangi tak korang???

3) Tidak pernah mkn berlebihan
Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang,
Berpuasa sunat.
Kita??? mkn satu hari 5 kali.... tu tak termasuk jajan. Kenyang dah pun... tambah lagi sampai sengkak senak.. Mau tak banyak penyakit datang hinggap...

4) Gemar berjalan kaki
 Rasulullah jalan kaki pergi masjid, pasar dan ke rumah sahabat2.... Jalan kaki ni  menyebabkan peredaran darah berjalan dengan baik. Boleh menghindarkan dari serangan jantung/
Kita?? bangunan 2 tingkat kalau ada lift...  rela naik lift lagi.... lift rosak baru hegeh2 nak naik tangga....kalau nak parking kereta, depan2 kedai berhentinya.. wlaupun depan  kedai tu dah tulis.. dilarang meletak kenderaan... nak gi joging 4 bulan sekali pun belum tentu.

5) Tidak pemarah
yg ni kena berlatih lebih.
Kalau kita rasa nak marah... cuba ubah posisi. Kalau tgh  berdiri.. kita duduk.
kalau tgh duduk kita baring dan sebagainya....
istighfar banyak2.... krn marah itu sering merugikan diri sendiri.

6) Optimis dan tidak berputus asa
sifat2 diatas dapat melapangkan jiwa. perlu banyak bersabar, istiqamah, tawakal kpd Allah.

7) Tidak iri hati
Yang ni pun kita kena lebih menjiwai supaya kita  dpaat latih hati kita dari sifat iri hati kepada kejayaan org lain. Ada yg  sanggup menjatuhkan org lain krn  rasa iri hati tu datang. Tak boleh tgk org lain lebih sikit.. mulalah dipersoalkan...
Bersyukur dengan apa yg kita ada.....

8) Pemaaf...
Tak  faham mengapa begitu sukar untuk melafazkan maaf walaupun ternyta diri sendiri yg melakukan kesilapan.. Mungkin EGO????
Memaafkan org lain membebaskan diri dari dibelenggu rasa MARAH... Marah tu kan tak sihat.....cepat dapat darah tinggi......

Tempe goreng ikan bilis

Alhamdulillah... bajet belanjawan 2012 dah  keluar.... Cumanya tertanya2... elokkah untuk pembangunan negara???
He... lupakan pasal belanjawan krn yg aku nak  dgr dari situ hanyalah bonus  dan kenaikan gaji... citer pasal makan lagi best...
Walaupun aku  bukan org jawa... tp best rupanya mkn tempe... Dulu2 aku tak pernah merasa mcmmana lah rasa tempe ni. Sehinggalah  masa aku dok umh sewa... kwn aku beli dan kami masak... sedap rupanya. Aku ingatkan rasa tempe tu mcm kacang taucu tu.. rupanya tak sama sekali... hehe.. Aku  fobia  dengan masakan yg ada taucu... sbbnya masa aku sekolah menengah dok asrama... bila kantin masak tauchu ikan.... aku mesti melapar... aku tak suka rasa  dan bau taucu....
Ha.... Ni tempe aku beli kat  Tesco. Satu bungkus tu baru 80 sen. Masa raya hari tu aku beli kat  Pasar.. sebungkus  RM1.50.  beza kan harga tesco ngn pasar????
Ha... tempe yg berbungkus tadi kita basuh dulu.... kemudian dipotong nipis2  dan goreng la bg rangup...lepas angkat tempe... goreng pulak ikan bilis... gambar ikan bilis  aku lupa nak snap... Mak aku kat dapur tu dok usyar pelik ja... hg ni masak benda mcm ni pun nak tangkap gambaq!!!

So.. ini sajalah yg berjaya aku snap  setelah selesai memasak... Habis jugak tempe goreng aku ni....walaupun sebelum mkn tadi... ada yg kata tak lalu mkn tempe... hehehheh...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Tat Nasi AYAM

Tghari kemarin tatau nak mkn mana...
So aku ngn kak citah merayap la p Tat Nasi Ayam  cawangan arau ni.
Kalau sapa2 nak cepat boleh mai sini.. cepat ja nak  mkn... kalau nak kejar masa...
akhir2 ni hanya tinggal kami berdua saja.. jenuh atur kedai....

sebab Malaikat Rahmat tidak masuk rumah

Sebab Malaikat rahmat tidak memasuki rumah anda...

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

       _kena take note: sbb kdg2 marah kat anak2.. tak bleh tinggi sora.....hurmmm kena belajar control marah...

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

       patung2 mainan anak2 kecik kita tak pe... jgn sengaja buat patung sebagai hiasan.


16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
        loceng tekan kat luar tu tak pe ke?? loceng ding donggg
17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.


19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
 Pastikan kita semua tidak  mengubah ciptaan Allah terhadap diri kira . Kalau kita pakai rantai kaki.. elok la p lebur... dak pun jual beli je rantai tgn/



21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan
berlebihan ).
-kategori mana aku tak pasti.... sbb ksrg ni mcm2 org hias rumah. english style, bali style.... dan berstyle2 lagi
sbb nak jadikan rumahku  syurgaku....Tp jgn sampai membazir sehinggakan rumahku syurgaku tak dimasuki para maikat...
22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.


Semoga kita semua sama2 menjaga apa yg kita tahu....
20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

belanjawan

aku pasti pagi ni ramai yg akan menulis n3 seperti yg aku tulis ni...
apa2 pun... sebagai rakyat malaysia yg  berharap dan terus berharap.....
aku harap ada berita baik yang akan diumumkan oleh PM dalam bentangan  belanjawan2012 pada ptg ni pukul 3...
pukul 3 tau.... tgk jgn tak tgk......
Yang lain2 aku tak nak  dgr sgt... Yang nak dengar....
"Pelarasan gaji untuk penjawat awam"

Khamis, 6 Oktober 2011

lelaki cantik, wanita gagah

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni

rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang

Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada

kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada

pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Rabu, 5 Oktober 2011

Dunia Mukabuku

akhir2 ni... tgk banyak sgt golongan2 yg mencemuh nabi Muhammad SAW..
Terlalu biadab sehingga tak segan silu maki hamun.
Lagi rasa ralat bila ada jugak pompuan yg buat macam tu. Tak boleh nak bercakap guna mulut... dilepaskan guna tulisan yg  sememangnya menunjukkan betapa lemahnya kaum wanita itu....
nampak sgt kebodohan bila mengeluarkan  fakta2 yang menggunakan logik akal... Tak terfikirkah kamu wahai wanita2  betapa kamu berada dalam kerugian. Jika kamu terlepas didunia, akhirat nanti  takkan kemana....
Islam mengajar kita menghormati agama org lain...
entah apa nak jadi dengan dunia zaman skrg.. tu yg aku nampak keburukan mukabuku ni...
banyak lagi sebenarnya...
contoh smlm: aku ada  tekan butang like pada ruangan "Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Baju Ketat Di Tempat Awam"

apa yg terjadi??
ada sorang komentor berkata "ada jgk sesetengah org kita ni yg tutup aurat tp perangai dia lbih dari yg kita sangka. dia buat tudung yg dpakainya tu sbagai penutup perangai dia yg sebenar. nk berselindung dsbalik tudung la kononnya tu."

ini aku jawab

sekurang2nya dia tak ingkar pada perintah Allah......
perangai itu akhlak.... pakaian pulak wajib menutup aurat.. so kita tak boleh samakan 2 perkara yg berbeza  


 "ada pulak  yg menjawab "
mmg btol..kdg2 yg pkai tdung labuh 2 ler pling kurang ajor mlot die...dh bnyk kali jmpe cmni..pkai je tdung smpi ke lutut tp mlot cm longkang...

Aku jawab:
Saudari... jgn krn nila setitik rosak susu sebelanga,,, sedih bila org sendiri memperlekehkah sesama Islam yg cuba menjadi baik...tak kisah la tudung dia labuh sampai tapak kaki pun... yg penitng kita jaga diri kita supaya tak jadi mcm apa yg kita tak suka kat apa yg dia buat seperti mulut longkang dan sebagainya...
23 hours ago ·  ·  2 people
Hurm... susah jugakkan nak menjawab bila sesama kita masing berprasangka buruk terhadap org lain. 
Pernah aku disalah ertikan bila ada pihak sewenang2 menuduh aku  Alim Kucing.  Tgk mcm baik sgt2.. tp mulut tu mcm longkang. Padahal sebelum ni aku anggap kau kawan aku walaupun hanya bercakap melalui YM... Tp bila ditegur, engkau melenting. Kenapa tak melenting depan aku??? Medan FB jugak jadi medium lepaskan geram... Sungguh tidak adil rasanya  bila mengajak  org2 yang langsung tak  mengenali aku mengutuk aku kat belakang... Untuk kamu2... semoga Allah merahmati kalian....
Aku terima komen makian org tu dengan nilai positif. Mula2 mmg aku rasa marah sgt2... sgt2lah moral down. Tp bila aku terima  dengan nilai positif.. alhamdulillah.. aku  bangun kembali... Aku diamkan saja.. aku tak menjawab.. biarlah  peribahasa bagai anjing menyalak bukit... lama2 penat dia berhenti lah...
Insyaallah.. semoga satu hari nanti terbuka hati dan minda dia untuk dia lihat siapa aku.. Dan ucapan terima kasih tak terhingga atas cemuhan dia... aku cuba perbaiki kelemahan diri.