Isnin, 27 April 2015

sambal keli

Alkisahnya teringin nak makan sambal keli.
Pergi market beli lah ikan keli yang telah disiang. sekilo rm5.50 je. Maka dapatlah 5 ekor ikan keli..murah kan?


Adik aku tanya kenapa keli aku nampak pendek?

Jawapannya sbb aku jimat minyak.... goreng x muat kuali...nanti klu nak goreng penuh kuali kena letak minyak masak banyak2... membazir tu! :-)

Cuma yang berbeza untuk sambal ni.. aku blender sekali serai.

Gambar ikan keli x sempat nak snap sbb aku  berperang kat dapur tu nak basuh ikan keli lagi.. ayam lagi .. penat mak jemah ni... :-)

So... sapa2 yang nak try nah amik resepi

Bahan blender:
8 tangkai cili kering yg telah direndam air panas.
1 labu bawang merah
2 batang serai yang dirincik halus
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan

Cara2:-)
1. Goreng ikan keli yang telah diperap bersama garam dan kunyit sampai garing.
2) Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumiskan bahan blender.
3) bila sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa. Tp sbb asam jawa dah habis, aku letak asam keping je.
4) perasakan dengan garam dan gula...
5) masukkan ikan yang telah digoreng td.

Ok.. selamat mencuba.

2 ulasan:

Latifah berkata...

Makan dgn nasi panas sodap nie. Blom pernah masak sambal letak serai. Lapas ni nk try masak sambal letak serai.

LatifahFazri

shida berkata...

latifah.. dalam sambal ayam kalau letak serai pun sedap.