Khamis, 9 April 2015

ini kah namanya gst?


Cuba lihat sayur ini...
Cer korang teka berapakah harga sayur ini?

Malam tadi berkesempatan pergi pasar malam setelah seminggu GST dilaksanakan.
Sayuran mentah tak termasuk dalam GST ok....
Konon nak berjimat.. nak masak sup ayam lah mlm esok...So, aku ambil 2 biji tomato sedikit daun saderi sbb daun sup tak de dan sedikit daun bawang...
Lepas mak cik tu timbang, dia tambah lagi sebiji tomato.. mungkin nak genapkan bacaan la kot...
Terkejut kak Bedah bila nak bayar tu,, mok cik tu cakap rm7.
Fuhhh... rasa nak pitam pun ada dengar harga ni.. macam tak masuk akal.. tetapi itulah yang nyata....

Tapi itulah... bila kita bercakap, nanti dikatakan kita ni asyik merungut... tak nak usaha.
Nak usaha apa ya???  
Kadang2 kita sedap menuduh org tidak positif....Jangan asyik merungut. 
Saya tak merungut ..dan saya yakin dengan rezeki yang allah bagi.cumanya tak puas hati bila ada segelintir individu yang suka ambil kesempatan diatas kesempitan org lain.
Kita takkan faham selagi kita belum berada didalam kasut org lain...
Kita tak pernah rasa susah krn Gaji kita tak pernah rasa kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.
Kita hanya boleh bercakap tp implementation???

Sekian.. Inilah cerita saya tentang pasar malam... beli kat Giant lagi murah kesimpulannya.....


Tiada ulasan: