Rabu, 22 April 2015

senaman squat-cabaran 30 hari

oleh kerana ada org tegur ...
eh...nak boleh pulak ka? (mengandung).. maka mai dah semangat untuk nampak kurus balik...terutama bahagian perut la kan... malu chekkk.


satu hari.. pastikan buat 30 sit up untuk dapatkan perut yg flat...

ha... ni la squat tu.. simple dan sgt mudah.. tp kalau tak kena cara... boleh jadi parkingson ja rasa... mula2 buat..40 gerakan.. turun tangga rasa menggeletar je..
Squat ni adalah senaman kardio yang bakar kalori dan bina otot.
Kalau buat secara konsisten banyak otot akan terbentuk dan menghasilkan kaki yang mampat, cekang dan seksi u.. awwww.. :-)

ok.. Jom share mcmmana nak buat senaman ni...

1) Berdiri tegak. Buka kaki selari dengan bahu mengikut keselesaan kita.
2) Halakan tangan ke hadapan. Tolak punggung ke bawah/rendahkan punggung terlebih dahulu. Jangan terus bengkokkan kaki.
3) Pastikan paha selari dengan lantai
4) Tolak badan ke atas guna kekuatan hujung jari kaki anda.
5)Tarik nafas semasa menolak punggung ke bawah
6) Lepaskan nafas semasa menolak badan ke atas semula.
7) Boleh juga gunakan pemberat jika suka.

Senang kan???
Tapi perlukan semangat dan kekentalan ....



ok... Ni jadual squat.50 gerakan pun dah rasa  peluh menitik2...Jom sahut cabaran squat selama 30 hari bermula hari ini 22 April 2015.
Sebelum ni aku try 40 gerakan ikut hari rajin ja.....

Disamping tu juga aku makan supplement Shaklee. 

ALfalfa untuk Detox.
Omega Guard untuk bakar lemak.

Kalau korang rajin boleh la layari blog Shaklee aku ni dan boleh la oder vitamin Shaklee dari aku yerr... :-) 
Sempat lagi promosi.

Semoga aku berjaya merealisasikan untuk nampak cantik! :-)





Tiada ulasan: