Rabu, 24 Julai 2013

sagu

ptg semalam sempat buat kuih ni. dok teringin lama dah nak buat tapi asyik tak sempat je. Bila laginak sempat cik CDA oii?? klu tgn tak ambik dan buat. So... pukul 6 ptg smlm balik rumah terus capai sagu dan kacau atas api sampai  pekat. Sagu tu aku beli yg dah siap2 ada colour kat giant. Tp dia pink2 slow sikit. Aku tambah sirap sikit bg  nampak cantik dan terang. Dalam dok tunggu nak sejuk mcm lambat ja.. terus aku masukkan ke dalam peti sejuk. Ha.. pukul 7 tu tak boleh nak potong lagi.. so aku gunakan alternatif lain. cedok pakai sudu nak golekkan atas kelapa parut. ha...  tak berapa cantik la bentuk dia...


ni dia rupa sagu tu... senang sgt nak buat. Meh sini  aku syer cara nak buat ye...Khas untuk org yg tak berapa nak reti masak mcm aku ni.

bahan:
1) sagu
2) 2 helai daun pandan yg disimpulkan
3) gula
4) pewarna merah/ sirap
5) kelapa parut

cara: 
1) Didihkan air dan masukkan daun pandan.
2) Masukkan gula. Agak2 bagi manis dan sesuai dgn kuantiti sagu yg digunakan.
3) masukkan sagu dan kacau sehingga semua sagu menjadi jenih. Sambil tu tambahkan pewarna merah atau sirap pun tak pa.( nak kacau ni kena bg lama sikit).
4)bila dah masak, masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk.
5) Bila dah sejuk, potong bg cantik dan golekkan kedalam kelapa parut.





1 ulasan:

Ibu Lala berkata...

Sy x pernah buat kuih mcm ni. Makan la tp kurengg sbb ada kelapa. X suka yg ada kelapa mcm ni unless buah melaka dan kuih lopes