Rabu, 17 Julai 2013

menu sahur ke 8 ramadhan 2013 ~ Nasi goreng with ikan sardin~

Kesian pulak tgh cik abg dan Irfan bgn pagi tak lalu mkn nasi.  Di tenung je nasi pagi2. Nak habiskan sepinggan nasi pun nampak mcm sukar, So... pagi ni aku tukar ke nasi goreng pulak.

nasi goreng

Alhamdulillah... buat nasi goreng mcm ni irfan dapat juga habiskan sepinggan nasi. Cik Abg pulak  2 pinggan nasi. Umi je maintain sepinggan. Irfan klu ada frozen mix vegeteble mmg dia suka. tgk dok ceduk jagung sikit, carrot sikit.. sosej sikit... habis sepinggan.

so.. ni resepi  simple2 yg boleh dikongsi. 

1. Masukkan sedikit minyak dan 1 sudu planta.
2. Tumis 4 ulas bawang putih yg  dicincang bersama bawang merah.
3. Masukkan sedikit ikan bilis.
4. Tumis lagi cili kisar. dalam 2-3 sudu mcm tu.
5. masukkan sedikit garam dan 2 sudu sos tiram.
6. masukkan sosej yg telah dipotong.
7. Masukkan nasi dan kacau sehingga sekata warna nasi goreng..]
8. Buat bulatan kat tgh kuali. dan masukkan sedikit minyak.
9. masukkan 2 biji telur dan goreng semula nasi tadi bersama telur yang dipecah2kan.
10. Masukkan frozen mix vegetable. ha.. boleh dapatkan kat supermarket. Aku beli kat tesco ja. ada campuran jagung, carrot dan kacang peas.

akhir sekali.. aku panaskan semula baki sardin yg tak habis sahur pagi kemarin. sayang rasanya... so, boleh pelbagaikan dan buat hiasan atas nasi goreng. ermmm selamat mencuba,

2 ulasan:

Unknown berkata...

cda... goreng nasik pun x lalu nak mkn gena ni? huhuhhu

shida berkata...

kena lebihkan supplement la bg kuat sikit