Isnin, 22 Julai 2013

Makanan di Pattani, Thailand sewaktu berbuka puasa

Minggu lepas kami berkejar balik ke Pattani sbb nenek sakit teruk. Tp alhamdulillah nenek dah semakin pulih. So kat sini jom aku nak kongsikan jenis2 makanan kat sini. Hanya makanan yg aku sempat ambik la. hari sebelum tu terlupa nak tangkap gambar.

mcm bahulu.. tp disirami dengan air gula... manisnyaa.... Penduduk disini sgt suka mkn manisan macam ni terutama sekali di bulan puasa.

kuih Akok.. kat sini pun ada . Tp aku lebih suka  akok ni sbb tak manis sgt. sebelum ni aku dok mkn, manis giler.

suhun lemak. Kat sini orang panggil akar buluh.  Suhun ni direndam sampai kembang, Lepas tu kita tumis bawang besar dan bawang putih+ udang dan sotong+kacang panjang. Lepas tu masukkan santan. Last sekali baru masukkan suhun. Sedap jugak buat kering mcm ni. 

sambal belacan. Fuh... yg ni mmg terangkat la. Husband aku yg tak mkn sambal belacan, klu datang sini.. mesti dia akan mkn. belacan tu yg buatkan sambal belacan ni bertambah sedap. Untuk resepi ni, kita  cuma perlu tambah sedikit bawang merah dan bawang putih, garam dan gula serta air asam limau. Terangkat makk.. kena cabai burung ni.

bawal masak ramprik... sebut betul2... bukan paprik tau... 

dan yang paling penting... klu p sana, mesti bawa balik ni...
megi tom yam.  Ada tanda halal. Yang ni paling sedap... sapa yg tak tahan pedas jgn try... meletopsss.

dah dekat 6 tahun aku tak pernah jalan2  kat pekan Pattani. Rindu suasana kecik2 dulu. sebut je nak p pekan.. mesti pakat seronok boleh naik beca. Jauh jugak arwah tok wan dok kayuh beca. Nostalgia sgt2... nak p selalu pun takut jugak sbb asik  bom meletup je... Apapun.. kita berlindung dgn Allah ...







2 ulasan:

Ibu Lala berkata...

Bulan pose ni sume nampak sedap

shida berkata...

nafsu,... nafsu ;-0