Khamis, 3 November 2011

membuat kerisik

ni aktiviti hujung minggu lepas...
hari ni baru nak bercerita....
dipendekkan cerita, adik aku akan melangsungkan perkahwinan pada bulan 1 nanti.
So kami adik beradik  telah buat persiapan awal sikit2... untuk mengelakkan daripada berlakunya kelam kabut nanti..
So... bila ada kelapa2 yang dah masak.... mesin dan buat kerisik awal2..
kerisik sangat2lah penting  dalam arena masakan melayu.
Buat gulai daging... masuk kerisik baru sedap...
kelapa yang sudah diparut akan digoreng tanpa minyak sehingga bertukar kekuningan dan hampir kehitaman

kelapa ni pulak akan ditumbuk lumat sehingga pecah minyak....kemudian boleh simpan dalam peti ais. nak guna ceduk je...
nasib tukang menumbuk ramai...klu tumbuk sorang2 boleh tercabut lengan nih....

puteri kesayangan umi pun rajin jugak menyibuk nak tumbuk... pandai dia tumbuk....nasib tak kena tangan


dah siap

semalam aku bercuti sbb nak siapkan ini....
dah siap.... bleh p jalan2 dah...
tp nak p mana????
huhuhu.... tiada arah tujuan tapi passportnya dah siap dong!

Khamis, 27 Oktober 2011

Bunga hutan

Adik ke 3 aku mintak aku gubah satu bunga untuk dia... Dia minat bunga ros... tp  bunga ros yg nampak segar tu  3 kuntum je dah RM15... mahal la.... So aku cadangkan kat dia buat orkid  dan bunga2 hutan yang lain...
Setelah  memilih bunga2 yang hendak diguna pakai.... inilah hasilnya


Ha...RM50 je  beli barang2 termasuk pasu... Tp kalau beli siap kat kedai tak tau la harga berapa.... Harap dia puas hati... Kak dia tak amik upah tau... cucuk2  dengan rasa gembira sekali... hehehehe

Selasa, 25 Oktober 2011

chickes floses+tuna+egg

tghari tadi tetiba je bun ni memanggil2... Tak boleh jadi ni... time rehat p cari jugak bun ni... dulu masa mula2 tgk tak teringin nak rasa pun...
sudah rasa... nak lagi!!!
cubalah rasa...boleh dapatkan kat kedai roti dan kek dalam cmart arau,,,,
nak buat sendiri  belum ada resepi...
Kami akan  naiktaraf servis dari 11ptg-8pg. 23 oct-24okt. Anda blh bt panggilan,SMS&layari internet pd masa ini. Servis spt reload&semak baki akan tergendala. Info:Xpax.com.my
Ada org  bleh topup dah ke???
tp aku tak boleh nak reload lagi.... Rindunya pada suara riuh Irfan yg kini sedang berada di kampung....
Insyaallah mlm ni umi sampai sana sayang... Tp umi pasti...kedatangan umi tak disenangi oleh dia sbb dia tak suka nak balik rumah. Kat kampung kawan ramai.... Nasib! Nasib!

coklat

Terima kasih kepada sahabat yg bg coklat ...
Asal org pergi Langkawi je... mesti bawak balik coklat....
heee,,,, pergi lah lagi ke Langkawi  wahai sahabat2ku....
Jgn lupa cekelat untuk aku lagi tau.....
Dairy Milk Hazel Nut dan hershey's pesen  petak2 4 segi... selalunya dok beli yg 3 segi tu...rasa lebih  kurang sama je...letak dlm mulut terus cair....ummmph.... sedap!
TQ... ingat jugak korang kat aku

Isnin, 24 Oktober 2011

Bunga Salma

Ha... balik rumah tak puas hati dengan bunga yg adik aku cucuk untuk  sepupu kami... aku godek2 balik la bg elok sikit.. tp rasa mcm kurang lagi..
harap sepupu kami puas hati...