Khamis, 7 Mei 2015

Kerana nila setitik

Mana perginya sifat malu pada wanita...
Aku pun ahli club kereta.. tapi tidak lah tujuanku untuk berlumba....
Kerana perangai kamu habis kelab2 lain terpalit.
Yang kereta Myvi lain kena himpit... kena ketuk sbb org ramai lepaskan geram....\
Yang bukan My vi pun kena tempias...
Bygkan ada je logo club, terus kena himpit.
Seolah2 teruk sgt club kereta ni...
Kami pun ada keluarga yang kami bawa dalam tu.

Menyerahlah diri.. Jangan tuding jari bila terbukti kamu salah...
Kerana kegilaan kamu terhadap stereng dan pecutan My vi.. kamu menjadi salah satu penyebab perginya ibu bapa waris adik malang itu.....
Mana lagi tempat untuk mengadu??/
Ingat duit boleh ganti dengan kasih syg  mak ayah dia ke?

Kita semua memandu.....
Kadang2 hilang sifat malu.. hilang sifat lemah lembut bila tangan pegang stereng, kaki  dapat pijak pedal minyak.

Memang mereka ditakdirkan untuk pergi.. tp disebabkan kecuaian kita.....

Kita akan menyesal seumur hidup krn tak mampu untuk kembalikan NYAWA mereka,

Aku sgt sedih tgk bila wartawan tanya...

"sepatutnya papa dan mama nak bawa pergi London"
 wartawan " habis tu.. mama dan papa pergi mana?"
" pergi syurga"

Allah.... Allah...
Mengalir laju air mata ini.. Naluri keibuan aku dihentap2 disiat2...

Semoga mereka membesar menjadi anak2 solehah yang bisa mengirimkan doa buat mama dan papa mereka.
Moga mereka membesar dengan penuh Redha....

2 ulasan:

DzuHata berkata...

ang kena himpit gak ka pahda? dasat nooo

shida berkata...

Dzu... bukan sbb kejadian ni dihimpit... dari dulu lagi asyik kena himpit... :-)