Rabu, 14 Ogos 2013

Aidilfitri 2013

Alhamdulillah.. dah selamat kita sambut aidilfitri.  Sambutan  Aidilfitri thn ini kami sambut secara sederhana saja. cukup la.. yg penting anak2 happy...
Tahun ni tema kami sekeluarga ialah hijau pucuk pisang... gambar umi malu la nak letak.. tak santek pun. Nanti letak gambar baju je... aci dak???
ha... pagi2 raya 2 beradik ni dah bgn awal2.. siap2 mandi.. pakai baju baru . nak pergi beraya. Sama kaler ngn dinding kan? hihih.. 

umi mcm biasa la... thn ni buat pertama kalinya  di pagi hari raya umi bgn awal. 5.30 pagi tau... sebelum2 ni mesti terbabas bangun pukul 7 pagi. Thn lepas punya raya lagi teruk.. terbabas bgn pukul 8 pagi. Tu pun dgr mak mertua tanya nak  p solat hari raya tak? teruk kan umi.. huhu

Tp tahun ni Alhamdulillah... umi bgn awal dan siapkan mee kuah. Seperiuk besar. Alhamdulillah... bawa p rumah mertua, Licin.. tak sempat bawa balik kat kampung.

resepi aku lupa nak cari.. so main campak2 je. Alhamdulillah... menjadi. Aku tak letak daging atau ayam sbb mertua tak mkn semua tu. Nak letak udang.. cari kat tesco dah licin da... so, cuma letakkan fish ball dan ubi kentang+keledek untuk maniskan kuah.

ni hari raya ke 3.. tgh bersiap2 nak p kenduri sepupu sebelah suami.  depa gomoi sungguh adik depa..

kesiannya.. tertidur dalam kereta.. penat sgt.. almaklumlah jem teruk. Beginilah ragam anak2 bila  nak tidur dalam kereta. berebut nak tidur sorang satu seat. Suruh umi beli kereta yang boleh duduk kat belakang (MPV) .. err... doakan umi murah rezeki ye anak2... Abah gelak je... tak pa2.. abah beli lori... boleh naik ramai lagi... :-(








2 ulasan:

Kakcik berkata...

Ragam anak2 yang menyerikan kehidupan...

Salam Syawal, Shida. :)

shida berkata...

betul kak cik... ragam dan karenah mereka nanti bila kita dah tua... mereka dah besar2.. yg tu akan kita rindui suasananya semula...

salam syawal..:-)