Rabu, 31 Julai 2013

rendang daging perak

Resepi ni aku amik dari blok kak Azie kitchen jugak...
mlm tadi lepas citer Hilangnya Ramadhan,.. terus aku bgn masak.  Hurm.. sedap dan memenuhi selera aku.  Selera org lain tak tau la...




masak untuk sekali mkn je. cukup la untuk aku ngn suami. Irfan pulak pagi ni mkn  nasi dengan daging burger goreng  cicah mayonis ja.

untuk resepi lanjut boleh masuk baca  blog kak Azie. kat sini dia ajar lebih detail cara nak masak daging ni. Ia menggunakan santan untuk merebus daging ye...

jom layan Irfan bangun sahur.

mengantuk sungguh aihh  buah hati umi sorang ni.. makan sambil pejam mata. Habis sepinggan jugak nasik... :-)



Khamis, 25 Julai 2013

Alkisahnya


tgk gambar ni,,, ada  faham??/

ini  syringe. Digunakan untuk suap ubat kat baby. Tapi yang ni aku sediakan untuk baby aku. Bukan  tujuan utk minum ubat tapi minum susu. Semuanya adalah gara2 baby tak nak isap botol. sebulan sebelum masuk kerja aku dah train minum dalam botol tapi dia tak nak. Puting tiruan tu pun aku ajar dari dalam pantang tp dia tetap menolak semua itu. 

Aku tgk org  beli botol tommy tippee.. aku pun lari p beli, aku tanya org  botol apa ok... org kata MAM. Untuk elak pembaziran, aku try  bg bb minum pakai botol MAM anak adik aku dulu. Tgk elok je bb hisap. Tghari tu jugak aku p kedai cari botol MAM. Mahal pun mahal la asal Baby nak. Balik rumah dgn bersemangatnya bg kat bb. 2 kali je dia try isap. Lepas tu terus tak nak. 

Aku tak putus asa. Aku p pulak kedai cina cari puting yg warna coklat keluaran doktor baby. Ala.... puting yang macam zaman dolu2 tu... Bukan  senang nak cari... last2 aku jumpa kat satu kedai apek ni. Try dulu satu.. baby nak,,, Esoknya aku p beli lagi 3. dia buat tak mau plak dah puting tu,.. Tepuk dahi Umi.Dalam  hati umi sentiasa doa semoga dipermudahkan urusan nak train bb minum dalam botol.

Setiap hujung minggu mesti balik rumah mak.. nak bagi baby biasa sbb aku nak hantar mak aku yang ngasuh. Apa lagi... tahan telinga la dgr mak aku membebel. Niat dihati aku asalnya nak bg fully breastfeed. Dalammasa yang sama aku nak bby direct feed bila  bersama aku.  

Baby  akan nangis sungguh2 klu suap botol kat dia. Aku pulak jenis ak sampai hati tgk dia nangis. Tak tahu buat mcm mana, mak try suap susu guna sudu. Alhamdulillah.. tgk baby mau  minum. Tp teruk juga la mak aku kan... So.. ada kwn2 cadangkan pakai syringe. Aku pun Kumpulkan la syringe ni bila bb mau. Lepas 2 hari.. dia buat tak mau minum dalam syringe pulak...

So  sekarang hari ke 4 Baby dah pandai hisap pakai botol dah... Alhamdulillah. Tapi dia hanya nak botol MAM. Petang semalam kak Ida hadiahkan botol susu tupperware. Umur baby besar sikit boleh la guna botol tu pulak. 

 ha... puting tiruan tak sedap la umi... isap  jari lagi sedap. hihihi.



Udang butter

Menu sahur pagi ini adalah.... udang butter atau lebih dikenali sgn butter prawn.  Resepi aku cedok dari blog kak azie... Tq kak azie atas perkongsian.



reaksi suami.
apa ni?? ( sambil buat muka tak best)
Ni la butter prawn, mkn la...cik abe aku ni klu makanan pelik2 mmg dia tak berapa suka. Tp 2 pinggan jugak dimakannya nasi  sahur pagi ni.

Bagi aku.. mmg sedap, sesuai  dgn citarasa  tekak aku...
untuk resepi yang lagi detail... klik sini.  Step by step yg senang nak ikut.


Rabu, 24 Julai 2013

buah melaka.

Adik ipar yang tengah sarat teringin nak makan buah melaka. Kebetulan bawa balik gula gerek (gula melaka). So, ptg tu p beli tepung pulut. Tensyen bila aku tya adik yg keje kat pasaraya tu.. mana letak tepung pulut.. dia p tunjuk beras pulut... Adui... adik belum kenal tepung pulut ye... hahhaa sama la mcm akak zaman moda2 dulu. Tp akak kenal jugak tepung pulut sbb mak akak buat kuih onde2 untuk dijual. Tiap2 mlm lepas buat kerja sekolah kena tolong mak buat kuih ni. Dulu2 mcm terer, skrg tak pernah cuba lagi.
Eh.. apsal cita pasal onde2... nak cita pasal buah melaka.


byk ni je mampu aku hasilkan sbb mula buat pukul 6.30 ptg dah. Warna kurang menarik sbb aku letak daun pandan sikit je. Masih ada separuh lagi adunan tepung dalam peti ais. bila nak buat tak tau la... tunggu mood rajin datang menjengah.

Semua org tahu kot cara nak buat buah melaka ni.. senang sgt2.

Makanan kegemaran Irfan dan Insyirah. 

sagu

ptg semalam sempat buat kuih ni. dok teringin lama dah nak buat tapi asyik tak sempat je. Bila laginak sempat cik CDA oii?? klu tgn tak ambik dan buat. So... pukul 6 ptg smlm balik rumah terus capai sagu dan kacau atas api sampai  pekat. Sagu tu aku beli yg dah siap2 ada colour kat giant. Tp dia pink2 slow sikit. Aku tambah sirap sikit bg  nampak cantik dan terang. Dalam dok tunggu nak sejuk mcm lambat ja.. terus aku masukkan ke dalam peti sejuk. Ha.. pukul 7 tu tak boleh nak potong lagi.. so aku gunakan alternatif lain. cedok pakai sudu nak golekkan atas kelapa parut. ha...  tak berapa cantik la bentuk dia...


ni dia rupa sagu tu... senang sgt nak buat. Meh sini  aku syer cara nak buat ye...Khas untuk org yg tak berapa nak reti masak mcm aku ni.

bahan:
1) sagu
2) 2 helai daun pandan yg disimpulkan
3) gula
4) pewarna merah/ sirap
5) kelapa parut

cara: 
1) Didihkan air dan masukkan daun pandan.
2) Masukkan gula. Agak2 bagi manis dan sesuai dgn kuantiti sagu yg digunakan.
3) masukkan sagu dan kacau sehingga semua sagu menjadi jenih. Sambil tu tambahkan pewarna merah atau sirap pun tak pa.( nak kacau ni kena bg lama sikit).
4)bila dah masak, masukkan ke dalam loyang dan biarkan sejuk.
5) Bila dah sejuk, potong bg cantik dan golekkan kedalam kelapa parut.





The making of Bubur lambuk.

Alkisahnya jabatan aku diarahkan untuk menyediakan bubur lambuk. Ni first time jabatan kami dapat giliran bubur lambuk ni. dok tunggu lama dah.. akhirnya bleh jugak kacau.. yeye..
Persediaan diadakan sehari sebelum hari kejadian. Kopek bawang besar, bawang putih, kentang, carrot, daging, udang. Buat awal2 sbb  11 periuk besar nak kena sediakan.
ha.. panas2 nih...

acara packing bermula... yg ni best.. saling tolong menolong...

ha.. ni nak tunjuk sikit keadaan tempat memasak kami tu..Lintang pukang jadinya kawasan tu.. Tp alhamdulillah.. nak balik, kemas  dan basuh bg jadi bersih mcm sebelum kami geledah. :-)

Letih rasanya berhadapan dengan api. Mcm ni la rasanya org yg dok sediakan makanan bg org yg berpuasa. Besar pahala.. Bila pakat2 buat kerja mcmni... rasa mcm tak ada beza pangkat waktu bekerja. seronok sgt. Sempat juga mendengar para2 Dr bercerita ttg apa yg mereka ingin jadi. Ada yang teringin nak jadi juru tol. Ada yang teringin nak keje cashier dan mcm2 lagi... hihihi

Semoga Ramadhan membawa seribu keberkatan... AMIN.



Isnin, 22 Julai 2013

Makanan di Pattani, Thailand sewaktu berbuka puasa

Minggu lepas kami berkejar balik ke Pattani sbb nenek sakit teruk. Tp alhamdulillah nenek dah semakin pulih. So kat sini jom aku nak kongsikan jenis2 makanan kat sini. Hanya makanan yg aku sempat ambik la. hari sebelum tu terlupa nak tangkap gambar.

mcm bahulu.. tp disirami dengan air gula... manisnyaa.... Penduduk disini sgt suka mkn manisan macam ni terutama sekali di bulan puasa.

kuih Akok.. kat sini pun ada . Tp aku lebih suka  akok ni sbb tak manis sgt. sebelum ni aku dok mkn, manis giler.

suhun lemak. Kat sini orang panggil akar buluh.  Suhun ni direndam sampai kembang, Lepas tu kita tumis bawang besar dan bawang putih+ udang dan sotong+kacang panjang. Lepas tu masukkan santan. Last sekali baru masukkan suhun. Sedap jugak buat kering mcm ni. 

sambal belacan. Fuh... yg ni mmg terangkat la. Husband aku yg tak mkn sambal belacan, klu datang sini.. mesti dia akan mkn. belacan tu yg buatkan sambal belacan ni bertambah sedap. Untuk resepi ni, kita  cuma perlu tambah sedikit bawang merah dan bawang putih, garam dan gula serta air asam limau. Terangkat makk.. kena cabai burung ni.

bawal masak ramprik... sebut betul2... bukan paprik tau... 

dan yang paling penting... klu p sana, mesti bawa balik ni...
megi tom yam.  Ada tanda halal. Yang ni paling sedap... sapa yg tak tahan pedas jgn try... meletopsss.

dah dekat 6 tahun aku tak pernah jalan2  kat pekan Pattani. Rindu suasana kecik2 dulu. sebut je nak p pekan.. mesti pakat seronok boleh naik beca. Jauh jugak arwah tok wan dok kayuh beca. Nostalgia sgt2... nak p selalu pun takut jugak sbb asik  bom meletup je... Apapun.. kita berlindung dgn Allah ...