Khamis, 15 Oktober 2015

naik feri

Salam maal hijrah.
Sempena maal hijrah..kami memenuhi undangan kenduri cukur rambut anak sepupu kepada suami.
Alang2 pergi penang, mesti akan naik feri. Budak2 sgt suka kalau dpt nail feri.
Punyalah pening cari rumah...walaupun dah 3 kali pergi rumah dia...kami tetap sesat. Nasib baik encik gps tunjukkan. Akhirnya sampai juga rumah kenduri.
Dalam perjalanan nak balik ke tanah besar.... Dapat duduk tingkat atas...  :-)

Singgah padang kota... tpi tak dapat turun sbb hujan

Pemandangan dari atas feri jugak... gambar capture dalam kereta ja sbb malas nak keluar.. lapar nasik.. :-)


Selasa, 6 Oktober 2015

Jerebu

Kali ni utara semenanjung makin teruk dilanda jerebu.
Sekali tengok mcm sejuk berkabus.. 2 kali tgk.. alamak asap da....
Sakit mata..sakit kerongkong..sakit kepala... semua datang menyerang,

Indon oh indon.. seronok petani2 kamu membakar hutan...
Yang rasa terseksa nya  kami yang kejauhan ini...
Anak2 tidak dapat ke sekolah...
Ibu2 kerisauan...

Sekolah dapat cuti 2 hari..
Yang kerja ni mcm biasalah.. kena datang kerja.. sbb duduk dalam air cond.

Walaupun hujan turun dengan kerap.. tetapi jerebu tetap ada.

Apa nak di kata....

Rabu, 2 September 2015

anak dara jepun baru

seksa ya amat bila pembantu ni rosak.


mesin basuh: SHARP.
berat: 7.0kg
aku beli masa mula2 asbend dapat tukar balik kedah. Tahun 2007. Beli masa dapat duit anugerah cemerlang. hihii.
Bila dia rosak.. aku teruk sikit la.. basuh baju guna tangan...
Lama2 dah jadi tak larat nak medobi pakai tangan... kain dijemuran pun lambat bebenor nak kering.

ha... ni dia... encik suami belikan sbb kesian dekat wife dia...
mesin basuh: SAMSUNG
berat: 8.5kg.
Kalau ikut hati nak je yang 15 kg.. tp bajet tak mencukupi.
ok la besar ni pun.. dah dapat membantu sangat2 dah... tekan2.. tinggal.. pastu boleh sidai.
Semoga dapat berkhidmat kepada tuanmu ini....


Selasa, 25 Ogos 2015

Spiderman

Toy baru abah beli masa balik dari Kluang.
Sekarang nak pergi mana2 pun dengan spiderman ni la.... jadi kwn dia.. tinggi lebih kurang dia je...
Takut pulak umi tengok malam2... :-)



 Makin banyak akal..
Makin manja.. Almaklumlah umi cuti 4 hari...semua benda nak panggil umi...

roti jala

memandangkan kari waktu lunch masih ada..,
so buatla roti jala...
alhamdulillah,..roti jala kali ni menjadi, cedok resepi dari azie kitchen tp derhaka resepi sikit sbb tepung tak cukup,

menjala dalam pan.

nilah hasilnya untuk sekali bancuhan.


dah siap.... cicah dengan kuah kari ayam.

Resepi yang sgt senang.

2 cawan tepung gandum. resepi asal 3 cawan
2 cawan santan dicampur air. resepi asal juga 3 cawan.
2 sudu minyak masak
sedikit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning.

Semua bahan diatas diblender sehingga sebati.
Kemudian biarkan lebih kurang setengah jam sebelum memulakan proses menjala.
Gunakan kuali yang tak lekat.

Sangat senang.. raya haji ni kalau rajin menjala... boleh buat juadah untuk hari raya. :-)


Isnin, 3 Ogos 2015

Jeragan Waterfront Restaurant (JRW), Alor Setar

ha....kali ni nak cerita tentang tempat makan yang best dekat Alor setar.
Dok tengok banyak review best tentang restoran ni dari Facebook.. So, ajak encik suami rasa tentang keenakan makanan kat sini. Kami sampai kat sini pun dah  pkl 7 lebih.. dekat nak maghrib dah.
Tempat ni terletak di Jeragan. Persisir sungai kedah.
locations...
so.. Kat sini femous mee udang .
ni rupanya mee udang. Rm15 semangkuk.. Sedap.. Ada 3 ekor udang saiz besar.

yang ni pulak chicken chop. Irfan yang oder. Sepinggan rm12. Rasa dia sangat sedap. Recommended.


nasi goreng pattaya.. Abah Irfan yang oder. Ni pun sedap jugak

Sebelum dapat makan.. boleh tengok pemandangan yang indah ni.. ada bot2.. ada sungai...

Izzan sangat teruja nak tengok bot...

Boleh mai sekali lagi la..
hihi.. dah jumpa port baru yang makanan dia sedap...cepat...





Isnin, 27 Julai 2015

cornflakes madu

satu2nya kuih Raya paling simple tahun ni yg saya buat bersama anak2 tercinta.

cornflakes madu.

Bahan:

Cornflakes
marjerin
6 sudu madu
kismis
choclate rice
2 sudu gula

Cara:
1)satukan kismis dan cornflakes di dalam satu bekas.
2) Panaskan marjerin,madu dan gula...
3) Campurkan bahan yang dipanaskan tadi ke dalam bekas cornflakes.
4) Gaulkan sehingga sebati.
5) masukkan ke dalam cup2 kecil menggunakan sudu.
6) Bakar seketika.

Sangat mudah. Malam ni nak kena buat semula sbb anak2 minta nak bawa ke jamuan Aidilfitri sekolah.