Selasa, 25 Ogos 2015

roti jala

memandangkan kari waktu lunch masih ada..,
so buatla roti jala...
alhamdulillah,..roti jala kali ni menjadi, cedok resepi dari azie kitchen tp derhaka resepi sikit sbb tepung tak cukup,

menjala dalam pan.

nilah hasilnya untuk sekali bancuhan.


dah siap.... cicah dengan kuah kari ayam.

Resepi yang sgt senang.

2 cawan tepung gandum. resepi asal 3 cawan
2 cawan santan dicampur air. resepi asal juga 3 cawan.
2 sudu minyak masak
sedikit garam
1 biji telur
sedikit pewarna kuning.

Semua bahan diatas diblender sehingga sebati.
Kemudian biarkan lebih kurang setengah jam sebelum memulakan proses menjala.
Gunakan kuali yang tak lekat.

Sangat senang.. raya haji ni kalau rajin menjala... boleh buat juadah untuk hari raya. :-)


1 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Wah teruja pulak akak nak mencuba shidah..
Bahan2 mudah sangat tu..
Betul tu boleh cuba raya haji nanti :)