Isnin, 17 Oktober 2011

Kecik Pun tak pe

keciknya!!! itu tanggapan pertama bila melihat.
Sungguh tidak bersyukur,
Tp bila difikirkan kembali...
Mmg itu selayaknya...

Walaupun kecik dan agak sempit...
Itu hanya di dunia...
Rumah ke2 nanti sebelum berkumpul di padang Mahsyar..
lagi kecik dan gelap  gelita.
Hanya amalan yg menerangi kegelapan...

Bersyukurlah dengan apa yg ada...
krn disitu terletak segala bahagia...

Selamat Hari lahir Irfan yg ke 5

Syukur alhamdulillah... anak umi dah masuk usia  5 tahun pada 15/10 lalu.. Semoga anak umi membesar dengan sempurna, sihat walafiatserta menjadi anak yg soleh.
Memandangkan Irfan beria2 nak buat birthday party, So hari sabtu lepas kami telah adakan sedikit kenduri di kediaman kami.
Letih tak terkira tapi aku puas krn dapat tunaikan hajat putera kesayangan kami.
Gambar ada dalam kamera... Kamera pulak ada kat tuan empunya kamera. Nanti kalau ada rezeki boleh share gambar kat sini.
Terima kasih kepada kwn2 yg hadir...
Sity, kak za, kak su, Kak Ida dan semua  jiran tetangga..
Terima kasih tak terhingga juga diucapkan kepada kak ipar yg bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk hidangan tetamu yang hadir.

Khamis, 13 Oktober 2011

Reading list aku hilang!!!!

Welcome to the Reading List.
Here are all the updates from any blogs you follow and sites you've joined using Google FriendConnect.
  • You are not currently following any blogs. Use the "add" button below to enter blogs you'd like to follow in your Reading List. Learn more
apa keheinya semua ni?? kenapa hilang tiba2 semua blog yg aku ikut??// hilang semua...
Aku tatau mana nak cari blog NMO, blog kakcik SEROJA,  blog  waheeda, blog keluarga ku sayang.....
Adoi... aku dah la pengikut setia  diorang.... Tp tak pe... nanti aku trace dari komen2 diorang je la.... Hampeh punya Blog!!!

air nyoq + rojak buah

dok teringin dari kemarin lagi...

Hari ni.. tetiba ada org call
"akak nak rojak dak?"
"rojak kangar ke? bleh jugak"
Alhamdulillah... rezeki Allah ada dimana2... tak perlu dok pening kepala pusing nak memikir tentang mana nak korek....
Tgh2 menghitung hari gaji... ada insan yg sudi belanja makan rojak...hehehhe
tq Fendi... Semoga dimurahkan rezeki....
Lain kali boleh belanja lagi

Rojak ni dah RM3... mahal kan??? nasik ayam sepinggan pun kenyang. Tp dah sedap punya pasal..org cari jugakk. tempat jualan hanyalah sebuah lori kecil di tepi jalan tp harga mcm restoran.. hehhhe
Tarikan  tempat rojak ni ialah air nyoq dia mmg diakui tersangatlah sedap... Masa  aku peknen kat Irfan.. mmg selalulah p cari air nyioq ni...

akhirnya .....

akhirnya,,,,,,
pengalaman mengajar erti kematangan
walaupun ambil masa untuk faham,
tp hakikat sebenar tak perlu untuk dilupakan...
seharusnya dipelajari dari apa yg telah terjadi krn disitu terletak nilai peribadi....

Terima kasih krn sudi nak memahami..
walaupun tak terucap namun senyum terukir dibibir tanda aku suka....
Puas hati walaupun  landskap yg dirancang belum terhasil
tp rumput liar yg cuba tumbuh di kawasan  rumput karpet sudah melarikan diri....

:-)

Rabu, 12 Oktober 2011

angin

Angin merosok dalam kepala... dari mlm td cuba tak mau telan active  fast,,, susah jugak nak lelapkan mata.. pusing kiri pusing kanan.. air mata meleleh keluar... itulah simptom angin klu aku salah makan. Nak cepat baik.. telan panadol tu... confirm 15 minit je  boleh baik.. tp aku cuba nak elak semua tu selagi boleh. Tp sampai ke pagi ni aku sakit kepala... Tak  pe... be strong cda...
Lepas bersalin ni... kerap sangat dilanda angin dalam badan ni. Tu la ko cda... tak de makan jamu2 ke apa ke...
dulu masa dok amal mkn bidadari ok je...
Tp kali ni nak try satu jamu baru. Tunggu gaji ni la nak beli pun. Nanti aku cuba mkn jamu tu dulu...
Kalau ok.. aku akan   ceritakan kat kwn2 semua khasiatnya  hokey!!!!

Pagi td masa dalam perjalanan  nak datang kerja, aku nampak bulan yg tersangat la cantik...
tp warna bulan tu sama mcm warna matahari...besar... mcm matahari terbenam/// Subhanalllah...

pssst::; angin dalam badan sama naik ngn angin kat org...

Selasa, 11 Oktober 2011

Bunga lagi

 Bunga ni Kwn baik aku yg cucuk... Aku tukang  komplen ja.... Kami ditugaskan untuk jadi AJK Keseriaan. So kami pilih bunga  ni sebagai penyeri meja meeting kami. Bilik meeting tu  kecik ja sebenarnya... so kami rasa bunga  ni pun dah sesuai... Untuk lagi keceriaan yg kami buat.... nanti siap aku update ye....